Pages

Thursday, 3 April 2014

VIDEO PANAS !!!! SIAPA BERANI NAK TANGKAP TIAN CHUA !!! MENTERI KDN BERANI ???


Aku tak tahu dah berapa ribu laporan Polis terhadap Tian Chua yang bidap ni ,Negara kita ada undang-undang, tapi sejak dua menjak ni aku rasa undang-undang hanya tercatat sebagai buku rujukan tapi perlaksaannya hanya ibarat Kurang kerat, rengkuh yang lebih.

Aku tak tau dimana kebalnya undang-undang negara sekarang , rakyat marhaen seperti aku kian resah dan gelisah mendengar segala hasutan untuk membenci kerajaan termasuk yang dilakukan oleh puak pembangkang seperti Tian Chua . 


Di mana akta Hasutan yang digambarkan gah dimulut tapi perlaksaannya umpama cakap besar lepas tu nganga saja lebih 



Cuba tengok video dibawah ni,





Beliau menghasut rakyat supaya mengulingkan Perdana Menteri Malaysia. Apa perkara ni boleh dibuat main-mainkah?

Rakyat Malaysia marah, tapi apa yang mampu kita buat, hanya laporan polis. Dengan harapan akan ada tindakan yang diambil terhadap barua ni.


Tapi apa yang berlaku? Dia siap boleh ketawa dan persenda kata dia orang paling banyak kena laporan polis.

Apa perasaan rakyat Malaysia yang buat laporan polis terhadap Tian Chua ni?

Laporan polis tu tak lakukah?

Bagaimana pula keyakinan mereka terhadap pihak polis dan undang-undang di Malaysia? Hinggakan ada orang boleh ugut nak guling kerajaan dan persendakan laporan polis terhadap dirinya?

Undang-undang di Malaysia masih wujud ka?

Atau Tian Chua ni special kes hingga di kebal dari undang-undang negara?

Pihak polis atau penguatkuasa undang-undang perlu lakukan sesuatu, sebelum keyakinan rakyat terhadap institusi polis negara dipandang rendah.





Kalau dibiarkan, maka akan ramai lagi wujud barua-barua penghasut yang mahu mengulingkan kerajaan. Ini bukan lagi politik, tapi dah masuk dalam soal keselamatan negara.

Dulu kami dah kecewa dalam kes Lahad Datu, Tian Chua terlepas begitu saja, takkan kali ni pun akan jadi perkara yang sama?

Jangan sampai ada yang buat undang-undang sendiri, sampai masa tu, polis pun dah lambat nak ambil tindakan.

2 comments:

  1. Nanti aku komen lebih lebih ,aku kena tindakan undang undang pasal aku tak ada kuasa,tapi memang undang undang kat malaysia ada yang tak kena ,yang berkuasa boleh cakap sewenang wenangnya lambat diambil tindakan ,tapi yang kita ni tiada kuasa silap cakap sikit adalah pihak berkuasa akan cari kita

    ReplyDelete
  2. Ini yg dinamakan Rakyat Didahulukan (kalu mo kena saman, tangkap, bayar cukai....) Pencapaian Diutamakan (Hura-hara, pilih kasih, ekonomi merundum, agihan aset negara secara tidak adil, suka-suka diorang jak!)

    ReplyDelete