Husni ambil tindakan bijak tinggalkan Umno, puji Ku Seman
Bekas editor kanan Utusan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain menyifatkan langkah Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah meletakkan jawatan sebagai langkah yang bijak untuk menjauhkan diri dari Umno.
Ku Seman yang meletakkan jawatan selepas lebih 32 tahun berkhidmat bersama akhbar Umno itu berkata, karakter Ahmad Husni tidak sesuai dengan kepimpinan semasa Umno.
"Apa lagi Husni dipaksa pikul isu skandal 1MDB yang tidak mungkin boleh diterangkan kepada rakyat kecuali berbohong.
"Walaupun banyak yang kebulur jawatan dalam Umno tetapi yang ada integriti bagi percuma pun mereka tolak.
"Husni tidak seperti beberapa menteri yang menjadi panglima melindungi ketua mereka dengan kata-kata yang angkuh dan sedikit biadab," ujar Ku Seman dalam catatan di akaun Facebook miliknya.
Dua hari yang lalu, semasa mengumumkan rombakan kabinetnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memaklumkan Ahmad Husni meletak semua jawatannya dalam Umno dan Barisan Nasional (BN) termasuk sebagai Ketua Umno Bahagian Tambun dan Bendahari Agung BN.
Sehingga hari ini, semua pihak masih ternanti-nanti penjelasan oleh Ahmad Husni sendiri mengenai sebab-musabab tindakan beliau itu sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi dan teka-teki.
Mengulas lanjut, Ku Seman menambah, pendekatan Ahmad Husni yang tidak banyak bercakap tentang retorik politik tetapi tekun dengan tugas bukan gaya Umno.
"Tengoklah sekarang tak cukup menteri, ketua bahagian yang pun galak beri kenyataan kepada media, belasah orang itu dan orang ini yang tak sebulu dengan ketua.
"Tak cukup ketua bahagian setiausaha akhbar pun sudah beri reaksi kenyataan politik. Jadi nyatalah Husni tidak layak.
"Saya pasti selepas ini Husni akan diserang oleh media arus utama yang dicengkam oleh Umno," jelasnya.
artikel dari Malaysia Kini
anda faham ka apa sebenar kisah 1mdb ni? wsj selalu repot sumber2 yg dipercayai. siapa sumber tu. exist ka? alau kes ni berat, kena disclose la nama sumber tu.
ReplyDeleteanda tahu ka undang2 UK? terutama selepas 2013. baik pi buat kajian dulu noooo.
biasa tngok ku seman ni bercakap? macam gabra ja. tulis memang terror la, cakap macam hampas....
SOKONG Anom 12:21, Boboi Mukhriz dan Muhyiddin dah tak relevan. Perjuangan untuk Orang Melayu melalui wadah UMNO kalau UMNO tak betul pemmpin tak betul lawan lah dari dalam parti BUKAN keluar dan dipecat lepas tuuh macam macam kata itu ini.
ReplyDeleteSelagi dudok kat dalam, Makan gaji elaun lumayan ada kuasa lupa bagai..
Nak Maki sikitlah..
Haramjaddah kau nie Madey, Pukimak kau nie madey, anaak Botak Boboi kau memang Boddoh Banggang Muhyiddin tak payah tunjuk alim kau kaki betina perasuah sundal..
Bulan Ramadhan bulan mulia....maki memaki tidak mengubah apa apa. Tunggu lah pilihanraya akan datang...apa yang akan berlaku.
ReplyDeleteSama sama kita lihat.