Pages

Saturday, 25 June 2016

Rakyat Akan Kuburkan Umno PRU14 Angkara Najib & Rosmah


Tragedi Paling Malang Dalam Lipatan Sejarah United Mohd Najib Organisation.

Umno bakal dimuziumkan...

Tanggal 24 JUN 2016 pasti akan meninggalkan titik hitam dalam sejarah UMNO, parti politik Melayu terbesar di Malaysia.

2. Sejak penubuhannya dalam tahun 1946, UMNO telah melalui perlbagai onak ranjau dan kembali utuh walaupun dilambung dan dihempas gelombang dan badai cabaran.

3. Perletakan jawatan Presidennya yang pertama Dato Onn bin Jaafar, pengharaman parti ini dalam tahun 1988, pemecatan Anwar Ibrahim 1998 dan banyak lagi merupakan cabaran yang dihadapi oleh UMNO. Dalam setiap peristiwa tersebut, parti diletakkan di tempat yang lebih utama daripada seorang individu bernama pemimpin.

4. Apabila MT mengambil keputusan untuk memecat Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Muhkriz serta menggantung keahlian Datuk Seri Shafie Apdal pada hari ini, ianya merupakan tragedi paling buruk dalam sejarah parti politik keramat ini.

5. Ini merupakan pemecatan paling ganjil dalam UMNO, malahan pada mana mana parti politik dalam peradaban manusia di dunia ini.

6. Belum pernah berlaku dimana yang dipecat digantung keahlian adalah mereka yang bersuara tentang salahlaku pemimpin dan bukannya terhadap pemimpin yang melakukan salahlaku. Ini merupakan satu perkara yang akan ditertawakan oleh seluruh dunia.

Klaus Baikenhol seorang penulis berbangsa Jerman pernah mengatakan bahawa "There is a difference between being a leader and a boss. Both are based on authority. A boss demands blind obedience; a leader earns his authority through understanding and trust."

7. Ternyata keputusan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah menjadikan Najib dan rakan-rakan seperdosaannya bongkak dan rakus.

8. Dalam kemenangan mereka terlupa bahawa ada 'bom jangka' yang akan meledak. Majoriti rakyat Malaysia memandang kemenangan BN dalam PRK itu sebagai sesuatu yang mengecewakan mereka. Justeru mereka menanti PRU 14 dengan tidak sabar untuk mengajar BN. Amarah ini akan menjadi seperti gunung berapi yang menanti saat untuk memuntahkaan laharnya.

9. Jika Najib dan rakan rakan seperdosaannya berasa yakin dengan masa depan mereka selepas kemenangan dalam dua PRK yang baru berlangsung ingatlah bahawa ia tidak menjanjikan apa apa. Seperti kata Aung Suun Suu Kyi "If I advocate in cautious optimism it is not because I dont have faith in the future but I dont want to encourage blind optimism".

10. Pemecatan Muhyiddin dan Muhkriz serta penggantungan keahlian Datuk Seri Shafie Apdal akan melahirkan banyak persoalan.

Persoalan utamanya ialah sudah pasti tentang integriti Najib.

Najib kini menjadi orang nombor satu paling dibenci di negara inI tetapi beliau tidak mahu menerima hakikat ini.

11. Pemecatan Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Muhkriz serta Datuk Seri Shafie Apdal akan mempunyai tempias negatif terhadap Majlis Tertinggi yang kini dipandang hina oleh masyarakat. Mereka dianggap sebagai kumpulan 'perasuah' termahal di Malaysia.

12. Penghinaan terhadap Tun Mahathir , TS Muhyiddin , DS Muhkriz dan DS Shafie kini telah tidak boleh diterima lagi. Apakah tindakan yang bakal diambil.

13. Rakyat kini akan bangkit menentang salahguna kuasa yang sedang dilakukan secara meluas di negara ini.

Najib dan MT nya perlu mengambil iktibar revolusi People's Power yang berjaya menggulingkan Fredinand Marcos di Filipina pada 22 hingga 25 Februari 1986.

14. Benarkah 3M ini tidak ada pengaruh? Bagaimana jika mereka menubuhkan sebuah parti baru?

15. GKCM akan mula bertindak. UMNO akan dilanda badai ketidakpercayaan yang amat dasyat.

16. Selamat tinggal UMNO?

#saveMalaysia

#beranikeranabenar

Kamarul Azman
Presiden GKCM

KENYATAAN MEDIA
JUMAAT 24 JUN 2016

2 comments:

  1. Orang mcm meidin dan boboi patut dikenakan tindakan sebab depa dom atas pentas dengan pembangkang lalu mengutuk kerajaan...depa lupa yg depa jgk dri parti kerajaan...umpama ludah ke langit...kena kepala sendiri sampai botak tengah...org mcm tu xperlu ada dalam parti...puiii
    Gud bye meidin n boboi...ajak madey kutty buka parti baru...tengok keahlian ramai mana...ajak din jarak bacui sekali...boleh di kedaqah duit madey pulak lepas nie...cukup la utk byaq bulanan cambry tu...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete