Pages

Saturday, 8 June 2013

HOT INFO : AZIZAN RAZAK TERIMA GELARAN TAN SRI !! TAHNIAH !!

Bekas MB Kedah tak sangka terima gelaran Tan Sri



ALOR SETAR - Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak terkejut apabila mengetahui beliau dianugerahkan gelaran itu oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda, 1 Jun lalu.

Isteri Azizan, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah berkata, sebaik mendapat khabar mengenai perkara itu, Azizan dilihat mengerutkan wajahnya seakan tidak percaya dengan apa yang didengarnya itu, namun kemudian tersenyum.

“Beliau seperti terkejut, tetapi kemudian nampak tenang dan tersenyum. Azizan masih belum dapat bercakap seperti biasa kerana terdapat sambungan tiub di kerongkong. Saya percaya beliau bersyukur dan gembira,” katanya, ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, berita gembira itu disampaikan oleh Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar ketika mengunjungi Azizan di Hospital Pulau Pinang, pada 2 Jun lalu.

“Azizan mahu menyatakan jutaan terima kasih dan menjunjung kasih terhadap Yang di-Pertuan Agong atas anugerah itu. Sekurang-kurangnya berita itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang agak suram kebelakangan ini,” katanya.

Bekas Pesuruhjaya Pas Kedah itu mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai pemimpin Pas yang pertama dianugerahkan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM), yang membawa gelaran Tan Sri.

Azizan adalah antara 45 individu yang menerima darjah kebesaran PSM, yang merupakan antara darjah kebesaran tertinggi negara dan hanya dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong. SINAR 

APJ : TAHNIAH PADA TAN SRI AZIZAN RAZAK DAN MOGA CEPAT SEMBUH 

No comments:

Post a Comment