Pages

Monday, 1 July 2013

DERITA KETUMBUHAN OTAK , MURID 10 TAHUN MAHU JUMPA PM DAN TUN M @NajibRazak @MukhrizMahathir

Apj tersentuh mengenai berita seorang murid sekolah berusia 10 tahun yang mengidap ketumbuhan otak berketurunan siam yang berhasrat menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Mahathir.

Menurut Senator Datuk Boon Som Inong , Beliau adalah Kongkiat Bun Song , 10 Tahun tidak dapat meneruskan persekolahannya kerana perlu menjalani rawatan kemoterapi dan dioterapi serta rawatan susulan setiap hari di Hospital Perubatan Universiti Malaya. 

Kanak-kanak ini telah menjalani 2 pembedahan bagi mengeluarkan ketumbuhan di otaknya dan mungkin pertemuan dengan Perdana Menteri dan Tun Mahathir dapat memberi semangat untuknya melawan penyakit tersebut. 

Adik Kongkiat yang bercita-cita mahu menjadi doktor, mahu segera sembut dan dapt kembali ke sekolah di Subang Jaya. 

Kongkiat anak kedua dari 3 beradik adalah anak kepada pasangan Bun Song I Wan , 37 yang berkerja sebagai pemandu lori dan Channa Isin , 34 , suri rumah berasal dari Pendang, Kedah .

APJ : Semoga Perdana Menteri dan Tun M dapat bertemu dengannya dan adik Kongkiat cepat sembut 

No comments:

Post a Comment