Pages

Saturday, 12 December 2015

Ayuh Helang Merah, Bara Dalam Genggaman Usah Dilepaskan - Mukhriz Mahathir



Jarang-jarang seumur hidup kita, kita berpeluang untuk perolehi pencapaian yang paling luar biasa. Tidak semua orang di dunia ini diberi peluang seperti itu. Kebanyakan dari kita hanya melalui hidup harian yang rutin - yang biasa-biasa saja. Tiada yang luar biasa dalam hidup kita.

Mungkin ada di kalangan kita tidak berminat atau takut kepada yang luar biasa. Seboleh-bolehnya hendak mengelak dari terpaksa melakukan sesuatu yang luar dari kebiasaan.

Namun sesungguhnya, selagi kita tidak keluar dari kepompong selesa, kita sebenarnya menidakkan peluang untuk mencapai kecemerlangan luar jangkaan.

Percayalah, kita sebenarnya dikurniakan Allah SWT untuk mencapai apa jua cita-cita kita meskipun ia setinggi langit. Apa yang diperlukan ialah iltizam dan semangat juang yang mencabar keyakinan diri kita sendiri.

Sebelum ini, siapa sangka sebuah negeri yang serba serbi kekurangan boleh mencapai sesuatu yang luar biasa, termasuk dalam arena sukan bolasepak. Dari beraksi dalam Liga Perdana, Kedah telah menongkah arus, menangkis segala persepsi apabila berjaya memenangi piala liga tersebut, sekaligus layak ke Liga Super. Tanggapan bahawa pasukan Kedah tidak perlu digeruni terus meleset sama sekali.

Kini sekali lagi, apa yang didakwa mustahil menjadi realiti. Kedah telah mara hingga ke pertandingan akhir piala yang paling berprestij - Piala Malaysia. Pasukan yang lebih hebat tumpas dalam saingan. Siapa yang pernah sangka Kedah dapat mengatasi pasukan-pasukan Liga Super untuk sampai keperingkat akhir Piala Malaysia?

Tapi cabaran yang getir dihadapan kita masih perlu diatasi.
-----------
Helang adalah raja di langit, yang berada paling atas dalam kalangan spesis burung. Helang dikaitkan dengan imej gagah berani, kuat, pantas, luas pemandangan, dan tajam tumpuannya.

Namun ramai tidak tahu bahawa pada usia 40 tahun, helang akan menghadapi cabaran yang menentukan hidup matinya. Pada ketika itu paruhnya sudah terlalu tumpul dan bengkok untuk mematuk makanan. Kuku kakinya juga sudah bengkok dan tidak boleh mencengkam mangsa. Bulunya terlalu tebal dan berat hingga menyusahkan ia terbang.

Kalau dibiar, tentu akan mati. Maka terbanglah ia ke puncak tertinggi di atas mana ia akan memecahkan paruhnya dengan mengetuk batu. Pecah setelah menanggung sakit yang teramat sangat, ia tunggu sehingga paruh baharu tumbuh.

Dengan paruh baharu, ia akan cabut kuku-kuku kakinya hingga berganti kuku baharu. Kemudian bulu pula dicabut satu persatu sehingga tumbuh bulu-bulu baharu. Setelah menahan sakit yang begitu perit itu, helang lahir semula sebagai pemangsa gagah perkasa, kembali menguasai langit.




Lang Merah Kedah juga telah melalui tempoh penuh duka, lara dan seksa. Esok 12/12/2015, kita sekali lagi dituntut melakukan sesuatu yang luar biasa. Kerana apa yang bakal dikecapi adalah kegemilangan yang juga sangat luar biasa.

Ayuh Lang Merah! Bara dalam genggaman usah dilepaskan. Barisan sudah tersusun, genderang perang sudah dipalu. Langkahlah dengan semangat yang membara. Harapan penyokong setia setinggi gunung usah dihampakan, pastikan Piala Malaysia milik kita. Ayuh Kedah! Sabtu ini, beraksilah gagah berani! Lusa kita lahir semula - disegani dan dihormati semua.

3 comments:

  1. Aku syak, habis tanah-tanah kpg. kat Kedah ni akan diJUAL kat Tokey-Tokey kroni TAMAK mcm. zaman bapa madey dia!

    Tak payah lagi BERSYARAT dengan PENGKHIANAT HARAM JADAH ni semua – patut diNYAHkan terus dari UMNO! Tengoklah KEDAJALAN anak BOTAK-amat-SIAL si DIKTATOR PENYAMUN/PEMBUNUH/PERASUAH-madey dan puak penyokong depa, yg. sebenaqnya sungguh MENGKHIANATI UMNO dan RAKYAT terutamanya hak dan identiti bangsa BUMIPUTERA MISKIN yang amat dibela oleh Almarhum Tun Razak Hussein, yg. mana sekarang, disambungkan legasi amat GEMILANG ini di bawah anakanda beliau, YAB PM DS Mohd. Najib Tun Razak TERCINTA kita!

    Madey-si JIJIK-tak-MAMPOS juga ni ni memang dah tunjuk TEMBELANG dia akhirnya - GILA betul KUASA dan KEMEWAHAN utk. anak BOTAK-BANGSAT dia sampai si PENGGANAS kit SIAL BANGKAI BABI pun dok galak JILAT JUBOQ dia! Si DIKTATOR PENYAMUN/PEMBUNUH/PERASUAH-madey ni serta keturunan dia memang PENYAMAQ, terutamanya mempergunakan ISLAM sewenangnya!

    Tengok TOKEY-TOKEY PENYAMUN yg. jadi hartawan anak-beranak berBILLION masa zaman Madey; DASYATnya! Termasuk menyebabkan BIL LETRIK begitu TINGGI-nak-mampos di zaman DIKTATOR PENYAMUN/PEMBUNUH/PERASUAH-madey ni dulu!

    Lihat di http://beliabangkit.blogspot.com/2015/12/team-5-m-mukhriz-secara-tidak-sengaja.html#.Vm7LDV6v_IU :

    TEAM 5 M : Mukhriz Secara Tidak Sengaja Terkantoi?

    Diterbitkan Belia Bangkit

    Mukhriz Seru Tsunami Besar Runtuhkan Tembok Dalam Umno

    OLEH KC NAZARI

    Published: 12 December 2015

    Bercakap pada majlis yang turut dihadiri Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal serta bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, pengerusi badan perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir menggunakan perkataan ‘bengap’ bagi menggambarkan individu yang gagal memberikan jawapan tepat kepada soalan.....

    Datuk Seri Mukhriz Mahathir menempelak perjalanan Perhimpunan Agung Umno yang setakat ini menurutnya memberikan "jawapan tidak relevan" kepada "persoalan-persoalan yang ditanya". ….

    "Jadi tak berapa gunalah kalau kita kata dia ini bengap atau apa. Tanya soalan yang sama berulang-ulang kali. Yalah, soalan yang sama ditanya berulang kali sebab jawapan diberi tak menepati soalan tersebut," katanya yang juga menteri besar Kedah disambut tepukan gemuruh kira-kira 1,000 orang hadirin pada majlis di sebuah restoran di Kuala Lumpur, malam ini.

    Walaupun tidak menunjukkan perumpamaan itu kepada mana-mana isu, ucapan Mukhriz itu disampaikan ketika Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih gagal menjelaskan sumber wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.
    Menurutnya, Umno yang akan menyambut ulang tahun ke-70 akan datang ibarat seekor burung helang tua yang terpaksa mematahkan paruhnya yang tumpul bagi membolehkan paruh baru tumbuh.

    Paruh baru itu, kata Mukhriz kemudiannya akan diguna untuk mencabut kuku lama helang itu yang tumpul bagi memberi ruang kepada kuku baru tumbuh.
    Kemudiannya, helang itu terpaksa mencabut bulu badannya yang lama dan berat sehingga botak bagi memberi laluan kepada bulu baru untuk tumbuh.

    "Kalau itu kita dapat lakukan, kita korban sebesar-besar korban, Insya Allah Umno akan muncul kembali sebagai parti yang cukup kuat.......

    "Titik-titik ini akan menjadi arus. Arus akan menjadi gelombang, dan apabila gelombang ini bertemu dia akan menjadi satu tsunami yang begitu besar dan tidak ada satu tembok pun yang kita tak boleh jatuhkan," katanya. – 11 Disember, 2015.

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete
  2. Si BOTAK-BANGSAT ni hari tu tau pula LARIkan diri bila ditanya WARTAWAN tentang 'KERUGIAN' (disyaki, PENIPUAN) 73 BILLION zaman bapa DIKTATOR PENYAMUN/PEMBUNUH/PERASUAH-madey dia! Itu PENGECUT namanya; dan LICIK mcm. ULAQ SAWA!

    Jadi sebelum lu si BOTAK DAJAL nak panggil pemimpin-pemimpin UMNO yang amat BERJASA kpd. bangsa BUMIPUTERA MISKIN (bukan mcm. bapa DIKTATOR PENYAMUN kamu) sbg. si 'bengap' dan nak 'KORBAN'kan depa, baik lu dan BAPA DIKTATOR PENYAMUN/PEMBUNUH/PERASUAH-madey lu yg. GILA KUASA dan KEMEWAHAN mcm. si TSUNAMI-keluarga GILA BABI; diNYAHkan dari UMNO selamanya; ! Dasar si puak PETUALANG-amat-JIJIK-nak-MAMPOS!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete
  3. Terlepaih dari wad gila kot.

    ReplyDelete