Pages

Friday 30 May 2014

PANAS : HINA INSTITUSI RAJA , BEBERAPA INDIVIDU DICARI SKMM



Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendapati beberapa individu dalam laman media sosial telah menghina institusi beraja, terutamanya berhubung kemangkatan Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Shah baru-baru ini.

Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata suruhanjaya itu sedang bertindak mengesan individu-individu tersebut.

Beliau memohon orang awam yang mempunyai sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan SKMM untuk tampil memberikan maklumat berkenaan.

“Kami memandang serius penghinaan sebegini dan akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan lunas undang-undang seperti diperuntukkan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” tambah dalam satu kenyataan hari ini.

1 comment:

  1. jgn ckp je ye! g tgkp...sumbat lama2 dlm lokap bg org2 celaka ni sedar skit.

    ReplyDelete