Pages

Tuesday, 4 June 2013

TUDIAA !! BANGLA KATA PEMBANGKANG JAHAT !!!

Hanya propaganda jahat pembangkang


KUALA LUMPUR 3 Jun - Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, A.K.M. Atiqur Rahman menyifatkan dakwaan kemasukan kira-kira 40,000 rakyat negara itu sebagai pengundi hantu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu sebagai tidak masuk akal dan jelas merupakan propaganda jahat parti pembangkang.

Jelasnya, adalah amat mustahil untuk membawa masuk seramai 40,000 rakyat Bangladesh dalam tempoh yang singkat seperti yang didakwa pembangkang termasuk di laman media sosial.

Menurut beliau, pihaknya juga tidak pernah menerima sebarang maklumat ada warganegara mereka yang didapati telah mengundi pada hari pengundian.

"Saya yakin tuduhan itu direka oleh mereka yang berkepentingan dengan memberi gambaran serta maklumat yang salah.

"Diharapkan, semua pihak dapat berhenti daripada terus menyebar khabar angin itu sama ada dalam media cetak, elektronik mahupun di media sosial serta tidak perlu lagi mengaitkan Bangladesh dalam isu domestik Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar khas berhubung tuduhan rakyat Bangladesh menjadi pengundi hantu dalam PRU-13 di pejabatnya di sini hari ini.

Sebelum PRU-13 lalu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kononnya lebih 40,000 pengundi hantu telah dibawa dari Bangladesh menaiki pesawat komersial untuk mengundi.

Malah, media sosial propembangkang terus menggunakan dakwaan jahat itu sehingga ramai warganegara Malaysia sendiri telah menjadi mangsa fitnah apabila dituduh sebagai pengundi hantu kerana wajah mereka memiliki mirip seperti orang Bangladesh.

Namun, sehingga kini, Anwar dan pembangkang belum membuat sebarang laporan polis berhubung dakwaan itu sebaliknya hanya membuat laporan berhubung isu dakwat kekal.

Dalam pada itu, Atiqur Rahman memberitahu, pihaknya bersedia untuk menerima sebarang bukti jika ada warga Bangladesh yang menjadi pengundi.

Sementara itu, beliau juga menjelaskan, dakwaan jahat tersebut juga telah meningkatkan ancaman kepada warga mereka yang tidak bersalah selain memberi imej negatif kepada negara Bangladesh secara tidak adil.

3 comments:

  1. Bangla pun tau pembangkang/pembangang di Malaysia nie jahat.....wakakakakakaka

    ReplyDelete
  2. HIDUP ABANG BANGLA

    ReplyDelete
  3. Depa geng pesuruhjaya dan kedutaan negara ASING mengikuti politik negara. Sebb tu Kedutaan Amerika beri isyarat pd Obama PRU13 telus dan diiktiraf!

    Pesruhjaya Bangladesh mereka tk subahat dgn kejahatan Nuar.. mereka tahu apa yg berlaku dlm negara ini krn mereka tinggal di sini..

    ReplyDelete