Tahniah diucapkan kepada Lan Kristal kerana dikurniakan anak kedua. Isterinya Sheila selamat melahirkan seorang bayi perempuan dengan berat 2.9kg di Pusat Perubatan Naluri Wangsa Maju pada hari Rabu sekitar pukul 5.30 petang. Sebelum ini mereka berdua telah memiliki seorang anak perempuan yang kini berusia 1 tahun 10 bulan.