Pages

Thursday, 15 October 2015

Tapak Sejarah Sungai Batu Dihati Saya - Exco Pelancongan Kedah



Penjelasan dari YB Dato' Hj Rawi Abd Hamid, EXCO Pelancongan dan Warisan Kerajaan Negeri Kedah berkenaan isu-isu yang ditimbulkan berkaitan Tapak Sejarah Sungai Batu, Merbok.

Diharapkan penjelasan ini dapat menghilangkan kegusaran pencinta-pencinta sejarah terhadap nasib Tapak Sejarah Sungai Batu yang dipercayai merupakan tamadun tertua di Asia Tenggara serta menjadi tamadun tertua Bangsa Melayu iaitu pada zaman 600 BC.

Secara ringkasnya dari apa yang diberi tahu YB Dato' Hj Rawi :-


- Proses Ekskavasi serta tapak sejarah berkenaan akan tetap terus dipertanggunjawabkan kepada YBhg Prof. Dato' Dr. Mokhtar Saidin. Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global. Universiti Sains Malaysia (USM).

- Tanah (Selain dari kawasan milik Jabatan Warisan) yang terbukti mempunyai kesan sejarah / artifak sejarah yang ditemui YBhg Prof. Dato' Dr. Mokhtar Saidin dan pasukannya, tidak akan dibenarkan/tidak akan diluluskan pembangunan kepada pemilik tanah terbabit. Arahan telah dikeluarkan YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir sejak dari awal-awal lagi kepada Majlis Perbandaran Sungai Petani (Boleh rujuk video sidang media MB Kedah kelmarin).

- Jabatan Warisan Negeri Kedah dalam proses menunggu dana lebih kurang RM20juta yang telah dipohon bagi pengambilan tanah kawasan berhampiran yang mempunyai kesan sejarah/artifak sejarah (lebih kurang RM13juta) serta mendirikan muzium (lebih kurang RM7juta).

- Pemohonan dana akan dipohon Jabatan Warisan Negeri Kedah dari semasa ke semasa bagi menampung keperluan kawasan terbabit.

Dalam temubual, YB Dato' Hj Rawi mempelawa mana-mana pihak termasuk pencinta sejarah bertemu dengannya sendiri untuk mendapat maklumat lebih lanjut gerak kerja yang telah dilakukan Kerajaan Negeri Kedah berkenaan Tapak Sejarah Sungai Batu. (No Phone diberikan dalam video ini).




Penjelasan dari YB Dato' Hj Rawi Abd Hamid, EXCO Pelancongan dan Warisan Kerajaan Negeri Kedah berkenaan isu-isu yang...
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Wednesday, 14 October 2015

2 comments: