Pages

Sunday, 13 April 2014

PENDEDAHAN MELAMPAU !!! 10 EJEN SUARAM DALAM KERAJAAN , PUNCA DOKUMEN RAHSIA TERSEBAR ???



Dalam kenyataan yang diedarkan kepada wakil media yang membuat liputan sempena lawatan kerja itu, Pejabat Timbalan Perdana Menteri menyifatkan tuduhan dua anggota Parlimen DAP berkaitan lawatan kerja itu seperti yang dilaporkan portal dan blog adalah melulu, tidak berasas dan berniat jahat. [berita penuh]

Antara cara yang paling berkesan adalah merasuah individu yang boleh dimanipulasikan untuk berbuat demikian (curi maklumat) didalam kerajaan hari ini selain menggunakan teknik hacking email dan sebagainya. Jelas apa yang didakwa Presiden JMM tentang 10Ejen 
SUARAM  memang ada kebenaranya, JELAS, Lihat apa terjadi hari ini?!




Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah hari ini mendakwa, sejumlah RM100 juta dana asing dipercayai telah dibawa masuk sepanjang operasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di negara ini.

Dakwanya, transaksi dana asing termasuk dalam bentuk tunai itu dikatakan dibawa secara berperingkat daripada berjumlah AS$1,000 (RM3,056.19) sehingga AS$5,000 (RM15,280.94) sejak 1998.

Beliau mendakwa, berdasarkan maklumat bekas anggota pertubuhan tidak berdaftar itu, dana tersebut dipercayai digunakan bagi membiayai kegiatan ceramah politik dan menggerakkan demonstrasi jalanan dengan motif memfitnah kerajaan serta beberapa pemimpin negara ini.

Dakwanya, wang berkenaan juga dipercayai digunakan sebagai habuan rasuah kepada pegawai dalam agensi kerajaan bagi kepentingan sekutu Suaram.

“Kita dapat maklumat ini daripada bekas anggota Suaram.

“Wang tersebut dipercayai dibawa masuk oleh pemimpin-pemimpin Suaram melalui negara jiran. Mereka tidak mahu wang berkenaan dimasukkan melalui transaksi bank.

“Lebih merisaukan adalah wang ini dipercayai digunakan untuk merasuah beberapa kakitangan kerajaan bagi membuat keputusan yang memihak kepada kepentingan sekutu Suaram serta mendapatkan maklumat dan rahsia kerajaan dalam negara," dakwanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai pendedahan terbaru tindak tanduk Suaram di Ibu Pejabat JMM, Kota Damansara dekat sini.

Azwanddin berkata, nama kakitangan yang terlibat akan didedahkan oleh pihaknya dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Azwanddin turut mendakwa, Suara Inisiatif Sdn. Bhd. (Suara Inisiatif) bukan satu-satunya syarikat yang dikaitkan Suaram yang menerima dana daripada luar negara.

Dakwanya, selain Suara Inisiatif, terdapat sebuah lagi syarikat yang diguna pakai oleh Suaram iaitu difahamkan sebuah syarikat pemilik tunggal, Suaram Komunikasi.

“Kami mendapat maklumat ini daripada bekas anggota Suaram bahawa Suaram Komunikasi adalah syarikat pemilik tunggal yang menerima dana asing. Malah kami juga mendapati National Endownment For Democracy (NED) yang menyalurkan dana kepada Suaram Komunikasi," katanya. Sumber : suaram-asia.blogspot.com

Lagi cerita tentang SUARAM dan penajaan terhadap PKR boleh baca kat SINI

1 comment:

  1. Dah memang terbukti ramai kakitangan kejaan yg belot dan khianati tugas menjaga kepentingan negara, tapi pihak kejaan sendiri buat dok je.....nok salahkan siapa......

    ReplyDelete