t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

sahabat-sahabat APJ

Sunday, 27 January 2013

EKSKLUSIF : JUAL TANAH TAPI HABUKPUN TAK ADA ! DUIT RAKYAT SAPU!! APA CERITA NI ADUN PAS KUPANG !!!! #SlmtknGngInas #tukarkedah



Diatas adalah alamat pejabat YB Johari Abdullah, Adun Kupang, Adun Pas Kedah. Tengok alamatnya betul-betul, kalau boleh hafal sekali.

Orait.. kalau korang dah hafal alamat pejabat dia, sekarang kita lihat pula surat yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Gunung Inas, yang sememangnya didalangi oleh Pas Kupang. Perhatikan betul-betul!



Pejabat Adun Pas Kupang, telah digunakan oleh Jawatankuasa Gunung Inas, untuk berfungsi lebih kurang pejabat tanah. Kiranya pejabat adun tu jadi pejabat tanah PAS lah. Siap boleh keluarkan resit untuk buat permohonan tanah.

Tapi yang menjadi sangsi, resit itu pula bukan dari pejabat tanah daerah. Resit yang mereka berikan, resit buatan sendiri yang dicop oleh Jawatankuasa Gunung Inas. Jawatankuasa yang didalangi oleh Pas ini mengambil duit permohonan dari penduduk kampung, kononnya akan memfailkan permohonan kepada pejabat tanah.

Urusan permohonan dan pembayaran ini dilakukan oleh orang-orang YB Johari. Siapa yang tak teruja bila boleh memohon tanah ikut suka kita. Tentulah berpusu-pusu orang kampung ke pejabat Adun untuk memohon tanah dan geran tanah.

Pelik juga bila mengetahui perkara ini. Urusan pejabat tanah boleh dibuat di PEJABAT WAKIL RAKYAT PAS KUPANG. Macam ada yang tak kena saja ni?

Sepatutnya, segala urusan berkenaan dengan Tanah Rezab Kerajaan di bawah urusan Pejabat Tanah Daerah Baling, maknanya disini, PAS Kupang mengambil kesempatan ke atas permohonon Tanah Rezab Kerajaan.

Mc difahamkan, jumlah bayaran yang di buat pemohon tanah geran tu dah mencecah ratusan ribu ringgit. Di kampung itu saja jumlah pemohon melebihi 50 orang. belum lagi dicampur orang luar yang datang bukan sahaja dari dearah Baling, tetapi sekitar negeri Kedah.

Benda ni betul ke tipu? Kita tengok lagi,




Bila dah bayar, pemohon akan diberikan surat diatas. Lihat surat yang dikeluarkan PEJABAT YB PAS KUPANG, SURAT TANPA NAMA dan COP PUN TIADA. Apakah surat ini sah? Tengok lagi gambar dibawah, resit pembayaran yang dikeluarkan oleh Pejabat YB.



YB Joe ni pandai, dia keluarkan khabar angin bahawa, dia akan tolong penduduk kampung dapatkan geran dengan cepat. Kononnya dia boleh, disebabkan dia ni YB Pas, kabel dengan Azizan pun kuat jadi dia akan tolong semua penduduk kampung.

Tapi benarkah dia akan tolong? Atau semua ini penipuan?

APJ : BANYAK LAGI PENDEDAHAN LEPAS NI WEIII HUH !!! 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive