CABAR ANWAR ANGKAT SUMPAH ATAU JADI SAMPAH
Macam-macam himpunan blackout 505 diadakan yang kononnya dibuat bagi menyatakan bantahan bahawa PRU13 lalu adalah tidak sah.
Daripada fitnah pengundi hantu, lampu padam , spr menipu dan bermacam-macam lagi bagi menunjukkan bahawa PRU lalu adalah tidak sah, sekali lagi Anwar menganjurkan pehimpunan blackout 506 kali ini dikatakan lebih besar dari himpunan di Petaling Jaya baru-baru ni.
Anwar terus mengheret rakyat ke jalan raya dan terus menipu rakyat bahawa PRU13 ini tidak sah walaupun dunia telah mengiktiraf kerajaan BN dan pilihan raya Malaysia.
Tanggal 25 Jun ni adalah tarikh bagi ahli-ahli parlimen mengangkat sumpah sebagai ahli dewan rakyat selepas PRU13.
APJ tidak terkejut kalau ahli parlimen lain dari pakatan yang menang akan mengangkat sumpah tapi APJ akan terkejut kalau Anwar yang turut sama angkat sumpah nanti.
Jika Anwar turut sama maka himpunan 505 itu hanya sia-sia dan ternyata rakyat yang menyokong pakatan dikencing lagi oleh manusia bernama Anwar Ibrahim.
Dan sudah tentunya taraf Anwar bukan sebagai ahli parlimen tapi sampah masyarakat yang tidak membawa apa-apa manfaat pada rakyat.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment