Seramai 42,365 pengundi bakal mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kawasan Sungai Besar, esok.
Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abd Aziz Khalidin berkata , pusat mengundi akan dibuka mulai jam 8 pagi dan akan ditutup pada jam 5 petang.
Sehubungan itu, pengundi dinasihatkan supaya keluar mengundi secara berperingkat mengikut kesesuaian masa masing-masing dalam tempih ditetapkan agar tidak berlaku kesesakan di pusat mengundi.
"Pada hari mengundi, parti politik dan calon tidak dibenarkan membuka barung mahupun berkempen.
"Tempoh berkempen tamat pada jam 12.30 malam ini," katanya ketika ditemui media selepas menjalankan semakan peralatan mengundi di Dewan Seri Bernam hari ini.
Mengulas mengenai tinjauannya di Dewan Seri Bernam, Abd Aziz berkata, SPR menjalankan semakan peralatan mengundi seperti peti undi, dakwat pilihan raya dan sebagainya untuk kegunaan hari mengundi.
"Semakan ini untuk memastikan semua peralatan atau kelengkapan bagi pengundian esok lengkap dan dalam keadaan baik.
"Peralatan ini telah diagihkan kepada kepada Ketua Tempat Mengundi (KTM) Pusat Mengundi," katanya - Sinar Harian
No comments:
Post a Comment