sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday, 24 March 2016

Video : Pengguguran TSMY Tidak Menepati Perlembagaan Parti - @MukhrizMahathir



#Video DS Mukhriz Tun Mahathir memaklumkan bahawa pengguguran TS Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO tidak menepati apa yang termaktub dalam perlembagaan parti UMNO.

Dalam sidang media Setiausaha Agung UMNO ketika mengumumkan pengguguran TS Muhyiddin Yassin, beliau menggunakan alasan mengikut fasa 10.15 perlembagaan parti yang terlalu 'umum' bagi tugas-tugas Majlis Tertinggi UMNO sedangkan wujudnya satu fasa 'khusus' iaitu fasa 9.12 yang harus diguna pakai untuk melucutkan jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi .

Dalam fasa 9.12 menyatakan (lebih kurang berbunyi begini) bahawa Presiden, Timbalan Presiden , Naib-Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi boleh dilucutkan jawaTan SEKIRANYA DALAM SATU PERHIMPUNAN AGUNG KHAS SEKURANG-KURANGNYA 2/3 DARIPADA PIHAK YANG LAYAK HADIR PERHIMPUNAN TERSEBUT MELULUSKAN USUL TERSEBUT.

Jelas sekali tiada satu pun Perhimpunan Agung yang diadakan bagi melucutkan jawatan TS Muhyiddin Yassi
n.

( Video ) Najib Bersikap Hipokrasi Tahap Tertinggi




#Video DS Mukhriz Tun Mahathir dengan sinisnya menyindir Najib yang bersikap hipokrasi tahap tertinggi disebalik kenyataannya dalam akhbar berkaitan isu tuduhan penyelewengan dana kerajaan berjumlah RM107 Juta oleh Setiausah Bahagian sebuah kementerian.

Memang pedih sindiran DS Mukhriz Tun Mahathir terhadap Najib.

Monday, 21 March 2016

Cadangan Mukhriz Bina Airport Kulim Akan Terlaksana


Cadangan salah satu dari 6 Projek Mega Oleh Mantan Menteri Besar Kedah, Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir dahulu akan terlaksana apabila Perdana Menteri dikatakan bersetuju untuk pelaksanaan projek itu. 

Perkara itu digunapakai oleh Menteri Besar yang baru dan beliau mengesahkan Perdana Menteri sudah memberi lampu hijau. Cadangan oleh Dato Seri Mukhriz untuk memajukan Kedah itu adalah terbaik. 

Untuk maklumat Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim atau KXP dicetuskan oleh Mantan Menteri Besar Kedah dalam Bajet Kedah 2014 dan terus dibawa ke Bajet 2015 untuk mendapat kelulusan Perdana Menteri. 


Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim atau KXP

Walaupun Negeri Kedah sudah mempunyai dua lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, namun pembinaan lapangan terbang ketiga ini dilihat amat penting untuk memainkan peranan sebagai pintu masuk dan keluar aktiviti perdagangan wilayah utara. Ini dikuatkan lagi dengan justifikasi yang diterima ramai.


Kesesakan trafik di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang diakui akan menjadi lebih kritikal dalam masa beberapa tahun lagi. Ini disokong lagi dengan hujah bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang bakal mengalami pertumbuhan semakin pesat dalam masa tiga tahun akan datang dalam hal pengendalian penumpang. Maka ianya semakin kurang mampu untuk memainkan peranan sebagai lapangan terbang bagi pengangkutan kargo. Peranan inilah yang akan diambilalih oleh KXP.

Keperluan membina lapangan terbang antarabangsa yang mempunyai dua landasan bagi memudahkan pergerakan ketibaan dan pelepasan serta kemudahan kawalan trafik tidak dapat dipertingkatkan di mana-mana lapangan terbang berdekatan. Maka sekali lagi, fakta ini menjadi justifikasi utama kebolehwujudan KXP. Kebanyakan penerbangan tambang murah sentiasa memberi penekanan kepada operasi pantas apabila tiba di sesuatu destinasi. Justeru, dua landasan berkembar yang dirancang untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim dapat menarik syarikat tambang murah dengan serta-merta, malah diharap akan ada syarikat penerbangan tambang murah domestik dan antarabangsa yang akan menjadikan KXP sebagai hub operasi bagi rantau ini.

Ahmad Bashah Mengesahkan Perdana Menteri telah bersetuju 



Singkir Najib Dari Luar Parti


SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa tindakan menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak dari luar parti wajar dilakukan kerana majoriti ahli parti Umno kini berada dalam ketakutan.

“Mereka juga mungkin terlalu selesa dengan layanan yang diberi Najib sedangkan jentera parti dan kerajaan BN jelas sudah lumpuh.

“Rakyat dan ahli parti sudah hilang hak untuk dapat perlindungan serta memilih pemimpin yang dimahukan.

“Faktor berkenaan menyebabkan tindakan di luar parti terpaksa dilakukan sedangkan sebenarnya, jika ahli-ahli Umno berani menolak Najib melalui suara ramai, maka kerjasama dengan parti lawan tidak perlu dibuat,” katanya menerusi tulisan di laman blog rasminya, chedet.cc.

Beliau berkata, tindakan parti lawan menyokongnya bukanlah kerana mereka setuju dengan bekas-bekas pemimpin kerajaan tetapi lebih kepada kesedaran terhadap kerosakan dialami negara di bawah pentadbiran Najib.

“Oleh sebab itu juga, mereka turut bersetuju agar Najib disingkir dan pandangan mereka adalah sama dengan pendapat bekas pemimpin Umno dan kebanyakan rakyat,” katanya.

Mahathir juga mendakwa Najib akan terus memainkan isu mengenai dirinya bersama Lim Kit Siang supaya tujuan Deklarasi Rakyat terpesong sepertimana ia memesongkan tujuan demonstrasi Bersih.

Wednesday, 9 March 2016

Ketua Pengarah JASA MemBANGANGkan Diri Sendiri - Ahli Parlimen Pokok Sena


NAK JADI PM MESTI AHLI PARLIMEN (AHLI DEWAN RAKYAT).

1. Saya terkejut bila membaca kenyataan Datuk Dr Fuad Zarkashi, Ahli Majlis Tertinggi Umno yang menyatakan Tun Mahathir mahu menjadikan anaknya Mukhriz sebagai PM selepas menjatuhkan Najib.

2. Tidak sewajarnya Fuad yang juga merupakan bekas Timbalan Menteri dan bekas Ahli Parlimen Batu Pahat serta seorang yang memiliki PHD, bahkan kini diberikan kepercayaan oleh Perdana Menteri Najib sebagai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), tidak tahu syarat untuk menjadi PM. Kalau dia pun hendak serang Tun M biarlah bagi hujah yang munasabah dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang membengong dan membangangkan dirinya sendiri.

3. Ini buat kenyataan memalukan orang yang ada PHD. Kenyataan Fuad sudah macam tidak ketahuan hala dan tidak boleh membezakan antara Ahli Parlimen dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun). Saya ingin memberitahu Fuad bahawa Mukhriz itu adalah seorangADUN. Untuk menjadi Perdana Menteri seseorang itu mestilah Ahli Dewan Rakyat. Kalau esok sekali pun Tun M berjaya turunkan Najib sebagai PM, Mukhriz tidak boleh dilantik sebagai PM kerana beliau hanyalah seorang ADUN. Mukhriz atas sifat sebagai ADUN hanya boleh menjadi MB atau dilantik sebagai Ahli Dewan Negara untuk menjadi Menteri atau pun Timbalan Menteri sahaja. Kecualilah kalau bubar Parlimen dan Mukhriz bertanding kerusi Parlimen. Itu pun kalau menang. Barulah boleh diangkat menjadi PM. Fuad ni dah mengalahkan kebodohan Awang Liku. Mana dia dapat PHD?

4. Kepada kawan saya Fuad, kalau nak bodek dan mengampu Najib pun bagi lah nampak cerdik macam betoi-betoi orang yang ada PHD. Jangan sampai Pegawai Jasa bawah pun gelak dan jangan sampai Aflin Shauki panggil buat skrin test cari pelawak baru.

#UndurNajib
#MalaysiaSelamat.

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
9 Mac 2016/29 Jamadilawal 1437H

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...