Pages

Sunday, 13 April 2014

SUARAM WAJIB DEDAHKAN DARI MANA SUMBER KEWANGAN MEREKA !! 'JANGAN MAIN-MAIN' ISU RM 100 JUTA


Suara Rakyat Malaysia atau lebih dikenali sebagai SUARAM perlu menjelaskan darimana sumber kewangan yang diperolehi oleh Badan Bukan Kerajaan tersebut kepada rakyat Malaysia.

Ada juga desus desas yang mengatakan bahawa SUARAM adalah badan gelap yang dikuasai oleh beberapa orang pemimpin pakatan pembangkang dan dengan badan ini mereka berpeluang untuk membawa dana asing masuk ke dalam negara bagi membiayai kepentingan politik mereka.

Baru baru ini heboh dikatakan Bahawa dua orang kuat PKR menggunakan dana SUARAM sebanyak 100 juta ringgit yang mana wang tersebut sepatutnya di masukkan ke dalam akaun PKR.

 


Dana ini juga sebenarnya dikatakan adalah untuk merasuah pegawai pegawai kerajaan supaya mereka (PKR) dapat membeli dokumen dokumen rahsia kerajaan dan kemudiannya segala fakta berkenaan dokumen tersebut akan disalah ertikan.

Dan kini, salah seorang dari mereka akan bertanding sebagai Timbalan serta Naib Presiden PKR yang mana wang dari SUARAM tersebut akan digunakan sepenuhnya untuk kesinambungan politik mereka.

Orang yang disebut sebut menggunakan dana ini ialah YB Tian Chua dan seorang lagi rakan kroni beliau adalah YB Sivarasa, kedua dua mereka kini berusaha untuk menjadi pemimpin tertinggi dalam PKR.

Tian Chua yang merupakan ahli parlimen kawasan Batu dan kini memegang jawatan sebagai Naib Presiden PKR memang terkenal sebagai seorang yang mampu untuk membuat pelbagai tuduhan terhadap kerajaan Barisan Nasional dan mampu untuk membuat fitnah melampau terhafap kerajaan.

Ada kemungkinan sekiranya Tian Chua menang sebagai Timbalan Presiden maka kerja kerja untuk memecah belahkan orang melayu di dalam negara akan lebih berkesan dimana itu juga salah satu kepakaran yang dimiliki oleh Tian Chua.

Perkara ini harus diambil berat oleh kerajaan dan SUARAM perlu didesak untuk menunjukkan sumber kewangan mereka disamping duit yang didakwa disalurkan kepada Tian Chua dan Sivarasa sebanyak 100 juta.

SUARAM PERLU JELASKAN 

No comments:

Post a Comment