sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday 17 February 2015

ISIS Malaysia : Nora Danish Report Polis


Video manusia tak ada kerja yang menunjukkan mereka memegang potret si comel Nora Danish tetapi membuat ugutan mahu mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan negara pada 18 februari ini mengemparkan seantero Malaya. 

Dalam video itu jelas mereka memegang gambar Nora tetapi motif mereka memegang gambar Nora tidak dapat dipastikan lagi. 

Nora semasa dihubunggi Sinar harian semalam berkata beliau akan membuat laporan polis ekoran gambarnya yang digunakan dalam video sekumpulan empat lelaki bertopeng itu.

Nora yang mengetahui video tersebut menerusi seorang rakan tengah hari tadi, enggan memberi komen lanjut mengenai video terbabit.

"Berita ini saya ketahui melalui rakan tengah hari tadi dan saya sendiri telah melihat video rakaman itu. Bagaimanapun, mereka tidak menyebut nama saya malah perkara yang dibualkan tidak kena mengenai dengan saya. Cuma kelihatan gambar saya di pegang oleh mereka.

"Apa yang boleh saya katakan, saya akan membuat laporan polis," 

Apapun itu jalan terbaik aku rasa buat Nora, kita tak tahu niat manusia-manusia itu, sama ada baik ataupun jahat. Langkah membuat laporan Polis adalah tepat bagi melindunggi dirinya. 

mengenai kes video ini, aku harap PDRM dapat menyelesaikannya secepat mungkin.



POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive