sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday 6 March 2012

SEBARKAN !!! KANAK-KANAK HILANG !!!

Hilang ketika beli mi segera...




PASIR GUDANG – Seorang kanak-kanak berumur lima tahun disedari hilang oleh keluarganya selepas keluar membeli mi segera di kedai runcit Flet Seri Delima Jalan Suria Bandar Seri Alam, di sini kira-kira jam 11 pagi Khamis lepas.

Ibunya, Roselyn Alan, 25, berkata, anak keduanya, Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih dikenali sebagai Dira meminta mi segera sebaik bangun daripada tidur kira-kira jam 11 pagi 1 Mac lepas.

Menurutnya, dengan wang sebanyak RM4 bersama sekeping nota tertulis mi segera dua bungkus dan telur RM2, Dira keluar dari rumah flet tingkat empat ke kedai runcit di blok bersebelahan.

“Selepas 30 minit kami mula bimbang kerana Dira tidak balik seperti kebiasaannya sehingga memaksa suami saya ke kedai runcit berkenaan, tetapi diberitahu Dira sudah pulang selepas membeli mi segera dan telur.

“Kami bingung kerana sehingga kini Dira tidak pulang walaupun sudah merata tempat kami mencarinya,” katanya yang sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam pada hari kejadian.

Roselyn mendakwa, Dira dilarikan seorang lelaki dan wanita yang selama ini kelihatan mencurigakan tinggal berjiran di rumah kosong yang telah dilelong oleh pihak bank sejak Disember tahun lepas.

Menurutnya, penduduk flet berkenaan ada melihat lelaki dan wanita berkenaan menunggang motosikal bersama sesuatu yang dibungkus dengan menggunakan kain.

“Ada orang cuba mengejar motosikal yang ditunggang lelaki dan wanita berkenaan apabila mereka terlihat tangan kanak-kanak terjulur keluar dari bungkusan berkenaan, tetapi gagal.

“Kami tidak kenal lelaki dan wanita berkenaan kerana secara tiba-tiba mereka tinggal di rumah kosong ini, tetapi mereka kelihatan mencurigakan kerana kawasan ini sering berlaku kecurian sejak mereka ada di sini,” katanya.

Roselyn merayu kerjasama daripada orang ramai yang terlihat atau terjumpa anaknya supaya menghubunginya di nombor 010-6239010 atau ke balai polis berhampiran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Roslan Zainuddin ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan ada menerima laporan berhubung kehilangan kanak-kanak berkenaan.

Menurutnya, pihaknya masih menjalankan siasatan dan mengklasifikasikan sebagai suspek orang hilang.

“Kita masih menjalankan siasatan dan mengharapkan kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya menyalurkannya kepada IPD Seri Alam atau balai polis berhampiran,” katanya.

AZIZAN INCHE HARUN
5 Mac 2012

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive