sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label ZAHID HAMIDI. Show all posts
Showing posts with label ZAHID HAMIDI. Show all posts

Monday, 31 July 2017

Video Panas !! Zahid Umno Kantoi Menipu !! Rakyat Terus Balun Umno


Laporan polis dibuat terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas dakwaan mendedahkan maklumat peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas pemimpin bahagian Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan itu di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di ibu negara hari ini, yang turut menamakan ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Khairuddin mendakwa Zahid berniat jahat dengan mendedahkan salinan kad pengenalan yang dikatakan milik Mahathir dengan nama "Mahathir a/l Iskandar Kutty".

Zahid ketika merasmikan majlis penutup mesyuarat Umno bahagian Kelana Jaya semalam mengungkit sejarah keturunan Mahathir dengan menayangkan salinan kad pengenalan lamanya di telefon bimbit.

Bagaimanapun, dalam membuat kenyataan itu, Zahid berkata beliau tidak membuat serangan peribadi dan menegaskan secara "kebetulan" beliau adalah menteri dalam negeri ketika menerima maklumat itu.

JPN berada bawah bidang kuasa kementeriannya.

Sementara itu, Khairuddin berkata Zahid dan JPN telah melakukan kesalahan bawah Akta Perlindungan Data Peribadi susulan langkah itu.

“Timbalan perdana menteri dan ketua pengarah JPN telah menyalahgunakan data peribadi untuk agenda peribadi,” katanya.





Video fitnah oleh Zahid terhadap Tun Mahathir di bawah 


Yang peliknya, Zahid cuma melihat gambar depan IC lama milik Tun Dr. Mahathir bila berkata bahawa beliau adalah anak kepada Iskandar Kutty, padahal IC yang lama tidak letak nama di hadapan.


Nampaknya lakonan Zahid ini tidak berkesan kerana dia tidak perasan kamera boleh mengambil gambar dari jarak jauh. Ini adalah gambar IC lama tersebut dari jarak dekat:

Gambar di bawah pula adalah gambar belakang IC lama milik Tun Dr. Mahathir:

Video : [BONGKAR] Zahid Hamidi Pernah Jumpa Mahathir Nak Tumbangkan Najib


Zahid Hamidi Pernah Jumpa Mahathir Nak Tumbangkan Najib dalam masa 3 bulan. Bila tak dapat sokongan Mahathir, Zahid Hamidi jadi pengampu besar Najib pula. Pendedahan oleh Zahid Mat Arip, Ahli MPT PPBM.

Thursday, 18 February 2016

Kerana Najib, Zahid Diaibkan Anak Muda (video)



Zahid Hamidi dimalukan oleh anak2 muda Selangor apabila cabaran utk bekerja diladang2 dan kilang2 disahut dgn laungan...
Posted by Kelab Che Det on Sunday, 14 February 2016

ANGKARA NAJIB 



Bagi aku apa yang berlaku sekarang bukanlah dari masalah pekerja asing atau Zahid sendiri tetapi dari kebencian rakyat terhadap Najib yang terang-terang terpalit dengan pelbagai scandal sehingga bukan sahaja Najib yang dibenci malah semua menteri-menteri Najib juga turut terkena tempias angkara keketoran Najib. 

Zahid yang aku kenal adalah seorang pemimpin yang tegas dan ada aura kepimpinan dalam pentadbiran ,Beliau juga boleh menjadi Imam pada bila-bila masa saja namun akibat berada dalam pentadbiran Najib yang penuh kotor maka beliau sekali terpalit. 

Lihat saja video tersebut, rata-rata yang hadir adalah anak muda pewaris bangsa tapi mereka sudah mula membenci kepada kerajaan terutama Najib sendiri. Soal pekerja asing bukanlah satu itu kerana sememangnya sektor yang disebut Zahid adalah satu sektor yang berat dan sektor terbabit memang mahukan pekerja asing. 

Berbalik kepada cerita Najib , kerana beliaulah Umno dihina seteruk ini , dianggap kotor oleh rakyat dan menteri-menterinya turut terkena taik apabila mereka juga menjadi bahan lawak oleh rakyat. Zaman teknologi lagi canggih sekarang semua maklumat sampai sepantas kilat, rakyat makin bijak dan boleh menilai kerja buat pemimpin. 

Percayalah selagi Najib tidak berambus dari jawatan Perdana Menteri , tidak mustahil Najib bakal menjadi Perdana Menteri Pertama memberi kemenangan mudah kepada Pembangkang untuk menguassai dunia dan selagi Najib memerintah Umno selagi itu Umno terpaksa menerima air kencing rakyat yang marah. 

Monday, 12 October 2015

Tegur 1MDB sebab sayang parti bukan provokasi


SHAH ALAM - Tindakan beberapa pimpinan yang membangkitkan tentang kontroversi syarikat pembangunan strategik milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bukan untuk menimbulkan provokasi sebaliknya kerana sayang akan parti.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menerusi blognya, zamkata.blogspot.com, hari ini mempertikai tindakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menegur pimpinan BN berhubung perkara itu.

“Teguran dari dalam bukan bersifat provokasi tetapi simpati sayang pada parti. Tidakkah Datuk Zahid terfikir bahawa keraguan terhadap agensi-agensi itu, Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Bank Negara dan lain-lain lagi yang sebelumnya mempunyai integriti yang tinggi telah dihakis kredibiliti mereka oleh berbagai tindakan tidak berbudaya dan tidak profesional tetapi lebih bersifat politik?

“Lupakah pada sembahyang hajat pegawai-pegawai SPRM? Rakyat tidak lupa pegawai SPRM ditangkap dan dilepaskan, pegawai tinggi polis dipindahkan dan institusi penyiasatan lenyap tanpa kuburan,” katanya.

Ahmad Zahid dalam kenyataannya semalam berkata, hak untuk menyuarakan pendapat secara bebas merupakan asas kepada sistem demokrasi yang diraikan namun sebarang kenyataan yang bersifat provokasi tidak seharusnya dijadikan sandaran untuk menggambarkan seolah-olah agensi penguatkuasaan tidak mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan penyiasatan dan melakukan pendakwaan segera.

Menurut Zainuddin, Ahmad Zahid seolah-olah menafikan terus perasaan rakyat dan penyokong-penyokong Umno serta penyokong dari kalangan terpelajar dan penyokong yang tidak berkepentingan.

“Terutama selepas Majlis Raja-Raja sendiri menuntut penjelasan segera mengenai 1MDB,” katanya.

Selasa lalu, Raja-raja Melayu mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan dengan 1MDB dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat.

Kenyataan itu mendapat reaksi yang positif dari kalangan pemimpin kerajaan dan pembangkang yang menyokong gesaan itu.

Tuesday, 15 July 2014

TLDM DAN SEMUA PASUKAN KESELAMATAN DIBERI KUASA MENEMBAK PENCEROBOH NEGARA - ZAHID



Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pasukan keselamatan diberi kuasa untuk menembak mana-mana pihak yang didapati menceroboh perairan negara.

“Kerajaan tiada sebarang masalah jika itu (menembak) boleh halang penceroboh daripada memasuki Malaysia,”
katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar yang meminta kerajaan membenarkan pasukan keselamatan menembak mana-mana pihak atau kumpulan yang menceroboh perairan Sabah.

Kenyataan Abdul Aziz itu menyusuli kejadian serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata berat di Pulau Mabul, Semporna pada Sabtu lepas yang mengorbankan seorang anggota polis marin manakala seorang lagi dilarikan.

Pantas tindakan yang diambil kerajaan . Aku nak ucapkan ribuan terima kasih kerana luahan TLDM semalam didengar oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid . 

Terus pertahankan keselamatan negara buat semua Pasukan Keselamatan Negara . 

Sunday, 13 April 2014

PASS RESIDEN : ZAHID HAMIDI PENGKHIANAT NEGARA DAN LAYAK DUDUK DI UK MACAM 1000 LAGI PENGKHIANAT



Aku memandang serius mengenai pemberian 3 Pas Residen kepada 3 orang 'Pengkhianat Negara ' yang duduk di united Kingdom. Perkara ini sangat memaukan , kita tahu ada 1000 orang 'bekas ' rakyat Malaysia yang berada di UK dan tidak mah kembali lagi ke Malaysia.

Ada di kalangan mereka yang telah mengoyakkan pasport Malaysia ketika berada di luar negara dengan hasrat benci kepada negara ini dan tidak lagi mahu pulang kerana kebencian itu dan ada yang 'menikam' negara ini dari belakang. Tidak ada lagi taat setia di kalangan mereka. 

Bagi aku mereka ini sudah membenci Malaysia dan tidak mahu tinggal di sini dan telah menkhianati negara ini jadi mengapa kita perlu memberi apa-apa kebenaran mahupun Pas Residen kepada Mereka untuk kembali ke Malaysia ??? 

Sudahlah maruah Malaysia mereka pijak , mereka jijik untuk lankah ke tanah air ini tapi sekarang kita pulak duk layan mereka ni macam raja . Aku rasa sama saja Menteri KDN yang memberi kelulusan ni dengan mereka ni , PENGKHIANAT NEGARA !!! 

Aku nak lihat sama ada desakkan rakyat mengenai pemberian Pas Residen ini di dengari Zahid Hamidi atau tidak , kalau dia tetap meneruskan tanpa menarik balik pas residen tu , pastinya Zahid adalah antara golongan tersebut dan menjatuhkan maruah negara . 


Wednesday, 9 April 2014

VIDEO PANAS !!! MENTERI KDN TU KECUT DENGAN TIAN CHUA ?? ADA APA2 KE NI BANG ??



Sehingga detik ini , langsung tidak ada bayang atau rupa yang Tian Chua PKR ini akan di tangkap dan didakwa kerana menghasut rakyat malah dengan keadaan ini dia dengan ANGKUH berasa megah dan bangga pihak KDN tidak berani berbuat apa-apa kepadanya , 

Tengok VIDEO ni !! 



Singa ni dulu sebelum pemilihan UMNO taringnya tersembul keluar , orang nampak kecut telor , aku ingat taring tu , taring betul tapi rupanya taring palsu !!! adoiii !!! patut la !!! agaknya taring tu dah hilang kot , sebab tu MENTERI KDN pun dah rupa kena picit teloq saja aku tengok !!! tersentot !!!

Aku tak tahu sampai bila harapan aku untuk tengok Menteri KDN ni bertindak ketas si biaDAP Tian Chua ini akan dilakukan atau lagi 3 , 4 tahun masa Pemilihan Umno kembali lagi , masa tu baru pak Menteri KDN ni pasang taring palsu tu balik !!!

BOSAN ???? Ya rakyat MArhaen seperti aku memang bosan !!!!! 

Saturday, 5 April 2014

PANAS !! RM 500 UPAH TAMPAR MUKA ZAHID HAMIDI !! AWAT PULAK DAH !!!



Terkejut aku baca kenyataan Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Yong Teck Lee menawarkan ganjaran RM500 kepada mana-mana individu untuk menampar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi yang didakwanya gagal mengawal keselamatan perairan Sabah.

Teck Lee kata, upah tersebut juga berkaitan dengan kenyataan timbalan Zahid, Datuk Wan Junaidi Wan Jaafar yang mahukan pusat peranginan di pulau terpencil Sabah di tutup ekoran khuatir dengan faktor keselamatan pengusaha serta pengunjung kawasan berkenaan.

“Ini untuk tunjukkan kemarahan rakyat Sabah berhubung kegagalan berterusan kerajaan persekutuan menunaikan tanggungjawab perlembagaan untuk melindungi Sabah dan rakyatnya,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Presiden Parti Mahu Sabah (SAPP) itu juga akan menawarkan RM1,000 kepada mana-mana anggota Parlimen untuk mengusulkan pemotongan gaji menteri dalam negeri, menteri pertahanan dan menteri pembangunan luar bandar.

Kenyataan tersebut dikeluarkan Teck Lee berikutan kes penculikan warga China dan seorang pekerja di sebuah pusat peranginan di Sabah yang didalangi sekumpulan lelaki.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak walaubagaimanapun menafkan insiden tersebut ada kaitan dengan kumpulan pengganas.

Ha elok pun kenyataan Bekas Ketua Menteri Sabah ni bagi sedar sikit bang Zahid tu , sebelum Pemilihan Umno dialah HERO segala HERO , dialah SINGA segala SINGA , la ni dia umpama , kura-kura yang berlindung di sebalik CENGKERANGnya kerana takut pada MUSUH !!! 

Aku bukan nak kata apa , cuma kecewa dengan Dato Zahid , langsung tiada tindakkan pada satu-satu isu besar , nampak sangat kelemahan sistem keselamatan di SABAH , kata dah tubuh ESCOM tapi macam tu jugak , dah berapa kali pelancong kena CULIK !! keluasan pantai SABAH bukan alasan kerana ini negara kita yang wajib dijaga !!! 

Wednesday, 5 March 2014

MALAYSIAKINI TIDAK LAYAK , PORTAL SAMPAH !!!


Kemenangan portal Pembangkang MalaysiaKini baru-baru ini dalam Anugerah Media Sosial dan Penulis Blog Sedunia 2014 telah dibantah oleh banyak NGO-NGO Di Malaysia. Kemenangan MalaysiaKini seolah dilihat membuka laluan FITNAH PALING KEJI akan berterusan di buat oleh MalaysiaKini.

Hampir kesemua artikel yang di keluarkan oleh mereka adalah FITNAH terhadap pemimpin-pemmpin negara , mereka cuma memainkan api perkauman , menanamkan sifat kebencian antara bangsa-bangsa di Malaysia. Seharusnya kita membendung perkara ini bukan membiarkan mereka bebas melakukan fitnah yang teruk . 


Bagi Presiden Pertubuhan Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) Abdul Rani , Malaysiakini tidak menepati ciri-ciri media cemerlang , jadi langsung tidak layak menerima hadiah tersebut.

 'Media yang baik adalah media yang melaporkan dengan telus , tidak memutarbelitkan fakta dan tidak sewenang-wenang memainkan isu-isu perkauman untuk tujuan menkucar-kacirkan.

" Kemenangan Malaysiakini harus dipertikai kerana kredibilitinya sebagai media yang baik boleh dipertikaikan". 

Apj berasa sangsi dengan Anugerah ini , kemungkinan ini adalah satu permainan pihak pembangkang yang mahukan Malaysiakini diiktiraf oleh sebab itu mereka memanggil Menteri KDN bagi memberi anugerah ini kepada Malaysiakini sekaligus menampakkan Menteri KDN ini telah meletak senjata menentang MalaysiaKini seperti sebelum pemilihan Parti Umno dahulu. 



Tuesday, 4 March 2014

MELAMPAU !!!! ZAHID HAMIDI MEMENTINGKAN CINA TIDAK PADA MELAYU DAN INDIA !!! @Zahid_Hamidi




petikan dari blog Tenteramaya 

Eksesais Pengambilan Khas Jawatan Konstabel (L/W) dalam Polis Diraja Malaysia bagi menggalakkan kaum cina menyertai PDRM?

BAGUS! TAHNIAH MENTERI KDN! Kerana Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi begitu mengambil berat tentang kaum cina tanpa fikir apakah yang akan jadi dimasa akan datang serta tak fikir apa yang dirasai anggota lain.

Bagi saya.......

Ianya mungkin dapat memantapkan sistem keselamatan dalam negara kita. Namun begitu, saya sama sekali tidak setuju kerana ianya seolah-olah membazir dan dilihat seolah-olahmenindas kaum lain, terutamanya MELAYU.

Saya ada war-warkan hal ini di laman Facebook saya, lihat komen mereka:


Ternyata ramai juga yang tidak setuju.

Membazir kerana peruntukan untuk setiap pelatih mencecah RM30 sehari untuk makan SAHAJA. Jika 100 orang yang diterima masuk? Berapa jumlahnya? Lebih baik tambah kuota untuk pengambilan akan datang daripada buat pengambilan khas sebegini.


Saya sama sekali TIDAK SETUJU. Kenapa saya cakap begitu? Saya tahu anggota PDRM sendiri juga pasti ramai yang tidak bersetuju. Baca penerangan saya dibawah:



Iklan Jawatan Yang Ditawarkan


KELEBIHAN YANG DITAWARKAN:

Diberi kelonggaran untuk syarat kemasukan.
Punyai sistem gaji khas dan Gred yang lebih tinggi.
Ada desas desu yang kata tarikh untuk 'tetap jawatan' juga dipendekkan.
tempoh latihan akan dikurangkan daripada 9 bulan kepada 6 bulan (Pengambilan Sarjan/Inspektor) dan 6 bulan kepada 3 bulan (Konstabel).

Senang banyak mereka ini. Kenapa tak tukar juga kandungan atas sumpah tu sahaja? Pada pandangan saya, jika mahu buat pengambilan khas, ianya patut dibuka kepada semua kaum (bagi yang pernah ditolak permohonan) adalah jauh lebih baik daripada pengambilan sebegini. Sekurang-kurangnya, ianya dapat mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia.

Rasanya sepanjang 6 bulan tempoh latihan cukup padat dengan pembelajaran asas kepolisan dan undang-undang, sampaikan ada yang tak sempat kerana tidak cukup masa. Itu pun masih nak pendekkan tempoh latihan? Adakah ini mampu untuk realisasikan moto PDRM, iaitu 'INTEGRITI AMALAN KITA'?






Mudah bukan? Sedangkan masih ramai lagi anak Melayu kita nak masuk Polis ini. Kalau ada buka iklan 'PENGAMBILAN KHAS KONSTABEL (L/W) PDRM (DIBUKA KEPADA KAUM MELAYU YANG PERNAH DITOLAK PERMOHONAN SAHAJA)' tidakkah ianya lebih baik? Pasti berpusu-pusu yang mohon.




Unit gaji khas bagi mereka juga akan ditubuhkan. Kenapa tak buat penambahbaikan sahaja bagi Unit Gaji Bukit Aman yang mengawal gaji/elaun bagi berpuluh-ribu anggota polis itu sahaja?

Sudahlah syarat kemasukan dilonggarkan, tempoh latihan dikurang, gaji pun naikan juga? Sedangkan skop tugasan dan gred gaji sama. Banyak cantikkk.... Masa Anakanda Sultan Johor (Tengku Abdul Jalil) sedang rekrut di PULAPOL KL [Klik SINI] dulu pun tak dapat keistimewaan sebegini rupa, mereka pulak nak dapat macam tu? Macam melampau je saya tengok..

Untuk pengetahuan anda, ini adalah punca mereka tak mampu berikan komitmen sepenuhnya semasa bekerja nanti dan berpotensi calarkan imej PDRM. Cukuplah imej PDRM dicalarkan dengan fitnah pembangkang.



Tengku Abdul Jalil (Anakanda Sultan Johor) semasa jalani latihan sebagai pelatih Inspektor di PULAPOL, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.



Jadual gaji asal bagi Konstabel



Jadual gaji baru bagi Konstabel (cina)

Kenapa tak buat pengambilan melalui laman SPA sahaja? Bukankah ianya menjimatkan masa dan tenaga anggota dari PULAPOL untuk temuduga mereka? Lebih baik kekalkan sahaja sistem asal, tak payah tukar.

Jangan bazirkan masa mereka lagi, Masih ramai lagi pelatih L/W dalam Pulapol tu untuk dilatih, sebab pengambilan baru-baru ini merupakan pengambilan paling ramai sepanjang PDRM ditubuhkan.


SOALAN KEPADA ZAHID HAMIDI:

Masih ramai lagi rasanya anak melayu yang menganggur dan perlukan kerja. Kenapa tak buat kelonggaran seperti diatas untuk kaum MELAYU SAHAJA? Itu lebih baik. 

Kenapa nak naikkan gred gaji mereka? Kenapa tak selaraskan sahaja? Ianya sudah cukup memadai dengan kelonggaran yang diberi. Tak gitu? Sedangkan anggota lain mengambil masa latihan lebih lama dari mereka & melepasi syarat lantikan yang ditetapkan. Tapi dibayar gaji lebih rendah? 

Kenapa tidak selaraskan sahaja sistem gaji seperti yang sedia ada? Tidakkah ianya lebih memudahkan?
Kenapa tak bantu bumiputera yang susah je?

P/S: 1 Lagi Produk Ahmad Zahid Hamidi sebagai menteriKementerian Dalam Negeri, Nak Buat Jasa Tapi Tak Pandai!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, 14 November 2013

CADANG POLIS KAWAL KEDIAMAN PENGUATKUASA AGAMA !! @dsjamilkhir @Zahid_Hamidi @KBAB51



Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata beliau akan mengemukakan cadangan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya menempatkan anggota polis membuat kawalan berkala di kediaman pegawai dan anggota penguatkuasa jabatan agama.

Beliau berkata cadangan itu akan dikemukakan kepada KDN secepat mungkin bagi memastikan keselamatan anggota penguatkuasa agama.

"Kami faham KDN dan pasukan polis ada kekangan dan tugasan tetapi apa pun kami akan berbincang dengan KDN secepat mungkin.

"Kawalan ini adalah untuk mereka yang tinggal di luar kuarters...kami memerlukan rondaan secara berkala dan harian daripada pihak polis," katanya kepada pemberita selepas perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Kelantan di Bandar Baharu Tunjung di sini, hari ini.

Friday, 11 October 2013

HOT NEWS !! POLIS MESTI TEMBAK DULU !!! @zahid_hamidi




Tun Dr. Mahathir Mohamad mempertahankan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung tindakan pasukan polis menembak mati penjenayah bagi menjaga keselamatan anggota tersebut.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, jika seorang individu atau penjenayah yang mempunyai senjata, pasukan polis lebih baik menembak mereka dahulu atas faktor keselamatan.

''Apabila berdepan dengan penjenayah yang ada senjata dan mempunyai kemungkinan untuk menembak polis, adalah lebih baik anggota keselamatan itu menembak mereka dahulu.

''Saya beranggapan lebih baik membiarkan penjenayah berdepan dengan risiko ditembak daripada meletakkan risiko bahaya itu ke atas pihak keselamatan," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek kerja-kerja bawah tanah dan terowong Lembah Klang Mass Rapid Transit (MRT) di Jalan Cochrane, Cheras di sini hari ini.

Monday, 23 September 2013

TUDIAAA !! KDN : 92 PENJENAYAH DITEMBAK MATI !!! @zahid_hamidi @pdrmsia TERBAIK !!!



Seramai 92 penjenayah telah ditembak mati sejak 2011 sehingga Ogos 2013, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Daripada jumlah itu, 56 orang adalah warganegara Malaysia dan selebihnya dari Indonesia, Myanmar serta Nigeria.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him secara bertulis pada Persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Tong Him menuntut penjelasan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung jumlah kes anggota polis menembak mati individu ketika menjalankan penguatkuasaan dan penangkapan bagi tahun 2011 hingga 2013.

Friday, 23 August 2013

WAYTHA PI JAGA HAL SENDIRI JANGAN CAMPUR KERJA POLIS !!!! @zahid_hamidi


PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy supaya berhenti daripada mencampuri urusan polis tetapi menumpukan kepada bidang kuasa sendiri iaitu menguruskan hal-hal berkaitan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf).

Katanya, Waythamoorthy sepatutnya melepaskan jawatannya dalam pentadbiran kerajaan sekiranya mahu memberi kenyataan berhubung perkara di luar bidang kuasanya.

Friday, 16 August 2013

PEHHH !!!! ZAHID BAKAL PECAT KETUA POLIS DAERAH ?? GANAS WOOO !!!



TEGAS! Itulah perkataan yang sesuai buat Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dengan segala tindak tanduk beliau yang semakin lama semakin menyerlah. Tahniah Dato' Seri kerana mendengar denyut nadi rakyat yang selama ini dilihat hanya terawang-awangan tiada siapa mahu mendengar dan melaksanakan.

Semalam, sempat bersembang dengan beberapa orang rakan tentang isu semasa yang berkisar sekitar Selangor khususnya. Pusat-pusat judi haram serta pusat karaoke di beberapa kawasan telah ditutup serta merta atas arahan dari Menteri KDN ini.

Beliau juga turut memberi arahan juga amaran kepada semua Ketua Polis Daerah agar memantau segala pusat-pusat judi haram dan karaoke haram di kawasan masing-masing agar memastikan yang semua premis ini tidak beroperasi lagi. Jika didapati masih juga beroperasi, tindakan tegas bakal diterima sehingga mana-mana Ketua Polis Daerah yang tidak mengikut arahan boleh dikenakan tindakan dipecat dari perkhidmatan.

SAMBUNG SINI JAWABER6

Thursday, 1 August 2013

GEMPAR !!! ISA BAKAL DIWUJUDKAN SEMULA ?? KAMI MAHU ISA KEMBALI !!! @zahid_hamidi @NajibRazak



Kini semakin ramai penjenayah berani mencabar kewibawaan dan kedaulatan serta keharmonian perpaduan kaum di negara ini setelah Akta Darurat dan ISA dimansuhkan.

Menurut Sumber bernama, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyambut baik cadangan supaya diperkenalkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan tetapi ia perlukan kajian mendalam dan pandangan semua pihak.

Monday, 29 July 2013

GEMPAR !!! LAGI KES MATI KENA TEMBAK !!!! PENGASAS AMBANK GROUP MANGSA TERBARU !!! APA DAH JADI NIH ?? @zahid_hamidi @NajibRazak



Arghhh lagi kes kena tembah , 2 bulan ni dah berapa orang kena tembak , kalau cikgu kat Kelantan dulu , Polis Kelantan kata 'biasalah masalah hutang sana sini ' kali ni pengasas Ambank Group tu , masalah hutang jugak ke ? 

Dah makin menjadi-jadi sekarang ni kes tembak menembak nih !! dah rasa macam duduk di Selatan Thailand saja rasanya. Apj bukan nak salahkan sesiapa , tapi selepas banyak kes yang berlaku apa tindakkan pengcegahan yang dibuat ??

Mudah sangat ka pintu sempadan sampai senang bawa masuk senjata-senjata berbahaya ni ?   tidak ada cara atau jalankah untuk mencegah ? Apapun yang jadi inilah akibat dari kelemahan akta yang kita ada di malaysia ni , akta yang hebat ada dulu , dibuangnya !! huh 

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...