Apj tertarik dengan
pelantikkan 'Tok Rempit' atau Datuk Haji Abdul Azeez , Ahli Parlimen Baling
yang dilantik menjadi Pengerusi Tabung Haji berkuatkuasa 1 Julai 2013. Bangga
juga anak Kedah dilantik menjadi Pengerusi Tabung Haji bagi menjaga hal ehwal
Haji orang Islam di Malaysia ni.
YB Datuk Haji Abdul Azeez, adalah Ahli Parlimen Baling, Kedah dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO sejak 2008. Beliau juga memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Rakyat Baling. YB Datuk Haji Abdul Azeez tidak asing bagi TH, beliau merupakan Ahli Lembaga Pengarah TH sejak tahun 2011.
YB Datuk Haji Abdul Azeez telah menubuhkan Kelab Putera 1 Malaysia pada 2010 dan beliau sangat aktif dalam aktiviti-aktiviti NGO di dalam negara dan luar negara. Beliau terkenal dengan kerja-kerja sukarelawan dan misi-misi kemanusiaan, antara misi yang telah dijayakannya ialah misi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza.
Dikenali sebagai seorang yang berwawasan dan mempunyai visi yang luas dalam bidang perniagaan serta pembangunan sosio ekonomi komuniti sejagat, pelantikan YB Datuk Haji Abdul Azeez sebagai pengerusi TH diyakini mampu untuk meneruskan kesinambungan TH, memacu kejayaan ekonomi ummah dan pengurusan haji terbilang.

Itulah seorang yang
bernama Datuk Azeez . Biarpun ramai yang bercakap tentang beliau dan
mempertikaikan pelantikkan beliau sebagai pengerusi Tabung Haji tetapi segala
pengalaman beliau moga dapat dicurahkan pada Tabung Haji .
Apj sokong 100%
pelantikkan beliau , semoga beliau dengan amanah dan bertanggungjawab menjaga
kepentingan umat Islam , kerana berat tanggungjawab ini.
No comments:
Post a Comment