SAYA UNDI BN

SAYA UNDI BN

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Kempen Selamatkan Kedah

Jika Anda Mahu Selamatkan KEDAH Dari Tangan Parti PAS !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Sunday, 19 May 2013

Karpal gesa Tunku Abdul Aziz henti sebar 'rahsia' DAP !!!! BETUI KA NI KARPAL ??

Karpal Singh

GEORGETOWN - Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini memberi amaran kepada bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim agar menghentikan segala cerita yang menjadi 'rahsia' dalam parti itu kepada umum.

Beliau yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor berkata, beliau juga akan mengemukakan saman di mahkamah sekiranya Tunku Abdul Aziz tidak menghentikan perbuatan memburukkan DAP.

"Kita akan bawa perkara ini ke mahkamah, biar beliau (Tunku Abdul Aziz) faham dengan jelas, kini sudah tiba masanya untuk kami bertindak.

"Sebagai seorang yang benar-benar 'gentleman' beliau tidak seharusnya mendedahkan apa sahaja yang menjadi rahsia dalam parti kepada pengetahuan umum," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan penjual dan pengunjung Pasar Awam Island Park di Jalan Gangsa, di sini.

Katanya Tunku Abdul Aziz yang juga bekas Naib Presiden Transparency International telah dibawa masuk menyertai DAP pada 23 Ogos 2008 oleh kepimpinan tertinggi parti itu.

Tunku Abdul Aziz kemudian dilantik sebagai Naib Pengerusi DAP, pada 31 Mei 2009 dan dilantik sebagai senator pada Julai 2009.

Pada Mei 2012, Tunku Abdul Aziz mengumumkan keluar daripada DAP dan melepaskan jawatannya dalam parti itu kerana membantah penganjuran perhimpunan haram di ibu negara pada 28 April 2012 kerana khuatir ia boleh bertukar ganas dan bantahan itu kemudian menimbulkan perselisihan faham antara beliau dengan pemimpin DAP.

Bagaimanapun beliau tidak menyertai mana-mana parti politik.

Pada awal Mei lepas, Tunku Abdul Aziz telah mendedahkan di sebuah blog bagaimana beliau boleh menyertai DAP dan selepas setahun menjadi ahli beliau mendapati ideologi dan perjuangan parti itu tidak sehaluan dengan pendiriannya. - Bernama

PADAN MUKA !!!! 5 HARI DALAM LOKAP !!!

Adam Adli Abdul Halim

SHAH ALAM - Aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim ditahan reman selama lima hari di bawah Kanun Keseksaan 124 B dan Seksyen 4 (1) C Akta Hasutan bermula hari ini.

Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (Kami), Khalid Mohd Ismath berkata, sehubungan dengan penahanan Adam Adli, kumpulan aktivis akan terus 'berkampung' di hadapan lokap tersebut bagi membantah penahan rakan mereka itu.

"Kita juga akan bermalam di sini dan menyalakan lilin sepanjang lima hari penahanan Adam Adli.

“Malahan, Adam Adli juga sempat berpesan kepada rakan aktivis di luar supaya terus berjuang melalui bapanya, Abdul Halim yang hadir di lokap Balai Polis Jinjang pada jam 11.30 pagi tadi," katanya kepada Sinar Harian Online.

Menurutnya lagi, Adam Adli diwakili peguam Latheefa Koya dan Eric Paulsen untuk kes ini.

Semalam, Adam Adli yang digantung tiga semester pengajian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) ditangkap berhubung kenyataan beliau yang dibuat semasa forum selepas pilihan raya anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 13 Mei lalu.

Dalam forum itu, Adam Adli bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) anti kerajaan memanggil satu perhimpunan jalanan besar-besaran untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu.

TUDIAA !!!!! MB KEDAH BARU ARAH HENTI SERTA MERTA TEBANG BALAK !!!! SYARIKAT MANA TU YANG TERLIBAT ?? #HanyaDiKedah


Kerajaan Kedah akan menghentikan sementara semua aktiviti pembalakan di negeri ini supaya kajian semula dapat dilakukan bagi mengelakkan aktiviti itu memberi kesan kepada alam sekitar dan rakyat, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir.

Katanya beliau telah menerima laporan dan aduan daripada masyarakat kampung bahawa aktiviti pembalakan yang sedang berlaku di kawasan mereka telah menjejaskan bekalan dan kualiti air di kampung mereka.

"Saya megesyorkan supaya aktiviti pembalakan dihentikan buat seketika supaya kita dapat menyemak adakah laporan EIA (Kesan Penilaian Alam Sekitar) yang sepatutnya dilakukan di mana-mana kawasan pembalakan dilaksanakan dan apa yang disyorkan laporan EIA," katanya kepada pemberita selepas Majlis Kenduri Kesyukuran peringkat negeri di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon di sini hari ini.

Katanya beliau mahu memastikan bahawa setiap syarat yang dikenakan kepada mana-mana konsesi pembalakan dipatuhi oleh pihak-pihak terlibat.



"Sekiranya ada sebarang aduan yang berasaskan bukti menyatakan bahawa syarat-syarat tersebut walaupun sedikit yang tidak dipatuhi, saya tidak akan teragak-agak mengarahkan supaya aktiviti pembalakan dihentikan segera. Saya nak semak semula konsesi-konsesi ini. Kita bukan nak kacau rezeki orang. Saya nak pastikan kepentingan rakyat sentiasa kita dahulukan.

"Pada masa hadapan seboleh-bolehnya saya tak mahu keluarkan konsesi pembalakan lagi...saya ingat dah cukup. Kita kena cari sumber pendapatan lain untuk Kedah. Bagi saya pokok yang tegak berdiri lebih besar nilainya daripada pokok yang ditebang. Ada potensi dan peluang untuk industri pelancongan dan sebagainya," katanya.

Isu pembalakan tidak terkawal oleh kerajaan negeri sebelum ini merupakan satu isu yang membelenggu rakyat Kedah terutama di kawasan-kawasan terlibat.

Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi Kolej Universiti Insaniah (Kuin) termasuk Rektornya Prof Datuk Dr Jamil Osman dalam usaha menyelesaikan masalah yang berlaku di kolej universiti milik kerajaan negeri itu.

Katanya beliau telah meminta Exco terlibat iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Datuk Tajul Urus Mat Zain supaya memberikan perhatian mengenai masalah berkenaan.

"Beliau akan memberikan laporan yang lebih menyeluruh kepada saya untuk kita memutuskan hala tuju baru bagi Kuin. Kita juga berbincang dengan pihak lain yang terlibat dengan Kuin. Paling penting kita kena jaga kebajikan pelajar, kakitangan barulah pengurusan," katanya.

Kuin merupakan satu lagi masalah dalam pentadbiran kerajaan negeri terdahulu. Kakitangan Kuin berhadapan masalah dengan pihak pengurusan yang mereka dakwa melakukan penyelewangan termasuk gagal membayar caruman kepada pihak ketiga walaupun ada pemotongan dibuat dalam slip gaji mereka.

Kerajaan negeri dan Kuin juga terpaksa membayar pinjaman bank sebanyak RM46 juta setahun bagi pembinaan kampus induk di Kuala Ketil. Kampus induk itu juga tidak mempunyai kemudahan asrama yang menyukar kehidupan para pelajar yang terpaksa berpindah randah.

"Jumlah RM46 juta setahun itu sebenarnya memberi kesan kepada rakyat. Bayangkan berapa banyak rumah untuk rakyat memerlukan yang boleh dibina dengan wang sebanyak RM46 juta itu," kata Mukhriz. - Bernama

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive