Pages

Friday, 31 October 2014

LIWAT II : MAJLIS PEGUAM UMPAMA 'BIAWAK LIDAH BERCABANG'


Kredibiliti Majlis Peguam makin teruk dan memalukan umpama 'Ludah pada muka sendiri' mengenai Peguam yang mewakili Anwar adalah bekas hakim.  

Sebelum ini majlis peguam telah membuat ketetapan melarang bekas hakim untuk menjadi peguam kepada mana-mana individu dan dalam isu Anwar ni Majlis Peguam diam seribu bahasa seolah memberi kebenaran kepada bekas hakim ini membantu Anwar. 

Cuba kalau kes ni melibatkan pemimpin BN, mau berguling Majlis Peguam ni kat depan Mahkamah.


DARI  UTUSAN MALAYSIA

Majlis Peguam dianggap tidak layak bercakap mengenai undang-undang jika gagal mengeluarkan kenyataan melarang bekas hakim dilantik mewakili mana-mana pihak di mahkamah seperti termaktub dalam resolusi dinyatakan badan itu pada 15 Mac lalu.

Thursday, 30 October 2014

LIWAT II : AKHBAR SINAR HARIAN YANG KENA LIWAT ATAU SAIFUL YANG KENA


Amboi tajuk dia, dah rupa macam Sinar ni pulak yang kena liwat dengan Anwar kan. .. Opssss lupa Sinar ni kan pro PR. . Patut la pun. 

Baca balik tajuk tu, macam kes ni dah settle dan di settle oleh Sinar sendirikan. .. Aku rasa kalau Sinar nk yang di liwat kompem tajuk besar di muka depan dia. .hik hik. .. 

Tapi kalau Anwar lepas Sinar boleh la hantar tokey dia pi rasa macam mana di liwat. .. 


LIWAT II : PEGUAM ISLAM TAKUT BELA ANWAR? ANTARA HUKUM AGAMA DAN DUNIA


Dalam perhatian tertumpu kepada keputusan yang bakal di buat oleh 5 hakim Mahkamah Persekutuan dalam kes liwat Anwar nanti kita terlupa mengenai barisan peguam Anwar ini.

Di ketuai oleh bekas hakim iaitu  Gopal Sri Ram tetapi di mana sebenarnya peguam-peguam kanan Melayu yang dulu gah membela Anwar!!


Rakyat khususnya orang Melayu yang berakal harus berfikir kenapa peguam-peguam kanan Anwar pergi meninggalkan Anwar dan tidak mahu membela beliau lagi yang adapun hanyalah di belakang tabir saja bukan sebagai pembela hadapan. 

Adakah peguam-peguam kanan ini tidak lagi mahu bersubahat dengan Anwar dan takut pada hukum hakam Agama Islam. 

Aku selitkan sedikit komen dari Ramesh Rao yang bercakap mengenai perkara ini. 

Tuesday, 28 October 2014

LIVE : PENYOKONG ANWAR CUBA REMPUH PENGHADANG MAHKAMAH !! BIADAP



Lebih 200 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkumpul di depan Istana Kehakiman cuba merempuh pagar penghadang ketika Ketua Pembangkang berkenaan tiba di Istana Kehakiman bagi mengikuti rayuan kes liwat terhadapnya, kira-kira jam 8.50 pagi tadi.

Penyokong cuba merempuh pagar penghadang yang dibuat oleh pasukan keselamatan dan Perbadanan Putrajaya dengan menolak petugas media kerana menghalang pandangan mereka ketika Anwar turun berjumpa kumpulan berkenaan kira-kira lima minit sebelum memasuki Kompleks Istana Kehakiman.

Bagaimanapun, situasi berkenaan berjaya dihalang dan dileraikan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengawal pekarangan Istana Kehakiman.

Anwar yang hadir lengkap berpakaian sut hitam ditemani isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali.

RAKYAT NEWS 

LELAKI TUA MISTERI BERBAJU PUTIH GEMPARKAN MAHKAMAH PUTRAJAYA



 Orang ramai di Mahkamah Persekutuan hari ini gempar apabila kelibat lelaki misteri berbaju,berambut,bermisai dan berjanggut putih mendekati mereka sebentar tadi.

Semua makin kecut perut apabila lelaki misteri itu makin menghampiri tetapi semuanya berubah apabila di amati rupanya lelaki tua itu adalah A.Samad Said tokoh lelaki berjanggut putih Malaysia. 



Pagi penulis tak tahu kenapa anak-anak muda yang datang ke Mahkamah ni nampak tunduk kepala saja, mungkin malu kot no? 

7 PANDANGAN @AhmadMaslan MENGENAI KES LIWAT @AnwarIbrahim



7 pandangan Datuk Ahmad Maslan dalam kes Anwar Ibrahim.

1. Rakyat hakim negara hanya ketika pilihanraya bukan utk adili kes jenayah peribadi. Rakyat telah menghakimi BN & kami telah menang PRU13 yg lalu 133/222 kerusi. Anda telah kalah dengan 89/222 kerusi. Anak2 tadika pun faham 133 lebih banyak daripada 89.

2. Sebelas hakim, 11 orang telah yakin yg Anwar terlibat dgn liwat. 3 hakim Mahkamah Persekutuan kes pertama dgn Azizan nyatakan dlm 1 paragraf bahawa kejadian itu memang berlaku. 2 bebaskan Anwar hanya sbb teknikal kerana Azizan terlupa tarikh.

3. Kemudian Anwar minta supaya paragraf itu dibuang. Tahun ini 5 hakim secara 5-0 putuskan yg paragraf itu dikekalkan. Dgn kata lain, mereka bersetuju dgn fakta bahawa kejadian liwat memang berlaku. Siapa kita utk mempertikai kajian mereka yg pakar bab perundangan.

4. Dan bulan April thn ini 3 hakim mahkamah rayuan secara 3-0 setuju dengan tanpa syak lagi yg Anwar memang meliwat Saiful. Boleh baca keputusan ini dalam anwaraidc.com . Jadi 3+5+3=11 hakim telah buat keputusan ttg Anwar.

TERKINI : PULUHAN RIBUAN PENYOKONG ANWAR BERHIMPUN DI MAHKAMAH



Anwar patut sedar bahawa rakyat makin bijak menilai baik buruk dirinya sekarang. .. Sekarang dah tahun 2014 bukan tahun 1997 yang pada masa itu puluhan ribu rakyat mengikut kata-kata beliau. 

Pas pun sudah bosan dengan Anwar yang hanya pandai memperkuda dan menganjingkan Pas. 

Apj ingin mengucapkan selamat kembali ke Sungai Buluh buat Anwar,  Walaupun pintu UM ditutup semalam tetapi ingatlah Allah sentiasa membuka pintu TAUBAT untuk kita. .. 

TERKINI : PENYOKONG ANWAR BERTINDAK LIAR DI UM !! MELAMPAU


Penyokong Anwar Bertindak Liar Rempuh Pintu Masuk UM

Para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berdegil mahu menyertai pidato Ketua Pembangkang itu di Universiti Malaya (UM) mula bertindak liar apabila merempuh pintu masuk dan pagar keselamatan universiti tersebut walaupun ianya telah dikunci oleh pihak keselamatan pada sekitar jam 9:20 malam ini.

Anwar kemudiannya kelihatan tiba di UM bersama isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Turut kelihatan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk anak sulungnya, Nurul Izzah dan Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Akin.

Difahamkan, kesemua peserta yang meningkat kepada 300 orang dipercayai kebanyakannya merupakan 'orang luar UM'.

Manakala pelajar UM telah berkumpul di perkarangan dewan Tunku Canselor dan Panggung Eksperimen universiti berkenaan.

rakyat news 

ISU HINA AGAMA, PEMUDA BN AKAN KE HADAPAN !! (KENYATAAN MEDIA)




KENYATAAN MEDIA PERGERAKAN PEMUDA BARISAN NASIONAL MENGENAI ISU PENGHINAAN AGAMA

Pemuda Barisan Nasional ingin menyatakan kerisauan kami tentang epidemik menghina agama, kaum dan budaya yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. Selaku badan politik berbilang kaum yang sentiasa berpegang teguh kepada prinsip rukun negara, perlembagaan dan semangat muafakat sudah tentu kami terpanggil untuk menyatakan kerisauan kami.

Islam selaku agama persekutuan tidak boleh diperlekeh, dihina apatah lagi disoal kedudukannya dalam perlembagaan oleh mana-mana rakyat Malaysia yang telah mengangkat sumpah setia selaku seorang warganegara. Namun pada masa yang sama atas semangat rukun negara dan perlembagaan persekutuan mana-mana individu juga tidak boleh menghina, memperlekeh atau mempersendakan soal agama, budaya dan cara hidup rakyat Malaysia bukan Islam yang lain.

Pemuda Barisan Nasional tidak teragak-agak untuk ke hadapan mempertahankan kesucian Agama Islam dan pada masa yang sama akan menentang keras penghinaan yang dibuat ke atas agama lain oleh mana-mana individu yang tidak bertanggungjawab. Atas semangat muafakat yang telah terjalin sejak merdeka sememangnya menjadi niat dan hasrat kami untuk melihat masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ini hidup dalam keadaan harmoni dan bersatu-padu sebagaimana yang dihasratkan oleh YAB Perdana Menteri melalui konsep 1 Malaysia.

Sunday, 26 October 2014

MELAYU LUNTUR SELEPAS ERA TUN MAHATHIR ? ANGKARA SIAPA ?


Aku petik artikel daripada A Kadir Jasin untuk aku kongsikan dan tanyakan pendapat kawan-kawan mengenai apa yang ditulis oleh penulis terkenal ini. Adakah rasionalnya yang di perkatakan A Kadir Jasin ini mengenai nasib bangsa Melayu kini.


Isu Kepemimpinan: Memperkatakan Sikap Melayu

A Kadir Jasin

SIAPAKAH orang Melayu kalau bukan bangsa yang “moderate” (sederhana), “tolerant” (tahan uji), bertolak ansur dan pemurah?

Orang Melayu begitu pemurah dan mengalu-alukan tetamu sehingga sanggup mengikat perut, meminjam dan berhutang.

Orang Melayu itulah yang menerima perantau Cina, India dan segala rupa pelarian perang dan pelarian ekonomi. Hasilnya, perantau yang kebuluran dan dianiaya di bumi sendiri menemui kesenangan di bumi Melayu (Malaysia, Indonesia dan Brunei).

Orang Melayu menerima mereka sebagai jiran. Menerima babi dan anjing, tokong dan kuil mereka.

Orang Melayu itu jugalah yang kerana percaya kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj menyetujui pemberian kewarganegaraan kepada sejuta lebih perantau Cina dan India pada 31 Ogos 1957.

Orang Melayu itu jugalah yang rela hati memberikan kebebasan ekonomi, pendidikan, bahasa, budaya dan agama kepada warganegara perantau itu.

Kerana Melayu percaya kepada Tunku, Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir Mohamad mereka kekal “moderate” (sederhana), toleransi, bertolak ansur dan pemurah terhadap warganegara keturunan perantau selama hampir lima dekad.

Walaupun mereka ketinggalan dalam banyak bidang, namun mereka yakin hak dan kepentingan mereka seperti termaktub dalam Perlembagaan selamat di tangan Tunku, Abdul Razak, Hussein dan Mahathir.

Tetapi, selepas era empat gergasi Malaysia itu, kepemimpinan Melayu melakukan satu demi satu kesilapan sehingga Melayu kini menjadi bahan caci, fitnah dan benci orang Cina dan India.

Segelintir Melayu yang masih berani bersuara mempertahankan hak mereka dilabelkan “racist” (perkauman) manakala yang mempertahankan Islam dicap “extremist” (pelampau).

Tetapi apabila orang Cina dan India, orang Kristian, Hindu, Buddha dan Sikh bersuara mempertahankan bangsa, agama, bahasa dan budaya mereka, mereka digambarkan sebagai orang terpinggir yang dianaktirikan dan bakal pupus. Mereka dikatakan memperjuangkan hak asasi.

Alhamdulillah, kini semakin ramai orang Melayu dan orang Islam mula sedar bahawa mereka tidak lagi boleh bergantung semata-mata dan bulat-bulat kepada parti-parti politik Melayu/Islam.

TERBAIK !! MEK MULUNG DI IKTIRAF SENI WARISAN KEDAH - @MukhrizMahathir



Semalam Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir merasmikan pembukaan Sidang Kemuncak Penulis Malaysia, dan sekali gus melancarkan buku Mek Mulung: Kesenian Perantaraan Manusia dan Kuasa Ghaib Warisan Kedah Tua.

Malam yang menghimpunkan penulis dari seluruh negara, amat bermakna apabila usaha penerbitan dan dokumentasi Mek Mulung sebagai warisan seni tunggal negeri ini telah diusahakan oleh ITBM dan BDB.

Dengan mengambil fakta bahawa Kedah sebagai satu-satunya negeri di mana Mek Mulung dimainkan dari generasi ke generasi selama lebih 400 tahun ini, maka semalam DSMM mengumumkan Mek Mulung sebagai SENI WARISAN KEDAH.

Susulan pengiktirafan ini, pelbagai usaha akan digerakkan Kerajaan Negeri dengan kerjasama pihak tertentu, khususnya ITBM dan BDB, untuk mempromosi teater tradisional ini ke peringkat nasional dan antarabangsa, sekali gus membuka jalan untuk membolehkan Mek Mulung suatu hari nanti dipertimbangkan UNESCO sebagai World Heritage atau Warisan Dunia.

VIDEO : DS @MukhrizMahathir CUBA MERASAI SENDIRI CARA GUNA MESIN BRAILLER #KedahAmanMakmur



YAB DS Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir tidak melepaskan peluang untuk mencuba sendiri cara mengunakan mesin brailler sempena hari tongkat putih antarabangsa peringkat kebangsaan yang diadakan di Perkarangan Wisma Darul Aman semalam..

#MMFC #HanyadiKedah #KedahSerataRata



MEKAH : AL-FATIHAH , PENJAGA KUNCI KAABAH MENINGGAL DUNIA



Penjaga kunci tradisional pintu Kaabah, Sheikh Abdul Qadir Taha Al-Shaibi meninggal dunia di Hospital Raja Khaled, di sini pada usia 74 tahun.

Memetik laporan Arab News, beliau dinamakan sebagai penjaga kanan kunci pintu Kaabah selepas kematian bapa saudaranya, Abdul Aziz Al-Shaibi kira-kira empat tahun lalu.

Difahamkan, Dr Saleh bin Taha Al-Shaibi akan mengambil alih tanggungjawab itu berikutan ia telah diamanahkan kepada anggota keluarga tertua Al-Shaibi sejak zaman pra-Islam.

Saturday, 25 October 2014

#1436H: KISAH-KISAH MENARIK DALAM SEJARAH HIJRAH RASULULLAH BERSAMA SAIYIDINA ABU BAKAR



Hijrah ke Madinah 

Maka Rasulullah Saw memerintahkan para Sahabat berhijra ke Madinah. Jadi hijrah ke Madinah ini adalah perintah dari Rasulullah Saw, bukan lagi seperti hijrah ke Habsyah dImana Rasulullah Saw anjurkan dan izinkan kepada siapa yang tidak tahan berada di Mekah untuk berhijrah ke sana.

Maka pada kali ini perintah wajib kepada semua orang Islam di Mekah untuk berhijrah ke Madinah. Orang pertama hijrah ke Madinah ialah Abu Salamah dan isterinya Umu Salamah. Ketika itu mereka mebawa anak kecil mereka bernama Salamah. Bila Kafir Quraisy nampak, Kafir Quraisy Bani Makhzum tahan Umu Salamah. Bani Abdul Asad mengambil Salamah dan Abu Salamah terus ke Madinah meninggalkan isteri dan anaknya di Mekah.

Begitulah ujian yang ditanggung oelh keluarga Abu Salamah kerana Hijrah ini. Setahun selepas itu baru Umu Salamah dapat lepas ke Madinah dengan anak kecilnya Salamah. Selepas hijrah Abu Salamah ramai lagi para sahabat yang hijrah ke Madinah dalam senyap senyap. Bila Saidina Umar hendak berhijrah, dia siapkan kenderaannya, bekalannya dan pakainannya dan disiapkan juga senjatanya.

Kemudian dengan segala kelengkapan itu dia pergi ke Ka’bah. Kafir Quraisy dari jauh memerhatikan Saidina Umar. Setelah tawaf di Kaabah, Saidina Umar mengumumkan di situ, "Siapa yang mahu ibunya kehilangan anaknya , isterinya menjadi janda dan anak-anaknya menjadi yatim tunggulah aku di belakang bukit ini, aku akan berhijrah ke Madinah." Tidak ada seorang pun yang berani menghalangnya. Dialah satu satunya sahabat Rasulullah Saw yang berhijrah ke Madinah secara terbuka.

Hijrah terus berlaku, satu demi satu Sahabat Rasulullah Saw meninggalkan Mekah kecuali mereka yang ditahan oleh kaum masing-masing. Ketika itu datang Saidina Abu Bakar minta izin dari Rasulullah Saw untuk berhijrah. Kata Rasulullah Saw, "Wahai Abu Bakar, tangguhkan dulu hijrah kamu semoga Allah datangkan teman bersama kamu dalam hijrah." Saidina Abu Bakar taat dengan Rasulullah Saw.

Sejak itulah hatinya berdoa dan berharap teman itulah dia Rasulullah Saw sendiri. Begitu tajam rasa hati Saidina Abu Bakar ini terhadap Rasulullah Saw. Walaupun dia belum pasti tapi sejak hari itu juga dia persiapkan dua ekor unta sebagai kenderaan yang lengkap dengan keperluan safar untuk Rasulullah Saw. Moga moga temannya itu adalah Rasulullah Saw sendiri.

Selepas itu makin ramai Sahabat yang berhijrah, Saidina Abu Bakar datang lagi minta izin dari Rasulullah Saw. Jawapan Rasululah sama seperti yang pertama dulu, "Tunggu dulu wahai Abu Bakar semoga Allah jadikan teman dalam hijrah kamu." Lepas itu Saidina Abu Bakar datang lagi minta zizin kali ketiga untuk hijrah. Begitulah jawapan Rasulullah Saw tidak berubah.

Pada waktu itu semua Sahabat Rasulullah Saw sudah meninggalkan Mekah. Yang tinggal hanya Saidina Abu Bakar dengan Rasulullah Saw dan keluarga mereka. Setelah Rasulullah Saw memastikan semua Sahabat sudah berjaya hijrah ke Madinah datanglah perintah Allah kepada Baginda pula untuk berhijrah. Imam Bukhari meriwayatkan sabda Rasulullah Saw:

رأيت في المنام أني أهاجر من مكة إلى أرض بها نخل فذهب وهلى إلى أنها اليمامة أو هجر فإذا هي المدينة يثرب

Aku telah melihat dalam tidurku bahawa aku berhijrah dari Mekah ke satu tanah yang banyak pokok tamar. Pada mulanya aku sangka Yamamah atau Hajar rupanya dia Madinah, iaitu Yathrib.


Perancangan Kafir Quraisy untuk membunuh Rasulullah Saw

Firman Allah;

وإذ يمكر بك الذين كفروا ليثبتوك أو يقتلوك أو يخرجوك ويمكرون ويمكر الله
, والله خير الماكرين

الأنفال 30
Ketika mana Allah izinkan Rasulullah Saw berhijrah ke Madinah, orang Kafir Quraisy pula pada ketika itu merasakan bahaya besar yang akan menimpa mereka bila mana orang orang Islam sudah berkumpul di Madinah dan membina kekuatan di sana. Mereka kena berbuat sesuatu sebelum terlambat. Abu Jahal memanggil pembesar-pembesar Kafir Quraisy ke sidang tergempar di Darul Nadwah. Tapi Abu Jahal pesan pada semua, jangan panggil sorang pun dari Bani Abdul Mutalib, Bani Abdul Manaf dan Bani Hasyim begitu juga orang orang yang ada hubungan rapat dengan mereka dan dengan orang-orang Madinah.

Ketika mereka berkumpul itu, datang seorang tua yang berpakaian seperti pakaian orang Najd. Kata Rasulullah Saw, orang tua itu adalah iblis yang turut hadir dalam rupa manusia untuk membantu Kafir Quraisy menyelesaikan masalah mereka kali ini. Dalam perbincangan itu, kata Abul Buhturi, kita penjarakan Muhammad. Kata Abu Jahal dan orang tua itu, "Kalau kita penjara Muhammad, sahabat-sahabatnya akan terus berkumpul di Madinah. Lambat laun mereka akan datang juga membebaskan Muhammad dan memerangi kita."

Kata satu pandangan lagi, "Kita buang negeri ke tempat yang di luar Tanah Arab ini." Kata mereka, "Itupun tidak boleh, nanti Muhammad boleh datang ke Madinah." Masing masing buntu untuk mencari jalan penyelesaian sehinggalah Abu Jahal memberikan cadangannya. Kata Abu Jahal, "Kita bunuh Muhammad. Kita pilih dari setiap kabilah seorang pemuda yang gagah dan mereka nanti membunuh Muhammad secara beramai ramai. Kalau Bani Abdul Mutalib, Bani Abdul Manaf dan Bani Hastim ingin menuntut bela, mereka tidak akan mampu menghadapi kita semua." Kata lelaki tua tadi, "Benar, inilah pandangan yang paling tepat."

Begitulah Abu Jahal, dia ada idea yang syaitan pun tidak ada. Lebih jahat dari syaitan. Jadi Kafir Quraisy sudah sepakat tentang perkara ini. Dalam masa yang sama Rasulullah Saw sudah bersiap siap untuk berhijrah ke Madinah. Oleh kerana di rumah Rasulullah banyak harta dan barang-barang berharga yang disimpan oleh orang ramai kepada Rasulullah Saw.

Kalau mereka hendak musafir, barang-barang berharga ini mereka simpan di rumah Rasulullah Saw. Begitulah akhlak Rasulullah Saw, musuh pun menaruh kepercayaan kepadanya. Jadi Rasulullah Saw taklimatkan kepada Saidina Ali semua barang barang itu untuk dikembalikan kepada tuannya dan Rasulullah meminta Saidina Ali supaya tidur di tempat Baginda pada mlam itu.

Pada malam itu semua pemuda yang dipilih tadi telah siap mengepung rumah Rasulullah Saw. Waktu itu Rasulullah Saw masih berada di dalam rumah. Mereka tunggu di luar. Mereka tidak berani merempuh kerana di dalam rumah Rasulullah Saw juga ada kaum wanita. Bagi mereka aib besar merempuh masuk ke dalam rumah yang ada wanita..

Setelah Rasulullah Saw meninggalkan Saidina Ali ditempat tidurnya, Rasulullah Saw keluar dari pintu rumahnya berjalan di tepi-tepi pemuda-pemuda itu semua tapi mereka tidak dapat melihat Rasulullah Saw. Rasulullah Saw keluar sambil membaca surah Yasin, bila sampai pada ayat : 

وجعلنا من بيت أيديهم سدا ومن خلفهم سدا فأغشيناهم فهم لا يبصرون 

يس 9 Rasulullah Saw mengambil segenggam pasir dan ditaburkan ke atas kepala kepala mereka semua. Rasulullah Saw berjalan menuju ke rumah Saidina Abu Bakar yang belum tahu lagi tentang hijrah pada malam itu.

Tuesday, 21 October 2014

PANAS : ISU PUTING BELIUNG, SINAR HARIAN TERUS MEMBUAT FITNAH


Penulis tidak faham kenapa Akhbar Sinar Harian terus melaporkan berita yang tidak benar kepada rakyat. Mengenai isu bencana puting beliung yang melanda Pendang baru-baru ini, akhbar Sinar Harian ini telah melaporkan berita yang tidak betul. 

Katanya bantuan tidak di terima mangsa ribut itu. Hari kedua kejadian penulis turut bersama Menteri Besar Kedah Dato Seri Mukhriz,  Adun Sungai Tiang,  Ketua Umno Bahagian, Ketua Pemuda Bahagian dan pelbagai Agensi telah melawat dan Dato Seri MB sendiri memberi sumbangan peribadi kepada mangsa-mangsa kejadian.  

ILMU : MENCARI KEREDHAAN ALLAH




Doa Rasulullah SAW Di Waktu Pagi 



Amalan Rasulullah S.A.W Di Waktu Pagi

1. Membaca istighfar sebanyak 100x

Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidaklah aku berada di pagi hari (antara terbit fajar hingga terbit matahari) kecuali aku telah beristighfar pada Allah sebanyak 100 kali.” (HR. An Nasa’i)

2. Membaca surat Al Ikhlas, Al Falaq, dan An Naas masing-masing sebanyak 3x

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Membaca Qul Huwallahu Ahad (Surah Al Ikhlas) dan Al Muwa’idzatain (Surah Al Falaq dan An Naas) ketika pagi dan petang sebanyak tiga kali akan mencukupkan kamu dari segala sesuatu).” (HR. Abu Daud )

Kejayaan Manusia dalam Agama, taat perintah Allah ikut cara Rasulullah SAW 

Monday, 20 October 2014

DIARI ABE KU : SIRI KE 2 MENGENANG WIRA KUALA BESUT #AbeKu #KualaBesut




17 Okt. Siri ke 2... Program Mengenang Wira Kuala Besut di Rumah Allahyarham Jusoh Hussain di Kg Alor Teratai... Solat Hajat dan tahlil arwah serta pengkisahan kisah jasa-jasa arwah memperjuangkan nasib anak bangsa kuala besut suatu ketika dahulu.... terima kasih kepada keluarga arwah.. Moga roh arwah ditempatkan dlm kalangan para solehin

- Tengku Zaihan 




PANAS : AZWAN BRO BIDAS SIKAP KURANG AJAR WAKIL GERAKAN JOHOR! ! @azwanbro


Sikap biadap dan kurang ajar wakil Parti Gerakan Johor Tan Lai Soon sewaktu persidangan Perwakilan Nasional Gerakan Ke 43 telah di bidas pemimpin-pemimpin Pemuda Umno. 

Tan telah mengeluarkan kenyataan bahawa bukan sahaja Cina dan India tetap kaum Melayu juga adalah pendatang.  Nampaknya Tan ini bukan sahaja tidak menghormati kaum Melayi malah mencabar kesabaran orang Melayu yang selama ini memberi peluang kepada kaum Cina dan India menjadi warganegara Malaysia.

Keceluparan mulut ahli politik parti Gerakan itu telah dibidas oleh Khairul Azwan Harun, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

#HAJI1435H : BAKI 70% JEMAAH HAJI MALAYSIA DI TANAH SUCI DIINGAT JAGA KESIHATAN - @azeezputera





Sebanyak 50 lagi baki penerbangan melibatkan 70 peratus daripada keseluruhan 23,320 rakyat Malaysia yang menunaikan ibadah haji pada musim ini, sebagaimana direkodkan setakat hari semalam.Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim juga berkata,sebanyak 14 penerbangan melibatkan 5,398 orang jemaah haji telah pulang ke tanah air.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi waris kepada seorang jemaah haji yang meninggal dunia di Kampung Abdul Rahman,Sungai Pelek hari ini.Dalam masa sama Azeez turut menyampaikan bantuan khairat kematian sumbangan TH kepada waris Allahyarham


BILA ANJING DI HALALKAN DI PROGRAM I WANT TO TOUCH A DOG !!



KEJAHILAN PROGRAM 'I WANT TO TOUCH A DOG'


I want to touch a dog. Sebuah program yang dilaksanakan oleh mereka yang jahil agama. Jahil ilmu fiqh mazhab Syafie. Jahil ilmu 'uruf. Jahil ilmu fitnah khilafatul 'uruf. Jahil ilmu fiqh Aulawiyat. Dan segala kejahilan yang terkandung di dalamnya.

Program yang mampu mencipta fitnah (kekacauan dan kekeliruan) di kalangan orang awam yang kurang ilmu fiqh. Contoh fitnahnya, akan wujud mereka yang ingin sesuka hati menyentuh dan membelai anjing tanpa sebab, akan wujud mereka yang berniat untuk membela anjing sebagai haiwan dalam rumah untuk bermanja (asalkan boleh sertu lepas pegang, kononnya), dan bermacam fitnah lagi.


Kita menghormati pendapat mazhab lain yang menyatakan tubuh anjing bukan najis jika tiada didapati najis mughallazah (air liur dan tahi) pada tubuhnya. Namun kita juga harus menghormati pegangan 'uruf masyarakat setempat di mana Malaysia berpegang pada pendapat mazhab Syafie. Bila anda ada di rumah orang, anda tak boleh buat rumah dia macam rumah sendiri, tak gitu? Walaupun tuan rumah tu hormati perilaku dan perbuatan anda, namun tak bermakna dia redha anda melakukannya di dalam rumahnya.

VIDEO EKSKLUSIF : UNGKAPAN SEMANGAT BUAT SKUAD LANG MERAH SEBELUM MENANG 3-1 @MukhrizMahathir




‪#‎VideoEksklusif‬


Sebelum perlawanan bermula semalam diantara Kedah dan Pahang, YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir ‪#‎MBMesraRakyat‬ telah menyuntik kata-kata semangat kepada pemain-pemain Kedah agar bermain dengan hati yang cekal dan tidak menghampakan peminat dan penyokong negeri Kedah.


Ikuti video kata-kata semangat YAB kepada pemain-pemain LAng Merah yang sempat admin rakamkan. .


‪#‎KedahSerataRata‬ ‪#‎ThisIsDarulaman‬ ‪#‎MMFC‬ ‪#‎KFA‬ ‪#‎LangMerah‬‪#‎Kedah‬ ‪#‎BolaSepakKedah‬


SENARAI CALON-CALON PARLIMEN BELIA N.KEDAH PILIHAN APJ , WAJIB UNDI







Aktif dalam gerakan sukarelawan & mahasiswa sejak dari usia yang muda.

22 tahun, masih lagi menuntut di UiTM Shah Alam dalam mengejar cita-cita menjadi peguam.

Jangan lupa undi,
Muhamad Nur Aizat Bin Noor Azam, No. Kod Calon: KDH011

‪#‎KDH11‬ ‪#‎UndiAizatAzam‬ ‪#‎OrangMudaUntukOrangMuda‬





"MEMPERJUANGKAN SUARA BELIA LUAR BANDAR" Itulah Yg Akan Di Perjuangkan Oleh Aktivis Belia Saudara Mohd Hamdi Bin Keruneh Calon Parlimen Belia KDH036 Dari Kedah..

Jesteru Itu Saya Ingin Memohon Sokongan Dari Sahabat2 Facebooker/ Sahabat2 Media Sosial Yg Berdaftar Sebagai Pengundi Parlimen Belia Terutamanya Bagi Pengundi2 Dari Negeri Kedah Untuk Mengundi Beliau Yang Bernombor KDH036 Terutamanya Bagi Pengundi2 Dari Negeri Kedah..

Terima Kasih...


" Agar Puyuh Tak Dapat Lari
Rapat2 Pinang Di Tanam
" Agar Suara Belia Di Dengari
Undilah Calon PB KDH036

" MEMPERJUANGKAN SUARA BELIA LUAR BANDAR"

‪#‎DariBeliaUntukBelia‬
‪#‎BeliaBerwawasan‬
‪#‎ParlimenBeliaMalaysia‬
‪#‎SuaraBeliaLuarBandar‬
‪#‎APBM‬
‪#‎MHK4PBM‬
‪#‎KDH036‬

Saturday, 18 October 2014

ILMU : DERHAKA KEPADA IBUBAPA


KONSEP DERHAKA PADA IBUBAPA

ISU:

Saya ingin bertanya berkenaan isu "derhaka" yang sering dikaitkan dengan anak-anak terhadap ibu bapa. Saya telah bertanya dengan seorang Ustaz berkenaan perkara ini dan beliau menerangkan bahawa konsep "derhaka" ini sebenarnya lebih merujuk kepada ingkar kepada Allah dan Rasul bukan kepada makhluk walaupun ibubapa sendiri. Ini kerana lafaz derhaka itu adalah terjemahan kepada Bahasa Arab "Asaa" yang hanya dipakai untuk Allah dan Rasul. Orang Melayu telah meluaskan konsep ini kepada ibubapa dan ini kurang tepat. Menurut Hadis, lafaz yang digunakan oleh Nabi bagi hal ini ialah "Uqooq" yang lebih bererti "biadab" bukan derhaka.

Soalan saya : Ibu saya seorang pembengis, egois, suka marah dan membentak suami & anak-anak. Dia seorang yang tidak boleh ditegur dan suka bergaduh sehingga dengan jiran tetangga pun bergaduh (menjerit dan memaki hamun) tidak bertegur sapa. Hatta dengan ipar duai pun dia bergaduh. Selain itu beliau seorang yang suka merungut, mengutuk orang lain dan mengumpat. Saya telah menegur ibu saya dan dikatakan saya anak derhaka tidak selamat dunia akhirat kerana menegurnya.

Apakah hukumnya dia berbuat demikian? Pada fahaman ibu saya, seorang anak tidak boleh menegur ibunya walaupun ibunya berbuat salah. Bagaimana jahatpun ibu menurutnya seorang anak tak boleh buka mulut menegur kesalahan ibunya walaupun dengan cara baik. Saya sentiasa mendoakan agar dia berubah namun adakah berdosa jika saya memutuskan hubungan dengan ibu secara sementara dengan niat dia berubah. Saya hentikan memberi belanja bulanan melainkan keperluan asas. Terima kasih

PENJELASAN:

HOT NEWS : AKIBAT FITNAH, WAN AZIZAH TERSUNGKUR DI KAKI FELDA



Felda hari ini menang saman malu atas tuduhan Suara Keadilan. Suara Keadilan pada tahun 2010 yang sebut Felda Bangkrap. Saya terlibat untuk saman itu atas persetujuan Perdana Menteri ketika jaga Felda penggal lepas. Taksiran kerugian sedang dikira & kita saman Wan Azizah dan lain-lain pemilik Suara Keadilan sebanyak rm200 juta. Mereka fitnah kita saman.

Sebelum ini Harakah juga memfitnah Felda jual minyak ke Israel. Kita saman & Felda menang. Dibayar gantirugi rm200 ribu. 2 suratkhabar pemfitnah yang berjaya kita saman - Datuk Ahmad Maslan 


Keratan akbar di atas adalah fitnah yang di siarkan oleh Suara Keadilan terhadap Felda.  Inilah hukuman yang patut di terima oleh kaki-kaki fitnah ini dan penulis mengucapkan tahniah kepada pihak Felda khususnya Datuk Ahmad Maslan yang pada masa itu menjaga Felda kerana tidak membiarkan puak Pakatan Rakyat ini terus  menfitnah Felda dan Kerajaan. 

Thursday, 16 October 2014

DAP YANG BUAT ONAR TAPI SALAHKAN KERAJAAN! ! @RameshRaoAKS @Dapmalaysia


Penulis sering melihat kenyataan dan luahan dari aktivis masyarakat saudara Ramesh Rao ini. Walaupun agak keras namun apa yang di juangkan olehnya ada asas juga.

Beliau berjuang atas semua kaum tak kira India, Melayu mahupun Cina di Malaysia ini. Tak pernah sedikitpun rasa jemu dan jika beliau rasa ada sesuatu perkara yang salah beliau akan bercakap.


Kali ini berkenaan dengan harga barang yang meningkat, mengenai hal ini semua rakyat merasai keperitan kos sara hidup yang tinggi.

Mengenai peniaga Cina yang memainkan harga barang tak kira sektor apapun semua barang boleh di katakan meningkat. Yang bunyi dan selalu merungutpun adalah dari kalangan mereka ini sedangkan mereka menguasai barang-barang keperluan harian negara.

Friday, 3 October 2014

#HAJI1435H : JEMAAH HAJI MALAYSIA BERGERAK KE ARAFAH


Semalam jemaah-jemaah haji dan petugas mula bergerak ke Arafah bermula jam 11 pagi waktu Arab Saudi dengan menaiki bas-bas yang di sediakan .

Pada 24 September lalu, Mahkamah Agung Arab Saudi mengumumkan Hari Arafah atau juga dikenali Hari Wukuf, yang merupakan kemuncak ibadah haji, ditetapkan pada 3 Oktober dan Aidiladha disambut pada hari berikutnya berikutan beberapa individu melihat anak bulan Zulhijjah pada Rabu.

Jemaah haji di ingatkan supaya memaksimakan manfaat di Arafah dengan sebaik-baiknya semasa di Arafah dengan berdoa, beristighfar, berzikir dan membaca al-Quran, terutama surah Al-Haj.

Thursday, 2 October 2014

HOT NEWS : DAP MEMPERJUANGKAN ISLAM KATA PENULIS NOVEL PELACUR KELAS PERTAMA




Penulis novel 'Pelacur Kelas Pertama' , Jamila Rahim mempertahan ideologi DAP yang serasi dengan perjuangan Islam sekaligus merupakan faktor pendorong dirinya untuk menyertai parti itu.

Bagi gadis berpurdah itu berkata, DAP lebih dekat dengan perjuangan keadilan yang merupakan salah satu ideologi yang disarankan Islam itu sendiri.

“Jika diteliti secara kasar perlembagaan DAP itu sendiri, humanisme atau dasar kemanusiaan diletakkan sebagai tunjang dan teras utama (parti itu),”

Keputusan Jamila telah mengejutkan pelbagai pihak yang menganggap ianya sebagai salah satu strategi DAP untuk mendekati pengundi Islam di negara ini.


PANAS : TINDAKAN ROS LULUS CEC DAP DI PERSOAL @RameshRaoAKS



Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin (PMSP) mempersoalkan tindakan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang meluluskan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP walaupun terdapat pelbagai aduan salah laku semasa pemilihan parti itu.

Presiden PMSP, Ramesh Rao berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat perkara tersebut kerana kelulusan yang diberikan amat luar biasa dan tidak mengikut saluran yang betul.

Beliau berkata, sehingga kini sebanyak 15 aduan rasmi daripada ahli dan bekas ahli DAP telah dibuat kepada ROS mengenai salah laku termasuk penyelewengan semasa pemilihan CEC dilaksanakan, namun sehingga kini tiada satu maklum balas mahupun hasil siasatan dikeluarkan.

"Kita mempersoalkan perkara ini bagi mencari keadilan kepada ahli dan bekas ahli DAP yang datang kepada ROS untuk menghantar aduan, laporan yang mereka buat seolah-olah tidak bermakna walaupun turut disertakan pelbagai bukti yang kukuh.

HOT NEWS : DEWAN ULAMA PAS KAJI KEDUDUKAN TAHALUF SIYASI



Jawatankuasa Penyelidikan Dewan Ulama Pas dijangka membentangkan hasil kajian mengenai kedudukan tahaluf siyasi antara Pas dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam tempoh terdekat untuk dipertimbangkan oleh Masjlis Syura Ulama parti berkenaan.

Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad berkata, kajian mengenai tahaluf siyasi itu dibuat bagi menentukan sama ada ia mengikut hukum syarak atau sebaliknya berikutan pelbagai perkembangan semasa yang berlaku dalam kerjasama politik ketiga-tiga parti berkenaan sejak-akhir-akhir ini.

Beliau berkata, Jawatankuasa Penyelidikan yang diketuai oleh Pemangku Naib Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Nik Muhammad Zawawi Saleh itu dipercayai sedang memuktamadkan kajian tersebut untuk dibawa ke peringkat seterusnya.