sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday, 6 August 2012

PERISTIWA NUZUL AL_QURAN BUAT TATAPAN


NUZUL AL-QURAN




Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqanbererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)



Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.


Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:

1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran

2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.

3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.


Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan.


sumber - JAKIM

Wednesday, 1 August 2012

MPM MENGUTUK KERAS KEBIADABAN DONG ZONG

ISU DONG ZONG, MPM MENGUTUK KERAS POLITIK ISU PENDIDIKAN





Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang diketuai oleh Pengerusi Biro Politik dan Governans MPM, Dato Seri Mohd. Hilmi Ismail dalam satu kenyataan di buat kepada pihak media baru-baru ini telah mengutuk keras tindakkan Persatuan  Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (DONG ZONG) mengugut kerajaan agar memenuhi tuntutan mereka untuk menubuhkan sekolah tinggi bebas cina di Kuantan baru-baru ini. 

Dato Seri Hilmi menegaskan, tindakkan persatuan itu mempolitikkan isu pendidikan cina demi kepentingan pembangkang sepatutnya tidak diendahkan kerana ia bertentangan dengan kontrak sosial yang dipersetujui semua kaum sebelum kemerdekaan.

Sehubungan itu katanya, persepsi yang cuba diwujudkan persatuan berkenaan seolah-olah pendidikan kaum cina dipandang sepi kerajaan perlu ditangani tegass oleh semua pihak terutama kerajaan serta orang Melayu yang menyokong dasar integrasi kaum di negara ini.

"MPM mengutuk tindakkan mereka mempergunakan isu pendidikan cina dalam membantu pembangkang mendapat undi pada pilihanraya akan datang. Ia seolah-olah menangguk di air keruh. Ia amat jelas kebelakangan ini dan Dong Zong dilihat berjaya dalam taktik tersebut.

Sekolah swasta bebas tersebut yang ditubuhkan itu akan menjalankan dua peperiksaan  besar iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Unified Examination Certificate (UEC). Ini secara jelas menyimpang daripada dasar pelajaran negara" . katanya baru-baru ini.

Beliau mengulas tindakkan Dong Zong menjadikan isu pendidikan cina sebagai satu modal politik dengan mengugut untuk menyokong pembangkang sekiranya kerajaan tidak membenarkan pembinaan sekolah tinggi bebas cina meskipun sekolah jenis tersebut gagal mematuhi peraturan asas sekolah di negara ini.

Jelas Dato Seri Mohd.Hilmi, sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai jati diri, sudah menjadi kewajipan mereka untuk mengangkat sistem pendidikan negara bagi memperkukuhkan identiti kenegaraan seperti yang dilakukan Indonesia,Thailand dan Jepun. 

Namun jelass beliau, tindakkan berbaur politik dan perkauman sempit oleh Dong Zong telah menyimpang jauh daripada agenda penyatuan bangsa Malaysia dan hanya akan menyebabkan jalinan kaum di negara ini bertambah renggang serta semangat patriotisme kian pudar dalam kalangan rakyat.

"Mungkin terdapat dalam kalangan rakyat negara ini yang menyangka penubuhan sekolah sendiri berteraskan kaum selari peredaran masa, namun adakah kita sanggup mengorbankan agenda kebangsaan demi memperjuangkan kaum masing-masing," ujarnya.

Beliau turut menyokong pendirian Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang menolak Dong Zong kerana persatuan itu bertindak memperlitikkan isu pendidikan Cina untuk kepentingan peribadi dan kepentingan pembangkang.

"Dong Zong seolah-olah bersama dengan pembangkang dengan usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Justeru, MPM menggesa kerajaan mengambil langkah tegas agar isu itu tidak merebak lagi, ia tidak mendatangkan manfaat kepada kepentingan nasional," tambahnya.

- SUMBER UTUSAN MALAYSIA DAN UNIT MEDIA MPM


PSSSSTT : BAGI AKU KALAU DONG ZONG NI NAK LANGGAR KONTRAK SOSIAL DULU, BAIK MEREKA BALIK CINA, MINTA PADA KERAJAAN CINA!! INI BUMI BERTUAH, RAKYAT MAHU HIDUP AMAN DAMAI!!!! HIDUP TANAH MELAYU!!!


PANAS!! KARPAL SINGH TAMPAR KETUA PEMUDA PAS??

AKU,KETUA PEMUDA PAS DAN KARPAL SINGH


Baru-baru ini aku berada sekali semasa debat antara Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hasan Tantawi dan Ustaz Fathul Bari di Karangkraf Shah Alam, Selangor. Aku bukan nak cerita pasal keseluruhan cerita debat yang sememangnya kejadian di dewan debat amat memalukan dengan penyokong PAS seperti tak tahu beradap semasa sesi debat berlangsung, mungkin masuk tv kot, sebab tu lain macam punya kecoh!!.

Masa debat aku tertarik bila Ketua Pemuda PAS bercerita pasal hudud dan kisah Karpal Singh yang dikatakan sudah menerima ajaran dan Hukum Hudud jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya nanti. Kata Ketua Pemuda PAS, cerita Karpal menolak hukum hudud itu cerita 20 tahun dahulu tetapi sekarang Karpal dah terima, masa tu dalam hati aku, nak gelak besarpun ada,dan hati aku berkata 'kalau Karpal ada sini, kau dah kena lempang dah dengan karpal' dan masa tu aku tunggu pasti Karpal akan menyalak lepas debat ni berakhir.

Ramalanku benar belaka, seperti yang di jangka Karpal terus menyalak dan menghentam Ustaz Muda PAS ini. Kalau aku pasti nak keluar rumah kena tutup muka akibat malu dengan diri sendiri, bak orang ' perasan ja lebih' . Karpal seperti Karpal yang dulu dan sampai matipun sama saja, dah nama TUHAN DAP, yang PAS pergi 'menenggek' depan muka DAP tu buat apa. 

Aku ingat Karpal dah diam, rupanya semalam ada lagi kenyataan akhbar yang Karpal ni buat, sekali ni 'TAMPARAN' sekali lagi buat Ketua Pemuda Pas dan Kepimpinan PAS Pusat. Aku dah kata Iblis Karpal ni mana takut dengan PAS, PAS ja yang perasan. 

Kata Karpal semalam, sebarang cubaan PAS untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini mencerminkan  dengan buruk niat ikhlas disebalik apa yang diputuskan di Muktamar ke 57 pati itu Jun tahun Lepas. 

Kerana suka bercakap dan berjanji sekarang Karpal memberi TAMPARAN pula kepada Hj. Hadi kerana dahulu semasa muktamar Pas ke 57, Hj. Hadi berkata secara umum bahawa tidak ada disebut dalam Al-Quran tentang negara Islam tetapi negara kebajikan. 

Hj. Hadi dalam kefahaman Karpal telah melupakan hasrat menubuh negara Islam tetapi negara kebajikan, tetapi dengan apa yang berlaku sekarang PAS jelas sekali memutarbelitkan fakta dan berkata Karpal sudah menerima apa yang dibawa PAS mengenai Hudud dan Negara Islam.

Karpal berkata lagi, Hudud tidak termasuk dalam kerangka dasar bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga. "Begitu juga, ia tidak akan termasuk dalam manifesto bersama Pakatan Rakyat, tidak mungkin," katanya.

Kita boleh lihat sendiri kenyataan pedas dan tamparan pedas buat Ketua Pemuda PAS dan Ketua-ketuanya dalam PAS. Cukuplah, dah berapa banyak kali PAS di pijak oleh DAP, memalukan PAS sahaja. 

Tetapi aku cuma boleh minta dan nasihat pada mereka dari PAS agar keluar dari pakatan dan pulihkan maruah PAS, jangan biarkan DAP meludah PAS lagi walaupun aku selalu dengan budak-budak PAS berkata ' KAU DENGKI' , ya memang aku dengki, aku dengki kerana parti MCA dan MIC tidaklah seperti parti BIADAP ni. Wallahualam.


Psssttt : KARPAL 20 tahun dulu, sekarang dan sampai mati sama saja wahai Ketua Pemuda PAS!!!




DAP PENANG SIMBAH RAMADHAN DENGAN BOTOL ARAK DI PENANG??

TUGU BOTOL ARAK DI ATAS KAIN RENTANG 'SYAWAL CERIA' DI PENANG




Aku cuba melupakan sejarah hitam hidup aku dan rakan-rakan bertempur dengan 500 orang Dap yang di ketuai oleh Syaitan Guan Eng di Padang Kota awal tahun dahulu, sejarah yang mana Guan Eng dengan biadap menghalau aku keluar dari Penang yang juga tempat tanah kelahiran ibuku. Aku terana terhina ketika itu kerana sebagai anak Melayu yang dihalau oleh pendatang seperti Guan Eng.

Sejarah itu juga menyaksikan hampir 20 sahabatku sanggup mati berhadapan dengan cina Dap yang hampir 500 orang lebih, Guan Eng lari dari atas pentas dan turun berlindung di padang bersama kaumnya. Sejarah yang menyaksikan Guan Eng terkepung dalam keretanya selama hampir setengah jam untuk menyelamatkan diri.

Semangat Melayu hadir dalam diri anak muda di situ ketika itu, semangat yang aku tidak pernah lihat sepanjang umurku. Itu cerita dulu, cerita sebuah dendam yang terpendam dalam hati, dendam kerana bangsaku dihina, bangsaku halau secara licik, dendam kerana bangsaku di pijak oleh kaum biadap ini.

Dah lama aku tidak balik untuk melihat bangsaku di penjara di flat-flat buruk di celah rumah-rumah mewah.


Semalam hati aku terguris lagi, terguris kerana sebuah tugu, tatkala Umat Islam berpuasa di bulan ramadhan, kaum biadap membina sebuah tugu, tugu arak yang gah terbentang tinggi. Tanah yang dulu aku pijak sudah dimiliki bangsa biadap.


Tugu yang dibina di pusat membeli-belah di Pusat Bandar George Town, Pulau Pinang, replika susunan botol arak gergasi yang dipamerkan.

Bagaikan promosi besar-besaran untuk menghina Islam bagi menyambut Ramadhan dan Aidilfitri. Pihak pengurusan pusat-beli belah itu mempamerkan kira-kira 480 botol arak kosong di bawah kain rentang tertera  "Syawal Ceria  "." Perkara ini jelas menunjukkan sikap biadap dari pihak biadap yang tidak menghormati bulan Ramadan dan umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa.Pastinya aku akan kembali berhadapan dengan Guan Eng dan bangsa biadapnya. Sudah cukup sudah apa yang telah mereka lakukan pada tanah Melayu yang bertuah ini. Pastinya sejarah 'tepi pantai; pasti berulang dan lebih parah.


Aku memang sudah muak dikatakan 'rasis' , aku mengaku aku rasis, aku rasis kepada bangsa yang rasis pada bangsa aku.

Dimana bumi dipijak disitu langitku junjung. Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar!!! 








POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive