Pages

Thursday, 4 September 2014

#HAJI1435H : BADAL HAJI PERSOALAN DAN JAWAPAN



Perkhidmatan Tambahan Badal Haji

Badal Haji adalah haji yang ditunaikan oleh seseorang untuk orang lain menurut syarat-syarat tertentu. Badal Haji merupakan khidmat tambahan TH kepada Pendeposit.

TH akan membuka pendaftaran untuk Badal Haji pada bulan 6 Mei 2014 bersamaan 6 Rejab 1435H. Proses pendaftaran Badal Haji boleh dibuat di semua pejabat cawangan TH. Pendaftaran adalah terhad seramai 3000 orang sahaja (di seluruh negara). Pendaftaran secara terbuka dengan berkonsep "Yang Dahulu Di Dahulukan".

Bayaran pendaftaran Badal Haji ialah RM2500.00 untuk satu permohonan. TH akan mendebitkan amaun bagi bayaran tersebut dari Akaun TH pemohon. Sebagai tanda penyempurnaan ibadat Badal Haji ini TH akan memberi hadiah barangan Badal Haji iaitu : Sijil, Kopiah, Sejadah, Tasbih dan Tudung Kepala Wanita selepas selesai operasi haji tahun semasa.


BADAL HAJI 

Soalan

Apakah hukum menghajikan orang yang telah meninggal dunia?

Jawapan

Jika orang yang telah meninggal dunia itu belum mengerjakan haji sedang dia ada meninggalkan harta maka hukumnya wajib dihajikan daripada hartanya. Kalau ia tidak ada harta peninggalan tidaklah wajib waris menghajikannya tetapi kalau dibuatkan adalah baik. Ini pada haji pertama. Adapun jika si mati sudah pernah mengerjakannya, semasa hidupnya maka tidaklah sah dihajikan lagi kecuali jika dia ada bernazar atau dia berwasiat supaya dihajikan.

Soalan

Adakah wajib dihajikan orang yang telah meninggal dunia dari harta peninggalannya sedangkan semasa hayatnya beliau belum lagi menyempurnakannya walaupun kemampuannya telah mencukupi?

Jawapan

Ya, wajib di hajikan daripada harta peninggalannya kerana kewajipan itu tertakluk kepada harta dan menjadi tanggungjawab waris mengeluarkan bahagian hajinya.

Soalan

Apakah wajib ke atas si waris untuk menghajikan orang yang meninggal dunia yang tidak meninggalkan sebarang harta pusaka?

Jawapan

Tidak wajib.

Soalan

Apakah pahala yang dapat diperolehi jika mengerjakan haji bagi orang yang meninggal dunia?

Jawapan

Orang yang mengerjakannya dapat pahala membantu dalam perkara kebajikan. Orang yang mati itu pula gugur kewajipan

Soalan

Bolehkah seorang yang tua atau uzur kerana sakit dan tidak ada harapan sembuh mewakilkan kepada orang lain untuk mengerjakan haji bagi dirinya?

Jawapan

Ya. Boleh mewakilkan orang lain jika ia tidak ada harapan lagi untuk mengerjakan hajinya sendiri. Orang ini termasuk dalam erti kata "makdhub".

Soalan

Bolehkah seorang wanita mengerjakan haji untuk seorang lelaki yang meninggal dunia?

Jawapan

Boleh.

Soalan

Bolehkah seseorang mengerjakan haji untuk orang yang meninggalkan dunia lebih dari seorang?

Jawapan

Setiap orang hanya boleh mengerjakan haji untuk seorang di dalam satu-satu tahun itu.

Soalan

Bolehkah seorang mengerjakan umrah untuk orang lain sesudah dia mengerjakan haji dan umrah wajibnya?

Jawapan

Ya. Boleh.

P/S : pembaca juga boleh mengikuti laporan Haji 2014 di Page Rasmi Mukhriz Mahathir Fc 

No comments:

Post a Comment