Kita sedia maklum bahawa ada sebuah pusat penyelidikkan di Singapura yang menyelidik bagaimana cara melemahkan orang Melayu , bertahun-tahun lamanya mereka mencari dan menkaji cara bagaimana Melayu dapat dilemahkan.
Banyak sebab mengapa mereka sanggup membuka pusat penyelidikkan ini , salah satunya adalah Melayu di Malaysia hanya tinggal kuasa saja , sebenarnya dari zaman kesultanan Melayu Melaka lagi orang Melayu sememangnya begitu patuh pada Sultan-sultan mereka.
Sultan adalah ketua agama bagi orang Melayu dan hasil penyelidikkan mereka telah menemui senjata bagi melemahkan orang Melayu adalah dengan menjauhkan Melayu dari Sultannya.
Kita boleh lihat selepas tahun 2008, banyak perkara-perkara telah berlaku antaranya kes saman sultan yang dibuat oleh Karpal Singh dan oleh balaci orang Melayu iaitu bekas Menteri Besar Perak dari PAS iaitu Yb Nizar .
Orang Melayu dilihat terperangkap dengan stategi yang dibuat DAP ditambah dengan penyatuan PAS dalam pakatan rakyat , PAS dilihat tunduk pada kehendak DAP.
Dengan tiada kuasa 2/3 kerusi Parlimen oleh kerajaan BN dan UMNO sendiri telah membuatkan DAP menekan pelbagai perkara termasuk mahu menggunakan nama Allah dalam kitab mereka. Segala arahan dan perintah Sultan terutama Sultan Selangor telah dibantah oleh DAP , kuasa Sultan telah dilemahkan mereka.
DAP dengan licik telah memainkaan peranan mereka dengan kuda hitamkan PAS bagi selindung niat sebenar mereka yang mahu menguasai Malaysia.
Melayu dilihat tiada lagi suara bagi mempertahankan Sultan yang juga ketua agama di Malaysia, jika Melayu masih tidak sedar termasuk Melayu dari PAS dan UMNO, tidak mustahil segala kuasa Melayu yang tinggal akan dihancurkan pada PRU13 yang sememangnya ditunggu-tunggu DAP.
Ingatlaah 27 kawasan besar yang dimenanggi DAP , 27 x 7 x 80 di seberang selatan Malaysia , maka hancurlah Melayu Malaysia .
Apa Yang Tinggal Pada Melayu ?? mungkin hanya NAMA - wallahualam
Wednesday, 9 January 2013
Monday, 7 January 2013
EKSKLUSIF SELATAN THAILAND : SUMBANGAN BESAR DS SHAHIDAN KASSIM DI SELATAN THAILAND
Rombongan Tun Mahathir ke Selatan Thailand baru-baru ini membawa pengalaman baru bagi APJ , bukan sahaja dapat mengetahui tentang hubungan akrab antara Thailand dan Malaysia tetapi hubungan persaudaraan antara Malaysia dan penduduk Islam Selatan Thailand.
Selepas sahaja keluar dari Hotel penginapan Tun Mahathir di Satun Thailand , kami mengucapkan selamat berlepas pulang kepada Tun Mahathir dan Isteri dan program secara tidak sengaja adalah lawatan kami ke Kampung Chelung Che Bilang di wilayah Satun, Thailand. Mengetuai rombongan adalah Dato Seri Shahidan Kassim dan pegawai-pegawai dari Perlis.
Tiba di Kampung Chelung Che Bilang kami dibawa ke Masjid Ahmadiah di Kampung berkenaan. Masjid yang sebegitu besar sebenarnya adalah sumbangan daripada Dato Seri Shahidan sendiri. Ternyata begitu besar sumbangan bekas Menteri Besar Perlis ini kepada wilayah Islam selatan Thailand. Rata-rata penduduk disini dibawah taraf kemiskinan tegar dengan bertani dan berkebun.
Kata salah seorang penduduk kerja harian mereka adalah dengan menoreh getah dan sawah padi hanya membawa hasil setahun sekali atas faktor hujan yang kurang.
Rata-rata penduduk disini mengenali rapat Dato Seri Shahidan dan ketika lawatan mereka tidak penat mengucapkan terima kasih atas pengorbahan Dato Seri Shahidan di Selatan Thailand , ada penduduk yang memberi buah tangan seperti nenas dan makanan tempatan lain.
Masjid Ahmadiah dibina atas tanah yang dibeli Dato Seri Shahidan dan pembinaan dilakukan secara gotong royong daripada penduduk sendiri, di lihat sekolah agama yang jauh ketinggalan daripada apa yang ada di Malaysia. APJ teringat sewaktu belajar mengaji dulu di sekolah , Malaysia sekarang sudah jauh kehadapan , benarlah kata Tun Mahathir semasa solat di Masjid dalam bandar Satun , katanya , Orang Islam perlu ilmu kerana ilmulah Islam akan berjaya didunia mahupun akhirat.
Sepatutnya pelbagai pihak harus membantu saudara seagama kita di Selatan Thailand dan membawa belia-belia Malaysia agar mereka lebih menghargai apa yang ada di Malaysia sekarang adalah terlalu baik berbanding saudara seagama kita di negara lain.
bagi APJ insya'Allah ini bukan yang terakhir APJ jejak kami di Selatan Thailand , pastinya APJ akan kembali , buat Dato Seri Shahidan , tahniah atas sumbangan yang begitu besar dalam membantu saudara seagama kita begitu juga Tun Mahathir yang tidak jemu-jemu mahu membangunkan wilayah Islam di Selatan Thailand.
LUV MALAYSIA
Sunday, 6 January 2013
YEAHHHH !!!! JOM MENARI K-POP DI CERAMAH PAKATAN - FUHHHH LONDEH SELUAQ LEBAI HAMPAS !!!
APJ - KESIAN PAK LEBAI HAMPASPISPUS
EKSKLUSIF NEWS : TUN MAHATHIR DISAYANGGI RAKYAT SELATAN THAILAND
Satun yang kebanyakkan rakyatnya beragama Islam dilihat ketinggalan dalam pelbagai sektor terutama pembangunan semamangnya mengharap bantuan dari Malaysia.
Tun Mahathir semasa berucap memberi pandangan bagi memajukan dan kerjasama sektor pelancong antara Satun - Langkawi Kedah dan Perlis dalam pelbagai sektor terutama sektor eksport barangan dan kerjasama pelancongan antara kedua-dua negara.
Menurut Tun Mahathir , Thailand terutama wilayah Satun di pelawa untuk mengeskport barangan ke Langkawi kerana Langkawi mempunyai pasaran yang besar.
Pertemuan dan perbincangan 2 hala ini di laksanakan di rumah Gabenor Satun dan dihadiri Gabenor Satun sendiri dan pemimpin Islam tempatan terutama imam masjid sekitar Satun. Bagi pihak Malaysia selain Tun Mahathir dan Isteri, ia turut disertai Dato Seri Shahidan Kassim dan pemimpin dari Perlis.
Selepas selesai mengadakan pertemuan , Tun mahathir dan rombongan menunaikan solat zuhur bersama pemimpin Islam tempatan dan memberi sedikit ucapan semangat kepada mereka.
Tun Mahathir dan Isteri berangkat pulang ke Langkawi jam 5 petang menaikki bot dari pengkalan Satun ke Langkawi.
APJ - Tersentuh dengan penghormatan rakyat Satun Thailand kepada Tun M dan Tun Siti Hasmah - Live Satun Thailand.
Friday, 4 January 2013
PANAS !!! AKHIRNYA AIR MATA MADRASAH SALIHIAH TERHENTI !!
Punca begini, waris tanah wakaf tersebut, memberi amanah kepada MAIK untuk uruskan Madrasah terbabit, namun MAIK salahguna amanah dengan menjual tanah wakaf tersebut kepada taukeh cina dari Penang untuk projek Shopping Mall.
Semuanya atas nasihat dan saranan dari Pas Kedah. Patutkah sebuah jabatan agama, menjual tanah wakaf yang diwakafkan untuk dijadikan madrasah dan surau? Kalau dijual untuk dibangunkan menjadi tempat yang elok-elok takpa juga. Tapi, tapak wakaf madrasah dan surau, hendak dijadikan shopping mall, yang dah tentunya akan ada banyak maksiat.
Bersungguh-sungguh Pas Kedah dan MAIK mahu merampas tanah wakaf. Dengan harapan, mereka boleh robohkan Madrasah dan surau terbabit untuk jadikan shopping mall. Lawak betul, sebuah parti Islam dan jabatan agama Islam, mahu rampas tanah wakaf untuk dijadikan shopping mall? ha ha ha.. dunia sudah terbalik!
Disebabkan kejadian pelik itulah, waris tanah wakaf dan rakyat Kedah yang prihatin bangkit mempertahankan Madrasah Salihiah. Malah mereka bertekad untuk mempertahankan Madrasah sehingga ketitisan darah yang terakhir.
Pelbagai onak dan duri yang mereka hadapi untuk mempertahankan madrasah salihiah. Pelbagai orang politik, NGO dan segala agensi mereka merayu untuk bantu bersama namun segala usaha gagal.
Laporan polis, laporan SPRM, malah memfailkan kes ini ke mahkamah untuk mempertahankan madrasah terbabit. Di mahkamah pun pihak madrasah menghadapi pelbagai rintangan.
Akhirnya mereka hanya berharap pada jalan terakhir, iaitu mengadap menyembah duli yang maha mulia Sultan Kedah, yang kini menjadi YDP Agong.
Setelah mereka adukan permasalahan mereka pada Yang Dipertuan Agong, akhirnya YDP Agong dengan bijaksananya menyelesaikan perkara yang genting ini dengan mudah.
Setelah berbincang panjang lebar diantara pihak Istana dan pihak madrasah. Pihak madrasah setuju untuk memberikan tanah wakaf terbabit pada kerajaan negeri untuk dimajukan.
Kerana, Kerajaan Negeri perlu ganti tanah wakaf terbabit dengan saiz yang sama dan tidak jauh dari tapak asal wakaf. Maksudnya dalam qariah yang sama. Kemudian, MAIK terpaksa memulangkan wang rm1.43juta kepada pewaris madrasah. Kerana tanah wakaf itu asalnya milik pewaris madrasah. Jadi duit itu hak pewaris.
Akhirnya segala permasalahan selesai begitu saja. Semua ini atas kebijaksanaan YDP Agong, merangkap Sultan Kedah. Kalau harap kerajaan negeri Kedah, sampai kiamat pun tak selesai hal ini.
Apa yang kerajaan negeri Kedah tahu, rampas tanah, buat serupa hak mak bapak depa punya, tanpa sebarang ganti rugi atau ganti tapak. Selamatlah Sultan Kedah dengan adil menyelesaikan permasalahan ini.
Harap lepas ni tidak ada lagi sengketa yang berlaku kat madrasah tu. Cuma sedikit terkilan dengan kerajaan Pas Kedah, kenapa nak tunggu Sultan Kedah selesaikan? Pas Kedah taktahu hukum hakam ke?
Atau Pas Kedah lebih nampak hukum DUIT dan harta DUNIA dari hukum akhirat. Jadi mereka pun sanggup gadaikan tanah wakaf untuk meraih sumber kewangan.
Teruk betui la Kerajaan Pas Kedah ni. Mengaku Islam tapi kerja tak macam orang Islam pun.
Alhamdullilah.. selesai sudah masalah Madrasah Salihiah. Apakah KUIN juga perlu mengadap bantuan dari YDP Agong untuk selesaikannya?
Kalau semua YDP Agong nak selesaikan, Pas Kedah jadi kerajaan buat apa?
lagi : kedahkekl
Subscribe to:
Posts (Atom)
POSTING PALING HOT
-
Buat artis-artis terutama artis perempuan hati-hatilah memilih pakaian semasa berlakon tu, kang dah jadi lagu ni.... hanya ingatan .....
-
'Bihun Istimewa' cap masjid keluaran sebuah kilang di sini tidak mempunyai sijil halal yang sah, demikian menurut Jabat...
-
J Sebuah page 'Jom Stream' telah membuat undian Online antara Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak dan Mantan Perdana Men...
-
Junko Furota – Mangsa Seks yang Paling Malang Salam semua. Tadi saya terbaca tentang Junko Furota, seorang mangsa seks yang pal...
-
Hari pembukaan Sidang Parlimen tadi tercemar apabila pihak Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertindak biadap dengan tidak menghormati Yang ...





