Pages

Saturday, 5 April 2014

FILEM PANAS !!! FILEM NABI NOH DIHARAMKAN DI NEGARA-NEGARA ISLAM !!!



Noah, filem berkaitan nabi Noh, diharamkan di Malaysia atas alasan ajaran Islam tidak membenarkan gambaran visual seorang nabi.

Pengerusi Lembaga Penapisan Filem Datuk Abdul Halim Abdul Hamid berkata, keputusan itu dibuat sebagai langkah “berjaga-jaga”, kerana ia dianggap tidak sensitif terhadap orang Islam, lapor theSun.

“Filem itu diharamkan kepada pada kita orang Islam, kita percaya pada Nabi Noh dan menurut ajaran Islam, dilarang melakonkan semula aksi watak nabi.

“Mana-mana gambaran nabi dilarang oleh Islam,” beliau dipetik sebagai berkata.

Filem itu dikatakan berdasarkan kisah-kisah Bible berkaitan Nabi Noh dan peristiwa banjir besar.

Ia diarahkan oleh Darren Aronofsky dan bintang terkenal Russell Crowe beraksi sebagai Nabi Nuh.

Beberapa negara Islam, termasuk Mesir, Bahrain, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Indonesia dilapor mengharamkan filem itu bulan lepas.

Pengarah kandungan media di Pusat Media Kebangsaan UAE dilaporkan berkata:

“Terdapat babak bertentangan dengan Islam dan Bible, justeru kami putuskan tidak menayangkannya.”

Crowe dilapor menjangkakan pengharaman itu di negara-negara Islam.

No comments:

Post a Comment