sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday 30 June 2014

MH370 : TERBARU , GANGGUAN KUASA MISTERI TERHADAP MH370 #PRAYFORMH370



Penyiasat nahas udara, kehilangan pesawat MH370 telah menemui bukti baharu mengenai kokpit pesawat yang berkemungkinan telah diganggu.

Satu laporan yang dikeluarkan oleh penyiasat nahas udara Australia mendedahkan bahawa pesawat Boeing 777 yang hilang mengalami gangguan kuasa misteri pada peringkat awal penerbangan, yang membuatkan pakar-pakar percaya ia boleh menjadi sebahagian daripada usaha untuk mengelak daripada dikesan radar.

Menurut laporan itu, unit data satelit pesawat telah melakukan permintaan 'log masuk' yang tidak dijangka kepada satelit, dalam tempoh kurang dari 90 minit semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Laporan menyebut mengenai permintaan 'log masuk' yang dikenali sebagai 'handshake' yang dilihat mungkin muncul disebabkan gangguan kuasa elektrik di atas kapal pesawat.

"Permintaan log masuk ketika penerbangan bukan perkara biasa.

"Analisis telah dilakukan yang menentukan bahawa ciri-ciri dan masa permintaan 'logon' adalah padanan terbaik sebagai akibat daripada gangguan kuasa," Menurut laporan oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia.

David Gleave, seorang pakar keselamatan penerbangan dari Loughborough University, berkata gangguan bekalan kuasa muncul sebagai hasil apabila seseorang di kokpit cuba untuk mengurangkan penggunaan sistem pesawat.

PROVOKASI HASUTAN DARI PEJABAT AG ?



PENANGGUHAN kes tuduhan menghasut ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Delima, RSN Rayer di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang 19 Jun lalu kerana mengatakan Umno celaka sebaliknya kes 15 orang lain telah diteruskan telah mengharu-birukan suatu pendekatan undang-undang yang bermotif baik untuk mententeramkan perasaan semua kaum.

Itulah sebabnya mereka dihadapkan ke mahkamah secara serentak (kesemuanya Melayu kecuali seorang lagi India selain dari Rayer).

Maka itu Mubarak (Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia) melonjak kegembiraan dan segera membuat kenyataan mengalukan tindakan itu sebagai seimbang dan adil itu tetapi dalam sekelip mata keyakinan ini dihancurkan oleh penangguhan kes RSN Rayer yang membakar api dalam sekam.

Ketidakadilan segera dirasakan oleh orang Melayu.

TUN M : JIKA AKTA HASUTAN DIMANSUHKAN




Cadangan kerajaan untuk memansuhkan Akta Hasutan dan menggantikannya dengan akta baru hanya akan menyebabkan perbuatan menghasut boleh dilakukan dengan mudah di negara ini, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Dr Mahathir, Akta Harmoni dan Akta Uniti tidak dapat menghalang perbuatan itu daripada berlaku, malah keadaan katanya mungkin menjadi lebih parah apabila pelampau di kalangan rakyat dengan sewenang-wenangnya boleh mengkritik institusi diraja.

Kerajaan ujar Dr Mahathir perlu belajar daripada pengalaman lepas apabila Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan berkaitannya dimansuhkan baru-baru ini.

“Kita sudah pun mansuh ISA dan akta bagi membuang daerah penjenayah bersiri. Kita lihat kesan daripada pemansuhan kedua-dua akta ini ialah peningkatan berbagai jenis jenayah. Tetapi hasutan walaupun ada dilakukan tetapi tidak melampaui batas.

CAHAYA RAMADHAN BUAT ADIK FIRDAUS OKU DGN KEHADIRAN ISTERI PERDANA MENTERI @NajibRazak @tunfaisal


Alhamdulillah syukur kepada Allah nasib adik Firdaus makin terbela , dan semperna bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ni rezeki Adik Firdaus makin bertambah. Kurniaan Allah keatasnya. 

Pagi ini bertempat di Wad Kanak-kanak Hospital Tuanku Ja'afar Seremban, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor bersama dengan rombongan dari BAKTI telah sudi meluangkan masa menziarahi adik Muhammad Firdaus anak OKU yang baru-baru ini menggemparkan negara apabila berita anak kecil ini yang menderita dikurung oleh keluarga beliau diselamatkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan cerita mengenai beliau menjadi viral di media arus perdana dan media sosial.

Dalam kesempatan ini Datin Seri Rosmah meluangkan masa yang agak lama beramah mesra dan bermain dengan adik Firdaus yang dikhabarkan telah naik berat badannya sebanyak 2.3 kg semasa dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui Kementerian Kesihatan dan Hospital Tuanku Ja'afar Seremban.

Kehadiran Datin Seri Rosmah juga diiring oleh ahli BAKTI yang terdiri daripada isteri-isteri pemimpin negara. Dalam "PC" beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menemui dan menyelamatkan adik Firdaus ini. Ucapan terima kasih juga kepada Kementerian Kesihatan yang menjaga adik Firdaus di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban seterusnya kepada semua pihak media yang membantu.











ARWAH IBU LAWAT JENAZAH ANAK (KISAH BENAR)



Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.


Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam. Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

Ustaz," kata wanita itu."Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya

"Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya."Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih."Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan,wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat. Tiba di luar saya bertanya kepadanya.

"Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya.Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak.Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab.Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. "kata saya untuk menggertaknya.

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya.Sambil mengesat airmata, dia berkata,"Ustaz, anak saya ni memang baik,patuh dan taat kepada saya.Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja,dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun.Dia memang anak yang baik.Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang,Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik.Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai,dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin.Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut.

Sunday 29 June 2014

VIDEO : MAJLIS PERASMIAN 'PENGERANG INDEPENDENT TERMINAL SDN BHD @NajibRazak @tunfaisal


VIDEO : KISAH XING XING & LIANG LIANG PART 1,2 DAN 3 @NajibRazak @tunfaisal #Panda








RAMADHAN PERTAMA BUAT FELIXIA YEAP !! ALLAHUAKBAR !!!



Model pakaian Muslimah,Felixia Yeap akan mengucap dua kalimah syahadah pada 5 Ramadhan ini sempena hari ulang tahun kelahirannya.

"SAYA akan mengucap pada 5 Ramadan ini, iaitu pada 3 Julai ini (Khamis)," kata Felixia Yeap, ketika menjadi panel jemputan di Program Semarak Ramadan anjuran kerajaan Negeri Selangor di Dataran Shah Alam.

Felixia berkata, tarikh 5 Ramadan dipilih kerana ianya jatuh pada hari ulang tahun kelahirannya.

"...5 Ramadan iaitu jatuh pada 3 Julai ini iaitu pada hari 'birthday' saya, hari itu juga merupakan hari kegemaran Nabi Muhammad," katanya.

BERGAMBAR : PERDANA MENTERI MELAWAT TUAN GURU HJ HADI AWANG DI IJN @NajibRazak


Setelah keluar dari Hospital di Istanbul selepas mengalami masalah kesihatan bulan lalu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini masih menerima rawatan di Institud Jantung Negara Kuala Lumpur .

Abdul Hadi pulang ke Malaysia pada 18 Jun lalu selepas diberi kebenaran oleh doktor yang merawatnya di sebuah pusat perubatan di Turki.

Bekas Menteri Besar Terengganu itu dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Turki setelah mengalami sesak nafas semasa menghadiri satu persidangan di Istanbul pada Mei lalu.




Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak mengambil kesempatan melawat beliau di IJN , semasa menerima rawatan di Istanbul dahulu , Perdana Menteri telah mengarahkan kedutaan untuk memastikan pihak Hospital di Istanbul memberi rawatan terbaik kepada beliau.

Ternyata sekali perbezaan politik langsung tidak dapat memisahkan tali persaudaraan sesama Islam. Satu contoh amalan yang baik di amalkan Perdana Menteri Malaysia kita. Kita mencari titik persamaan bukan perbezaan sesama Islam.

Sebagai rakyat aku kagum dengan Perdana Menteri kita. Semoga diikuti oleh semua pemimpin kita .




HOT NEWS !!! KHALID TETAP TIDAK AKAN LEPAS JAWATAN MB SELANGOR WALAU TEWAS !!!

Khalid enggan undur walau tewas



Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak akan berundur sebagai Menteri Besar Selangor walaupun tewas dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR dan didesak pelbagai pihak.

Beliau menegaskan, tidak akan sebarang syarat mengatakan bahawa beliau perlu melepaskan jawatannya itu sekiranya tewas dalam pemilihan parti.

“Itu tidak perlu. Tidak ada dalam syarat sekiranya kalah maka seseorang perlu mengakhiri tugasnya. Jika kamu memegang jawatan yang sudah dilantik, kamu masih lagi perlu menjalankan tanggungjawab itu sehingga pilihan raya akan datang,” katanya selepas Majlis
Sumbangan Kepada Fakir, Miskin, Anak Yatim dan Masjid, Surau di Pulau Indah, semalam.

Abdul Khalid berkata, selain jawatan Menteri Besar, beliau juga akan terus melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Adun Pelabuhan Klang dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Pada masa yang sama, beliau menggesa Jawatankuasa Pemilihan Parti PKR (JPP) membuat pengiraan semula undi bagi jawatan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor.

Abdul Khalid sebelum ini tewas kepada Manikavasagam pada pemilihan itu.

PANAS !! KERAJAAN SELANGOR CUBA SELINDUNG KES RASUAH ADUN DAP @RameshRaoAKS



Presiden Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin, Ramesh Rao menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat seperti melepaskan batuk di tangga berikutan tiada sebarang tindakan diambil atas kesalahan salah guna kuasa dan rasuah yang dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong.

Beliau berkata, surat yang turut mengandungi bukti telah diserahkan kepada pejabat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan tetapi tiada sebarang tindakan susulan diambil terhadap ADUN dari DAP itu.

"Aduan bersama bukti telah diserahkan kepada kepimpinan DAP dan pejabat Menteri Besar Selangor atas nama Pakatan Rakyat yang mahukan kerajaan telus dan banteras rasuah.

"Tiada sebarang tindakan yang diambil sehingga kini daripada pihak Pakatan Rakyat seperti yang dilaung-laungkan oleh integritinya," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang, di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, Pakatan Rakyat tidak bertanggungjawab dalam menyiasat penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin mereka dengan memberi alasan kesalahan tersebut dilakukan dari pihak lain.

"Pakatan Rakyat tidak nampak kesalahan mereka. Mereka cuba menutup kesalahan mereka dan mereka cuba mengaibkan, memperbodohkan rakyat dengan memberitahu kesalahan orang lain.

"Menuding jari kepada Barisan Nasional kononnya berasuah.

VIDEO : UCAPAN RAMADHAN DARI DS MB @MukhrizMahathir #KedahSerataRata #KedahAmanMakmur @NajibRazak




Friday 27 June 2014

PANASS !!! MTEM KECEWA KENYATAAN CEO PETRONAS @NajibRazak





Kerajaan perlu mengambil semula konsesi telaga minyak seterusnya membuka tender secara terbuka sekiranya benar-benar mahu mengangkat industri minyak dan gas ke peringkat antarabangsa.

Ketua Kluster Minyak dan Gas Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Tengku Putra Tengku Ahmad berkata bagi membidas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Petroliam Nasional Bhd (Petronas) Tan Sri Shamsul Azhar Abbas sebelum ini.

"Banyak pemain di bidang minyak dan gas amat kecewa dengan kenyataan Shamsul. Beliau terlalu liberal di dalam organisasinya. Beliau sepatutnya perlu ingat bahawa ini (Petronas) adalah syarikat yang dibangunkan oleh Melayu.

"Shamsul merupakan manusia yang sombong dan perlu letak jawatan kerana tiada jiwa negara. Jika beliau kata mahu angkat industri ini ke peringkat antarabangsa maka kerajaan patut ambil semula konsesi dan dibida menerusi tender terbuka," katanya kepada pemberita di dalam sidang media di sini hari ini.

Thursday 26 June 2014

AGONG , PERMAISURI RASMI WISMA YAYSH @MukhrizMahathir #KedahAmanMakmur #KedahSerataRata


Pagi tadi Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan merasmikan Wisma Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH) di Jalan Mahkota, Lebuh Raya Darulaman

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua di wisma itu disambut Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah, Anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.


Wisma YAYSH akan digunakan sebagai pusat kegiatan pelbagai aktiviti anak-anak yatim pada masa akan datang.

VIDEO : TUDIAAA !! "MEDICAL SCIENCE CITY" PELABURAN RM 2.8 BILLION DI KULIM @MukhrizMahathir #KedahAmanMakmur



VIDEO : KEDAH RAMPAS TANAH JIKA DIJADIKAN LADANG KETUM @MukhrizMahathir #KedahAmanMakmur


Kerajaan Negeri Kedah akan merampas tanah-tanah yang dijadikan ladang ketum bagi mengekang penyalahgunaan air ketum dalam kalangan masyarakat negeri ini.

Semasa mengeluarkan amaran itu, Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata seksyen dalam Kanun Tanah Negara memperuntukkan bahawa kerajaan negeri boleh merampas tanah-tanah yang melanggar syarat seperti tanah sawah yang dijadikan ladang ketum.

"Kerajaan negeri tidak teragak-agak merampas tanah itu jika didapati bersalah (menanam ketum) dan pemilik-pemilik tanah persendirian juga tidak terkecuali menerima tindakan sama jika menanam pokok ketum.


VIDEO : AKHIR LITAR LUMBA DIBINA DI SG PETANI KEDAH @NajibRazak @MukhrizMahathir #JanjiDiTepati #KedahAmanMakmur



Satu lagi janji PRU13 ditepati apabila YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah mengumumkan pembinaan Litar Lumba diatas sebidang tanah berkeluasan 50 ekar di Sungai Petani.

Pengumuman tersebut dibuat YAB Menteri Besar Kedah setelah selesai mempengerusikan mensyuarat EXCO di Wisma Darulaman




TERIMA KASIH KERAJAAN BN , JANJI DI TEPATI 

Wednesday 25 June 2014

AUDIT NEGARA : 11 AGENSI KERAJAAN KEDAH DI ANUGERAH 4 BINTANG !! TERBAIK @MukhrizMahathir #KedahAmanMakmur #KedahSerataRata



Dalam sidang media , selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah petang tadi , Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir telah menumumkan bahawa Jabatan Audit Negara telah menganugerahkan taraf 4 bintang kepada 11 agensi Kerajaan Negeri Kedah

"Ini satu yang sangat membanggakan kami sebab tidak ada lagi sebelum-sebelum ini sesebuah negeri yang mencapai 4 bintang bagi begitu banyak sekali agensi dan jabatan".

1) MAIK

2) Pejabat Perbendaharaan Negeri Kedah

3) PKNK

4) Pejabat SUK Kerajaan Negeri Kedah

5) Majlis Bandaraya Alor Setar

6) Majlis Perbandaran Kulim

7) PTD Kulim

8) PTD Kuala Muda

9) PTD Yan

10) PTD Kota Setar

11) Jabatan Hutan Negeri Kedah

Sebagai anak jati Kedah Apj turut bangga dengan kejayaan Kedah di bawah pentadbiran Kerajaan BN Kedah yang mana telah bertungkus lumus memberi khidmat yang terbaik pada rakyat , pelbagai kejayaan telah diperoleh dalam masa setahun ini. 

Kita harus terus menyokong penuh kepimpinan Dato Seri Mukhriz meneraju Kerajaan Negeri demi memajukan Negeri kita . Tahniah buat semua . 

PANAS : KEMENANGAN PAKATAN , KEMENANGAN HARAM @RameshRaoAKS


Kejayaan Pakatan Rakyat (PR) melalui parti DAP, PKR dan Pas menduduki 89 kerusi Parlimen selepas Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) dianggap sebagai kemenangan haram.

Presiden Pertubuhan Minda Sosial Prihatin, Ramesh Rao berkata, ianya berikutan cara kempen kotor yang digunakan PR dengan menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) mengamalkan rasuah sedangkan tuduhan itu tidak dapat dibuktikan sehingga kini.

"Kemenangan PKR, DAP dan Pas adalah haram, kenapa saya cakap ia haram kerana mereka menghasut dan menipu rakyat, memberi khabar-khabar yang tidak mempunyai fakta dan bukti.

"Jika benar tuduhan mengatakan kerajaan BN rasuah, mana buktinya kita ingin tahu, kempen mereka sejak tahun 1969 mengatakan BN mengamalkan rasuah tetapi gagal mereka buktikan, jadi ini merupakan fitnah yang paling besar terhadap kerajaan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini, hari ini.

Konsert Permata Seni - PERSAHABATAN MERENTASI GENERASI @NajibRazak @tengkuadnanreal














Tuesday 24 June 2014

DAP HARUS PECAT TERSSA KOK , JANGAN BERSIKAP DOUBLE STANDARD @RameshRaoAKS



Pemimpin DAP tidak seharusnya mengamalkan sikap double standard atau berat sebelah terhadap Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang secara nyata melakukan kesalahan melanggar peraturan parti.

Presiden Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao berkata, pemimpin DAP seharusnya memecat Teresa sepertimana yang dilakukan terhadap beberapa ahlinya yang didapati bersalah sebelum ini.

"Kita minta kepimpinan DAP jangan 'double standard' untuk mengambil tindakan terhadap Taresa Kok, segala dokumen telah kami beri kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya masih ingat kata-kata Lim Kit Siang kalau seseorang Yang Berhormat atau Ahli itu didakwa atau dituduh dengan bukti individu tersebut perlu kosongkan kerusi serta digantung jawatan," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat desakan pecat Taresa Kok di Ibu Pejabat DAP, di sini, hari ini.

KERAJAAN KEDAH AKAN TERUS MEMARTABATKAN SYIAR ISLAM DI KEDAH @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah #KedahSerataRata



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam Sejahtera
Salam Kedah Aman Makmur
Negeri Kedah Serata Rata

1. Alhamdulillah, marilah kita panjatkan setinggi-tinggi pujian dan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinanNya, Majlis Graduasi dan Khatam Hafazan Al-Quran untuk para graduan lepasan Maahad Tahfiz Al-Quran Yayasan Islam Negeri Kedah bagi tahun 1435H/2014M berjaya diadakan dengan penuh istiadat pada pagi yang berbahagia ini.

Hadirin sekalian.

2. Manusia adalah makhluk pilihan Allah SWT yang memiliki potensi dan kemampuan yang begitu besar. Kekuatan pemikiran manusia merupakan salah satu keistimewaan yang membezakan manusia dengan makhluk yang lain. Dengan kekuatan pemikiran ia boleh menemukan dan menciptakan inovasi atau perkara-perkara baru dan kreativiti bagi memperbaiki taraf hidup dan tamadun mereka

3. Sejarah mencatatkan bahawa Islam telah mencapai zaman kegemilangan di zaman pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin di Madinah, zaman pemerintahan Umawi di Damsyik dan zaman kerajaan Abbasiyah di Bahgdad. Kerajaan-kerajaan ini menjalankan dasar Islam sebagai agama pembawa rahmat dan menyebarkan Islam sehingga dapat menguasai satu pertiga dunia yang meliputi Semenanjung Tanah Arab, Parsi, sebahagian Empayar Rom, Afrika Utara, Sepanyol, Perancis dan Turki.

4. Namun, kita berasa amat sedih, kerana kegemilangan Islam yang kita bangga-banggakan suatu masa dahulu hanya tinggal kenangan. Keadaan inilah yang membawa seorang pemikir Islam masa kini iaitu Profesor Dr Mahmoud Hamdi Zaqzuq dari Mesir menyifatkan umat Islam hari ini sebagai umat dilema dalam dunia yang penuh misteri dan beliau melontarkan pertanyaan seperti berikut, “Bagaimana perkara ini boleh terjadi kepada satu umat di mana kitab suci merekalah sejak awal-awal lagi menekankan arahan membaca, menggesa mencari ilmu dan sebagainya tetapi mereka menjadi umat yang ketinggalan?”

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah SWT,

5. Sepertimana yang kita semua sedia maklum, dunia Islam suatu ketika dahulu pernah berbangga dengan lahirnya para cendekiawan hebat daripada umat Nabi Muhammad SAW seperti Ibnu Sina dan al-Khawarizmi dengan ilmu Sains dan Teknologinya; Ibnu Khaldun dengan ilmu Matematiknya; Ibnu Battuta dengan ilmu Geografi dan Pelayarannya dan ramai lagi yang tidak mampu untuk disebut semua nama dan kehebatan mereka di sini.

6. Malah, apa yang lebih membanggakan kita sebagai umat Islam ialah mereka ini bukan sahaja menguasai ilmu pengetahuan bahkan seorang huffaz atau penghafal al-Quran yang memahami isi kandungan al-Quran itu sendiri. Namun persoalannya adakah nama-nama agung ini hanya sekadar nama yang dikenang dalam lipatan sejarah dan gambar-gambar mereka ini tergantung di dinding perpustakaan atau dewan seminar untuk tatap?

7. Di dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW sendiri pernah melahirkan kebimbangan baginda sejak 1400 tahun yang lampau, bahawa suatu masa nanti jumlah umat Islam ramai tetapi keadaan mereka pada waktu itu seperti buih di lautan kerana lemah dan tidak berdaya saing. Oleh yang demikian, selari dengan peringatan Islam bahawa umat Islam adalah sebaik-baik umat, maka marilah kita berusaha mengembalikan hak-hak umat Islam yang telah hilang atau terlepas dari genggaman tangan umat Islam suatu ketika dahulu.

8. Salah seorang Tokoh Pemikir Islam, Malik bin Nabi pernah berkata: “Kemunduran yang dideritai oleh umat Islam hari ini bukan sebab agama yang mereka sedang anuti ini, tetapi ia adalah satu hukuman ke atas umatnya kerana meninggalkan Islam”.

9. Menyedari hakikat inilah, maka sejak beberapa tahun ini, Kerajaan Pusat telah meluluskan satu sistem yang menggabungkan di antara aliran akademik dan aliran tahfiz al-Quran di sekolah-sekolah menengah kebangsaan agama di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang dinamakan sistem ‘Ulul Albab’. Sistem ini bagi melahirkan generasi yang di dalam dada mereka bukan hanya terisi dengan ilmu-ilmu duniawi bahkan diterangi lagi dengan nur daripada al-Quran sebagai panduan hidup mereka.

10. Hasilnya, sistem yang sebenarnya telah lama dianjurkan di dalam Islam ini telah berjaya melonjakkan pencapaian sekolah-sekolah berteraskan tahfiz al-Quran ini setanding dengan sekolah-sekolah berasrama penuh yang lain yang terdapat di dalam negara kita.

Hadirin sekalian.

11. Tidak dapat dinafikan lagi sejak zaman berzaman, al-Quran adalah pencetus inovasi yang boleh menyinari kembali keagungan umat Nabi Muhammad SAW. Maka, apabila lahirnya generasi Ulul Albab yang diterapkan dengan ilmu al-Quran ini untuk negeri kita khususnya dan negara kita amnya maka kita akan dapat melihat para pemimpin dan ahli cerdik pandai masa depan.

12. Golongan ini bukan hanya berpendidikan malah mereka mempunyai asas kukuh dalam bidang al-Quran, ilmu pengetahuan yang luas dan pelbagai, mampu berfikir dan memerhati kejadian ciptaan Tuhan melalui mata hati dan akal yang tajam. Yang lebih penting, mereka sentiasa meyakini bahawa apa sahaja yang mereka lakukan di dalam kehidupan mereka sedang diperhatikan oleh Allah SWT.

13. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT tentang kehebatan al-Quran di dalam Surah al-Isra’ ayat 82 maksudnya: “Dan telah Kami turunkan Al-Quran yang menjadi ubat atau penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya.."

Saturday 21 June 2014

VIDEO : PESANAN KHAS MB @MukhrizMahathir UNTUK PENDUDUK BALING #MbMesraRakyat MAI TENGOK






Friday 20 June 2014

TUDIAA !!! BALING AKAN BERGEGAR LAGI !!!! 21-22 JUN 2014 , PAKAT MAI SERBU RAMAI-RAMAI @MukhrizMahathir @azeezputera #MBmesraRakyat




Page rasmi Mukhriz Mahathir Fans Club.. ikuti perkembangan kami secara terus bersama beliau.

Bukan hanya kerjaya beliau, kehidupan peribadi juga kita akan sentuh..

Jangan lupa share dengan kawan-kawan, untuk LIKE page Mukhriz Mahathir FC ..

jangan LIKE yg TIRUAN.. LIKE yg original!! (Pastikan ada LOGO Mukhriz Mahathir FC)





Masa dinanti nanti sudah tiba.. Program Mesra Rakyat #MbMesraRakyatakan turun ke Daerah Baling. YAB DS Hj Mukhriz Tun Mahathir akan turun bermalam dirumah keluarga angkat dan beramah mesra serta turun ke kampung kampung dalam daerah Baling pada 21-22 Jun ini..

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive