Pages

Friday, 31 January 2014

VIDEO PANAS !!! PENGUBAH SUAI GAMBAR MELAMPAU AKAN DI KENAKAN HUKUMAN BERAT ???





Apj amat bersetuju dengan gesaan daripada beberapa NGO ini tentang satu hukuman  berat kepada sesiapa sahaja yang mengubah suai gambar demi perpaduan kaum dan perpaduan rakyat di Malaysia ni. 

Apj lihat keadaan sekarang sangat meruncing dengan pelbagai gambar yang di edit untuk menaikan kemarahan baik dari pembangkang mahupun pihak kerajaan. Yang lebih bahaya apabila gambar yang di edit menyentuh isu agama yang boleh membawa malapetaka buat rakyat Malaysia.

Jadi Apj berharap pihak kerajaan , KDN mahupun SKMM mengkaji satu akta yang berat bagi kesalahan mengubah suai gambar yang membawa maksud tidak baik. 


Contoh gambar di atas yang telah di ubah suai untuk memburukkan isteri Perdana Menter , Datin Seri Rosmah Mansor . Ia membawa kesan untuk memburukkan Datin Seri Rosmah di mata rakyat Malaysia. Beribu gambar telah Apj temui yang telah di ubah suai yang boleh membawa kesan buruk dalam keharmonian rakyat Malaysia.

Bertindak sebelum segalanya hancur. Kami rakyat Malaysia mahu keamanan dan kedamaian sesama rakyat Malaysia tanda mengira bangsa di negara ini.

Thursday, 30 January 2014

HOT ARTIS !! GAMBAR AKSI 'KANGKANG' SHILA HAMZAH DIKRITIK PEMINAT !!



Kecoh semalam di instagram peribadi milik penyanyi comel lagi ayu si Shila Hamzah , apabila penyanyi itu memuat turun sekeping gambar aksi beliau melakukan senaman yoga.

Tetapi gambar itu ternyata mendapat teguran ramai peminat beliau yang menyatakan tidak sepatutnya penyanyi itu memasukkan gambar yang tidak elok kerana perwatakkan beliau kini bertudung dan melambangkan kesucian sebagai wanita Muslim.

PANAS !! KAITKAN TUN M , PEMUDA UMNO KEDAH BIDAS RAFIZI !! @MukhrizMahathit



Kenyataan Pemuda UMNO Kedah mengenai kenyataan Rafizi mengenai justifikasi perletakan jawatan ADUN PKR Kajang

Pemuda UMNO Negeri Kedah menyifatkan kenyataan Rafizi mengheret YABHG Tun Dr Mahathir berkonspirasi ingin menjatuhkan kepimpinan negara adalah berniat jahat, kebudak-budakan dan melulu.

Pemuda Kedah percaya kenyataan ini dibuat atas situasi terdesak ataupun "desperado" dan bertujuan meredakan kemarahan penyokong parti dan ahli2 pakatan pembangkang diatas perletakan jawatan ADUN Kajang akibat krisis dalaman politik negeri Selangor yg semakin meruncing. 

Melihatkan reputasi Sdr Rafizi yg sering menipu dan mengadu domba, Pemuda Kedah menasihatkan agar pimpinan PKR pusat mengkaji semula kedudukan Rafizi kedudukan Rafizi sbg Pengarah Strategi PKR yg sepatutnya membuat kenyataan yg lebih bertanggungjawab berlandaskan fakta dan bukti2 yg kukuh. 

Pemuda Kedah juga menyifatkan perumpamaan Erdogan dan Jokowi adalah fantasi politik yg ingin disajikan kpd penyokong parti mereka dan ahli2 pakatan rakyat yg semakin hari semakin hilang kepercayaan thdp pucuk pimpinan PKR.

HOT NEWS !!! JURI MLM , SHEIKH HAIKAL TERIMA UGUTAN BUNUH !! FUHHH #MLM



PERTANDINGAN Maharaja Lawak Mega (MLM) popular kerana menampilkan para pesertanya yang bukan sahaja kelakar tetapi juga popular. MLM juga banyak dilonjakkan popularitinya oleh empat selebriti terkenal selaku pengkritik dalam pertandingan terbitan Astro Warna tersebut.

Sheikh Haikel merupakan salah seorang pengkritik, sekali gus juri yang menyumbangkan markah buat para peserta MLM. Selebriti berasal dari Singapura ini memang disegani oleh para peserta pertandingan lawak jenaka itu yang kini memasuki peringkat separuh akhir.

Namun, pada masa sama ada juga penonton yang kurang senang dengan komen serta kritikannya dalam MLM. Sebab itu, tidak hairanlah ada penonton yang bukan setakat mencemuh di luar pentas MLM tetapi juga sehingga ke tahap mengancam keselamatannya.

Menurut selebriti berusia 38 tahun ini, ekoran kritikannya terhadap peserta MLM dia pernah mendapat ancaman bunuh. Ekoran ancaman di laman media sosial itu, Haikel kini semakin berhati-hati bagi berdepan dengan segelintir peminat yang fanatik seperti itu.

HOT !! BLOGGER PEBERONTAK VS BLOGGER PRO UMNO !!! SIAPA LAYAK GANTI PM ?? @NajibRazak @Rockybru



Apj tertarik satu artikel dari sahabat blogger DOUBLE-Y melalui artikelnya yang menyokong kenyataan dari Otai blogger Dato Rockybru yang berkata tiada calon yang layak menggantikan DS Najib pada ketika ini.

Apj turut bersetuju dengan kenyataan Dato Rockybru ini dan Apj melihat Dato Rockybru bukan dari kalangan blogger  'pemberontak' yang kita lihat menyerang Perdana Menteri dari pelbagai suduh demi menjatuhkan beliau sebagai Perdana Menteri.

Artikel sahabat DOUBLE Y seperti di bawah :

Ramai rakan bloggers bersetuju dengan kenyataan Dato Rockybru yang mengakui tiada calon yang layak untuk menggantikan DS Najib Razak sebagai Perdana Menteri yang menjawab laporan Free Malaysia Today - Pro UMNO Bloggers Rebel Againts PM .

Berpandukan kenyaataan tersebut, saya melihat Dato Rockybru tidak bersama bloggers 'pemberontak' disebabkan ketiadaan calon yang layak bagi menggantikan Najib Razak pada ketika ini.

Jika ada calon yang layak, hanya Dato Rockybru saja yang boleh menjawab sama ada dia menyertai 'pemberontakkan' atau sebaliknya.

Walaupun Rockybru menafikan wujudnya 'pemberontakkan' di kalangan bloggers pro UMNO terhadap Najib Razak ia masih tidak menjawab dakwaan penganalisis politik Prof. James Chin dari Sunway Manesh University, yang mengatakan bloggers ini dibiayai orang kem pro Mahathir.

Wednesday, 29 January 2014

PANAS !! EXCO KEDAH GEMPUR TOKEY PASIR !!! @MukhrizMahathir



Semalam ADUN Kuala Nerang merangkap EXCO Kerajaan Negeri Kedah YB Haji Badrol Hisham telah turun meninjau lokasi Sungai Sari, Padang Sanai yang tercemar akibat aktiviti perlombongan pasir berlesen namun gagal menepati piawaian dan prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar dan Lembaga Sumber Air Kedah.

Di dapati memang air sungai di Sungai Sari, Padang Sanai telah tercemar dan berkeladak teruk. YB Haji Badrol Hisham bersama Pengarah Lembaga Sumber Air Kedah Tuan Haji Fadhil, Pegawai Jabatan Alam Sekitar Kedah,Pegawai Pejabat Daerah Padang Terap, AJK Pemuda UMNO Padang Terap, Pegawai Khas Pejabat ADUN Kuala Nerang, Penghulu Badrol serta beberapa orang kampung turut meninjau ke kuari pasir tersebut.

Monday, 27 January 2014

HOT ARTIKEL !!! DI MANA LETAKNYA MARUAH KITA ?



MULANYA saya cuba bersangka baik dengan apa yang menimpa seorang guru mualaf di SJKC Nan Ya, Kota Tinggi, Johor, atas nama dakwah. Tetapi setelah lama mengikuti isu ini, ditambah oleh sebuah syarikat pembinaan yang menghalau artis bertudung dalam majlisnya, menjadikan saya jadi geram.

Mana tidaknya, lembaga sekolah tersebut telah memaksa guru mualaf untuk membuka tudungnya dan diancam keselamatannya jika tidak berbuat demikian.

Sedihnya, apabila guru tersebut melaporkan kepada pihak berkuasa, beliau ditukarkan serta-merta ke sekolah lain.

Peliknya, tiada tindakan tegas dikenakan terhadap kepimpinan SJKC tersebut. Mana keberanian kita? Mana dia pemimpin yang memperjuangkan Islam dan hak asasi manusia ini? Kejam sungguh kita semua. Kena pada orang Islam, tak apa. Kena pada bukan Islam, heboh 1Malaysia.

Saya ingatkan orang bukan Islam telah insaf dan memahami perkara asas mengenai Islam. Maklumlah sudah lama tinggal di tanah air tercinta ini. Paling kurang memahami kedudukan Islam selaku agama negara. Rupa-rupanya tidak.

Apabila ada desakan mahukan tindakan disiplin diambil terhadap ahli lembaga sekolah tersebut, maka kita pun berkata ini isu kecil dan hanya permainan politik untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu ekonomi yang lebih meruncing.

Apa semua ini? Lebih meloyakan, ketika pengerusi lembaga dan guru besar sekolah tersebut memohon maaf secara terbuka, maka kita pun beramai-ramai datang memberikan sokongan dan tepukan.

Sunday, 26 January 2014

PANAS !! SUAMI KATA NURUL SUDAH DISAMBAR LELAKI LAIN ??? BIAR BETUL ???


Apj ulang baca luahan hati suami Nurul Izzah yang di mainkan beberapa rakan blogger 2, 3 hari ni setelah isu tuntutan cerai Nurul terhadap suami mula tersebar. 


Antara luahan Raja Ahmad Shahrir, 35, kepada Nurul Izzah, 33, adalah:

1 Januari:

"Take care sayang, sleep tight

Izzah, my Princess of the misty light;

New resolution, for the upcoming;

New year, new dawn, new beginning"

(Jaga diri sayang, tidur lena Izzah,

HOT !! PEMBANGKANG PUTAR BELIT KENYATAAN MENTERI BESAR KEDAH !! @MukhrizMahathir #KedahAmanMakmur



Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan membuat kenyataan bahawa Umno akan berdepan kekalahan pada PRU14 berikutan Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak popular dalam kalangan rakyat.

Katanya, kenyataan beliau itu yang dipetik dalam sebuah akhbar Ahad lalu, telah diputar belit dengan sengaja oleh blog-blog pro-pembangkang.

“Saya langsung tidak menyentuh mengenai populariti presiden parti sewaktu diwawancara. Blog pembangkang cuba cucuk saya sekali lagi. Kononnya, saya nyatakan kita akan kalah pada PRU14 kerana perdana menteri tak popular adalah kenyataan yang dibuat oleh blog pembangkang, bukan saya,” katanya, pada sidang media, selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Kedah, malam semalam.

Menurutnya, beliau sudah membuat penjelasan berhubung kekeliruan itu kepada Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melalui telefon.

“Itu sebenarnya putar belit mereka sendiri jadi saya tak akan terjerumus dengan perangkap itu,” katanya.

Saturday, 25 January 2014

VIDEO AIR MATA RAKYAT !!! MURAHNYA MARUAH UMNO DI KAKI PEGUAM HAFARIZAM !! @NajibRazak #SyokSendiri


KISAH SAMAN YANG DITARIK BALIK TERHADAP TIAN CHUA 

Aku antara jutaan rakyat yang kesal terhadap 2 manusia dalam Umno ini. Manusia yang menilai harga sebuah perjuangan PAHLAWAN NEGARA menentang musuh di LAHAD DATU dengan sebuah HARGA !!

Puncanya 2 manusia ini telah menarik balik saman terhadap si CELAKA TIAN CHUA yang menuduh serangan di Lahad Datu adalah sandiwara UMNO. Nilainya sangat murah di mata si Peguam dan si BANGSAT Raof !! Katanya hanyalah kerana Si Tian Chua Celaka ini kesal dengan kenyataannya. BODOH !!!





Inilah nilainya harga dan maruah UMNO diperlakukan 2 Manusia ini !! Begilah NILAInya harga dan MARUAH pejuang-pejuang negara yang TERKORBAN dan terlibat dalam serangan di LAHAD DATU !!! 

Keputusan menarik balik saman itu sangat melukai hati rakyat Malaysia macam aku. Sangat BODOH dan sangat MENJIJIKKAN !!! 

PERGINYA SEORANG TIGER ISLAM MALAYSIA !!! ULAMA YANG DI HORMATI !! @Tantawi100 @nikabdulaziz



Lewat malam tadi tiba-tiba air mata aku mengalir bilamana mendapat perkhabaran tentang perginya seorang pejuang Islam di Malaysia yang amat aku kagumi kerana ketegasan dan penderiannya dalam mempertahankan Agama Allah. 

Walaupun berbeza parti tetapi aku lihat Allahyarham memperjuangkan Islam dari segenap ruang. Sememangnya Awrah Toh Guru Harun Taib tidak disukai oleh rakan pakatan rakyat terutama DAP. 

Aku petik 10 Kenyataan yang Arwah Tuan Guru Dato Haron Taib yang kita perlu tahu dan sesuai untuk sebaran.

1) ISU KALIMAH ALLAH :”Saya juga berpuas hati dan menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan semalam tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah The Herald. Dalam bab akidah, Islam kena jaga,”

Friday, 24 January 2014

MANTAP !!! 1800 ORANG PENGUATKUASA KPDNKK GEMPUR AKHIRNYA BERJAYA !!! @HasanMalekKP @NajibRazak #KPDNKK


Apj melihat hasil pemantauan berterusan yang dibuat oleh KPDNKK dalam OPS HARGA 2014 telah dapat dilihat keberkesanan dengan kes-kes dan notis yang dikeluarkan KPDNKK  menurun dengan mendadak masuk hari ke 3 operasi dijalankan oleh Team KPDNKK.

Ops Harga 2014 melibatkan 1,800 pegawai penguatkuasa dan 1,100 pegawai pemantau harga dan memberi tumpuan kepada tiga perkara iaitu penandaan harga, pengeluaran notis Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan serta memeriksa alat timbang dan sukat.

Semalam sahaja KPDNKK telah memeriksa sebanyak 9,124 premis perniagaan di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 96 kes telah diambil tindakan manakala dua notis dikeluarkan, melibatkan nilai rampasan RM48,402.41.

"Dua notis yang dikeluarkan itu ialah di Pahang dan Wilayah Persekutuan Labuan. Daripada 96 kes itu, 65 kes adalah di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatuan 2011, 29 kes Akta Timbang dan Sukat 1972 dan dua kes Akta Perlindungan Pengguna 1999,"

HOT NEWS !!! KES GENG 11 , KEPALANYA KP BERA SUS KEPADA MENTERI ISMAIL SABRI ?? @Khairykj @azwanbro


Agak memeranjatkan apabila APJ terbaca artikel dari BLOG PELURU-UTARA dan BLOG TAIPINGWALKER mengenai kepala kepada GENG 11 KP Bahagian Pahang yang dikatakan Saudara Zoolihsan Ketua Pemuda Bera dan juga Sus kepada Menteri Dato'Sri Ismail Sabri. 

Juga dikatakan isu ini atas arahan Kerabat diraja , Apj mahu KP Bera jelaskan persoalan ini segera !! jika benar apa yang dikatakan ini adalah araha Kerabat di raja , sememangnya satu malapetaka besar buat institusi DiRaja dan Umno Itu sendiri. 

Apj juga tidak menyokong tindakkan Bodoh yang di buat oleh GENG 11 tetapi mengaitkan titah DiRaja dalam hal ini lagi buat Apj rasa dukacita dengan GENG 11 ini !!! 



DARI BLOG PELURU UTARA : 

Panas isu 11 Ketua Pemuda Umno Bahagian di Pahang belum lagi reda , PU telah hubunggi ramai kenalan di Pahang termasuk team Geng 11 ni , macam-macam cerita PU dengar pasal mereka ini dan perancagan Geng 11 untuk dapatkan kuasa dan mengangkat KP pilhan mereka iaitu KP BERA , Saudara Zoolihsan Ahmad sebagai Ketua Pemuda Umno Pahang dan menolak Ketua Pemuda Umno Pahang yang di pilih pucuk pimpinan Pemuda iaitu Saudara Shahruddin Ahmad (KP PEKAN) .


KERATAN MEMORANDUM GENG 11

PANAS !! ANGKARA TUN DAIM DAN KELDAI PENCEN SI KADIR JASIN , TUN M JADI MANGSA !!!



Seburuk-buruk suara adalah suara KELDAI yang MENJERIT-JERIT !!! Namun yang duk MENYALAK DAN MENJERIT SEKARANG BUKANNYA BINATANG BERNAMA KELDAI tetapi Lebih kurang KELDAI jugak , sapa LAGI kalau bukan Si KADIR JASIN. 

Salakkan KADIR Belaan DAIM ZAINUDDIN ni bukan kita tidak tahu , hanya kerana MEROYAN mahukan JAWATAN PENGERUSI DI MEDIA PRIMA dan juga AGENDA DAIM yang telah hilang KEPENTINGANnya MENGUMPUL HARTA dan Ada KEPENTINGANnya yang tidak dapat diPENUHI oleh Perdana Menteri !!!


ISU DAIM,KADIR DAN TUN M JADI MANGSA BOLEH BACA DISINI 

PANAS !! NURUL IZZAH TINGGALKAN DUNIA POLITIK DEMI SELAMATKAN RUMAH TANGGA ???


Kisah paling sedih hari ini tentunya kes tuntutan FASAKH oleh Nurul Izzah Anwar Ibrahim terhadap suaminya yang SAH iaitu Raja Ahmad Shahrir Raja Salim . Kecoh satu Malaysia dengar cerita ini .

Nurul Izzah berkata dia dan suami terGANGGU apabila kisah peribadi dan rumahtangganya tersebar dan heboh dikatakan rakyat !! Tudia !!! HAL PERIBADI TERGANGGU ??? HUH !! Wahai Nurul Izzah itulah KIFARAH namanya , kamu selalu serang peribadi Perdana Menteri dan Isteri juga peribadi pemimpin Umno sekarang bila kamu sendiri kena , baru KAMU RASA nikmatnya KAN KAN KAN !! !

Wednesday, 22 January 2014

BADUT UMNO YANG MENJIJIKKAN LAGI MENJAHANAMKAN UMNO @NajibRazak #SyokSendiri



Gambar badut dan penyangak PKR ni bukan saja melukakan hati ahli Umno tetapi hati rakyat yang sedih bila Tian Chua menganggap Kes Lahat Datu adalah sandiwara bukan realiti , itu belum perasaan keluarga barisan pejuang-pejuang negara !! huh 

Badut-badut Umno melepaskan Tian Chua dengan hanya satu senyuman tanpa minta pandangan rakyat dan adakah badut-badut ni meminta dan merujuk kepada Presiden umno sendiri sebelum membuat keputusan ?? banyak benda boleh di pertikaikan termasuk adakah di gunakan sistem KAWTIM untuk selesaikan masalah ini ???

PANAS !! 11 KP UMNO PAHANG MELAMPAU , JATUHKAN MARUAH UMNO !!! @NajibRazak @Khairykj @azwanbro


Semalam satu sidang media tergempar di buat oleh 11 orang Ketua Pemuda Bahagian di Pahang bagi menyatakan kekesalan terhadap Ketua Pemuda Umno Malaysia yang berdiam diri dalam menangani isu hilang kepercayaan terhadap KP Negeri Pahang sdr Shahruddin Ahmad.

Bagi aku sebagai ahli Umno yang sayangkan parti ni , aku kesal dengan sikap 11 Ketua Pemuda Bahagian Umno ini yang hanya mementingkan diri sendiri  , mereka telah membuka pekung di dada dengan membuat kritikan dan bantahan terhadap Ketua Pemuda Umno Pahang juga Yb Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pemuda Umno Malaysia secara terbuka di media. 

Jalan yang mereka ambil sangat memalukan Umno sendiri dan memberi peluru kepada pembangkang dengan melihat Pemuda Umno Pahang dalam krisis yang amat teruk hanya kerana perebutan kuasa politik . Aku mahu pihak lembaga disiplin Umno mengambil tindakkan tegas terhadap mereka kerana mereka bukan ahli biasa tetapi Ketua2 Pemuda Bahagian yang di pilih untuk menjalankan tanggungjawab membela Agama , Bangsa dan Tanah air ini bukan membela dan berebut jawatan sama sendiri.

PANAS MELAMPAU !!! DATUK FRUST KE SAMPAI MEROYAN MACAM ORANG GILA ?? ( A. KADIR ) !!! @NajibRazak


Apj ingat mamat A.Kadir yang bawa gelaran Datuk ni , bijak pandai tapi rupanya huh !! samalah macam geng sebelah gambar dia nih !!! Maaf cakaplah bagi aku dia ni dah meroyan teruk sangat dah , sampai menggambarkan blogger Pro Umno ni bodoh kerana mengkritik dia !! 


Apj risik punya risik apa sebab dia ni meroyan sangat , rupanya dia ni 'FRUST' kerana tak dapat jadi Pengarah Media Prima Berhad , owhhh cenggitu rupanya , patut la teruk sangat meroyan kata blogger macam-macam dan aktif gila kritik Perdana Menteri kita , Adoiii !!! Nak jawatan rupanya , kerja la rajin sikit bro !!! bukan bila tak dapat mu meroyan tak ketahuan hala !!! 


Bagi Apj memang sejak 5-6 tahun lepas berjuang di arena maya macam-macam dugaan datang tapi bila buat kerja dengan hati yang tenang insya'Allah Allah tu pemudahkan rezeki untuk buat kita , bukan cara yang mudah. Ikat perut jadi blogger Pro Umno ni semua dapat rasa , itu hakikatnya. Tambah pedih lagi bila PENGERUSI BMB Pemuda Umno Malaysia yang baru si Ibdillah Ishak telah membuat kenyataan membayar blogger pro Umno adalah satu kesilapan !! Pedih siot !!  

Kami marah jugak tapi tak seteruk mamat A. Kadir nih !!! Sampai kata kat blogger macam-macam , bila blogger bedal dia , tau pulak meroyan macam orang gila , yang di bedal orang tu tak apa , kang aku bawa keluar akta hak kebebasan bersuara baru tau hahaha !!! 


Tuesday, 21 January 2014

GEMPAR !!! PUNCA ANWAR TIDAK DI BENARKAN MASUK JEPUN KERANA SEORANG GADIS JEPUN ??? TUDIAAA KANTOI !!!!


PUNCANYA

Selepas Anwar Ibrahim tidak di benarkan memasuki Jepun , riuh habis cerita di jaja oleh puak-puka pakatan yang rata-rata salahkan Kerajaan dan menuduh kerajaan Malaysia dalang dalam isu tidak membenarkan Anwar masuk ke Jepun.
Ternyata Anwar sendiri memalukan dirinya dengan pelbagai tohmahan dan cerita yang menuduh kerajaan kejam terhadapnya. Tuduhan terhadap kerajaan juga dilemparkan oleh Nga Kor Meng (DAP) dan beliau turut menuduh Umno terlibat.

Jepun sejak tahun lepas menghapuskan visa untuk rakyat Malaysia ke negara itu. Namun ada syaratnya, untuk bekas banduan...mereka yang berkenaan tetap kena minta Surat Kebenaran Khas untuk ke sana.

Ini yang mungkin Anwar tak faham.Beliau lupa status dirinya bekas banduan dan oleh kerana itu jika nak masuk ke Jepun, masih wajib kena dapat kebenaran khas itu.

Sebelum ini, beliau pernah masuk Jepun tahun 2006, 2009, 2012.Ketika itu visa masih diwajibkan kepada rakyat Malaysia yang hendak ke sana.

PANAS !! BN AKAN TUMBANG PRU14 JIKA TIDAK POPULAR ?? @MukhrizMahathir @NajibRazak



Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir bimbang dasar “betul tapi tak popular” dalam menangani masalah khususnya kenaikan kos sara hidup rakyat menyebabkan kerajaan sedia ada tumbang pada pilihan raya umum akan datang.

Mukhriz dilaporkan berkata kerajaan wajib mendengar rintihan pihak yang memberikan kemenangan pada BN dan dikhuatiri mereka kesal kerana "pihak yang disokong seolah-olah tidak prihatin, tidak peduli suara akar umbi".

"Malangnya dalam keadaan sekarang, BN menang tipis tak dapat dua pertiga majoriti seperti sebelum ini. Ada perkara yang boleh dibuat, ada yang tak mampu dibuat selagi kita tidak dapat keyakinan sepenuhnya daripada rakyat.

"Saya bimbang kalau hanya fikirkan dasar yang baik dan betul saja dengan ketepikan terus soal populariti, maka akhirnya dalam PRU (pilihan raya umum) akan datang, walaupun kita buat perkara yang betul tetapi disebabkan persepsi rakyat sudah begitu, kita akan kecundang.

Monday, 20 January 2014

PANAS !!! MACAI PR KENA PUKUL KACAU DEMO DI PENANG !!! #KANGKUNG



Seorang penyokong pakatan pembangkang dipukul selepas memaki hamun lebih 300 peserta demonstrasi membantah penghinaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk, Lee Khai Loon terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pasar Alma, dekat sini hari ini.

Bagaimanapun, lelaki berusia 30-an itu bernasib baik selepas diselamatkan sepasukan anggota polis walaupun tindakannya mencetuskan provokasi ketika perhimpunan hampir tamat menyebabkan berlaku kekecohan.

Terdahulu, perhimpunan hari kedua anjuran UMNO negeri itu berterusan menyuarakan bantahan keras terhadap Khai Loon atas kenyataan biadab beliau menghina Najib.

TUDIAA !!! KANGKUNG AJAIB DAN KEAJAIBANNYA #KANGKUNG



Tanaman kangkung, Manfaat Khasiat dan
Kandungan Bagi Kesihatan

Tanaman kangkung yang biasanya jadi salah satu resepi masakan yang menggiurkan dengan masakan cah kangkung, tanaman kangkung dan tumis kangkung, ternyata memiliki manfaat khasiat dan kandungan yang baik bagi Kesihatan.

Daun dan akar tanaman yang biasa ditemukan di rawa-rawa ini memiliki khasiat ampuh. Ia mampu mengurangi menstruasi, sakit bisul dan buasir. Kangkung termasuk jenis sayur yang sangat popular. Rasanya yang renyah membuat penikmat sayur ini sangat banyak.

Dari restoran China,


Restoran sari laut, hingga warung-warung masakan rumahan sering kali tak
pernah absen menyajikan tumis kangkung.Kangkung (Ipomoea reptans) ini memiliki segudang manfaat. Tak hanya enak dijadikan lauk, kandungan mineral, dan gizinya cukup tinggi.
Kangkung juga kaya serat, sehingga baik untuk mengatasi sembelit. Sayuran memiliki manfaat yang efektif pada tubuh apabila teknik pengolahannya tepat.

Sunday, 19 January 2014

VIDEO PANAS !! KERAJAAN BARUA DAN DI BARUAKAN PEMBANGKANG ??? TUDIAA !!!


Aku tertarik dengan video menunjukkan saudara Ramesh Rao dengan keras menegur kerajaan yang dibaruakan oleh pembangkang . Aku tahu Ramesh Rao sebenarnya sudah bosan dengan sikap berlembut kerajaan terhadap bermacam-macam isu . Dia mahukan keamanan di negara kita .

Semangat jati diri yang kuat ada di dalam dirinya buat di berani menekan kerajaan agar keras bertinda terhadap pembangkang yang biadap . Jom kita saksikan apa yang dikatakan Ramesh Rao dan luahannya terhadap kelemahan kerajaan sekarang. 

Saturday, 18 January 2014

TUDIAA !!! KPDNKK RAMPAS BARANG BERNILAI RM 1.1 JUTA !! @NajibRazak @HasanMalekKP #KPDNKK



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan merampas sejumlah barangan bernilai RM1.1 juta serta mengenakan kompaun sebanyak RM340,000 terhadap peniaga yang melakukan pelbagai kesalahan menerusi Ops Harga.

Menteri berkenaan Datuk Seri Hasan Malek berkata tindakan itu hasil Ops Harga yang dijalankan sepanjang tempoh enam bulan lepas iaitu dari Julai hingga Disember 2013, membabitkan 3,776 kes.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 2,702 kes di bawah kesalahan tidak meletak tanda harga atau senarai harga bagi barangan yang dijual, dan sembilan kes kerana menjual barangan harga terkawal melebihi harga yang ditetapkan.

PANAS !! DATO RAOF , DATO HAFARIZAN DAN TENGKU NAN HARUS DI KENAKAN TATATERTIB UMNO !!! @NajibRazak





Terkini !! Tengku Nan, Dato Raof, Dato Hafarizan wajar dibawa ke jawatankuasa Khas bagi isu Settle luar court kes Tian chua dan Mustapha Ali!!!!

Tengku Nan, Dato Raof, Dato Hafarizan wajar dibawa ke jawatankuasa Khas bagi isu Settle luar court kes Tian chua dan Mustapha Ali. 3 orang ni wajar untuk diadili oleh jawatankuasa khas UMNO bagi kita semua mengetahui atas sebab apa dan mengapa kes tersebut hanya diselesaikan melalui luar mahkamah tanpa tian chua dan juga Mustapha Ali memohon maaf kepada umno dan juga mangsa tragedi Lahad Datu.

Friday, 17 January 2014

HOT NEWS !! PM ARAHKAN KPDNKK AMBIL TINDAKKAN TEGAS !! @NajibRazak



Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengambil tindakan tegas ke atas peniaga yang bertindak menaikkan harga secara melampau.

Jelas Perdana Menteri, tindakan tegas itu perlu diambil segera bagi memastikan rakyat tidak menjadi mangsa sikap tidak bertanggungjawab para peniaga yang hanya tahu mengambil kesempatan di sebalik kenaikan beberapa harga barang.

MELAMPAU !!! PEGUAM UMNO YANG MEMUALKAN PENYOKONG DAN AHLI UMNO SEMALAYSIA !!! @NajibRazak




Memalukan dan merupakan satu tindakan bodoh yang telah dilakukan oleh peguam UMNO Dato Hafarizan Harun berhubung isu penarikan saman ke atas Tian Chua PKR dan Mustapha Ali PAS.Ini lah apabila peguam UMNO tidak peka dengan keadaan politik hari ini sebaliknya hanya memikirkan penyelesaian secara berhemah dan kerja senang.

Jawapan Mustapha Ali apabila penarikan saman dilakukan UMNO beliau menyalahkan Blogger UMNO dan kenyataan tersebut dikeluarkan oleh media PAS Harakah Daily. Begitu juga dengan Tian Chua yang menafikan beliau memohon maaf kepada UMNO waaupun bersilat silat peguam UMNO menyatakan Tian Chua memohon Maaf.

PANAS !! BLOGGER PMO NAJIB KANGKANG , NAJIB KENA KANGKONG DENGAN PEMBANGKANG !!! @PMOMalaysia @NajibRazak #KANGKUNG


Mulanya aku kurang minat nak tulis pasal cerita kangkung ni kerana aku tahu PM sudah punya BECKUP yang cukup kuat dari jentera berbayar yang diupah oleh PMO di bawah pegawai medianya yang dikatakan hebat itu , dalam kalangan dunia blogger pro BN tahu pegawai medianya antara orang besar dalam kumpulan MYKMU dan sebuah NGO yang mendapat bayaran mewah dari PMO. 

Jadi kami blogger marhaen biarkan sajalah geng Pegawai Media PM ni buat kerja yang hebat menangkis tohmahan pembangkang terhadap PM , kalau kami kacau dikatakan penyibuk pulak tugas geng-geng pegawai media PM nih !! huh 

VIDEO : UNDANG NANING 19 LAPOR SPRM SINDIKET JUAL AGUNERAH PALSU !! #NANING



KENYATAAN MEDIA


PANGLIMA TERTINGGI KEPADA KEBAWAH KAUS Y.A.M. ORANG KAYA SRI RAJA MERAH DATO’ UNDANG WILAYAH NANING KE-19


Kenyataan media ini dibuat untuk menjelaskan perkara dan kedudukan sebenar perihal berkaitan dengan Laporan Rasmi Istana Nan Panjang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM pada hari ini 15 Januari 2014.

Kebawah Kaus Yang Amat Mulia Orang Kaya Sri Raja Merah Dato’ Undang Wilayah Naning Ke-19 yang begitu prihatin terhadap kesinambungan amalan Struktur Sosial Suku Naning merasa amat gembira dengan perkembangan ini. Bersama Majlis Dato’-Dato’ Wilayah Naning, Yang Amat Mulia akan mengambil beberapa langkah strategik bagi mengembalikan kegemilangan Istana Nan Panjang pada tahun 2014 ini.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana telah, dengan secara rasminya, menerima laporan beserta bukti-bukti mengenai Sindikit Haram penjualan Anugerah Kebesaran Naning yang palsu. Saya meminta agar semua pihak membantu dan bersatu memerangi Pengkhianat Institusi Melayu Naning ini.

Sunday, 12 January 2014

TUDIAA !! TULANG HELANG MAMPU PATAHKAN SAYAP PESAWAT !!!



Tiga juruterbang yang sedang menjalani latihan penerbangan cedera termasuk dua parah selepas pesawat Cessna 172 yang dinaiki terhempas ketika cuba mengelak daripada merempuh seekor helang berhampiran Empangan Batu, Ulu Yam semalam.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, Kapten Saiful Farid Amri Amrizal, 21, yang merupakan pemandu pesawat ringan itu cedera di bahagian muka sementara dua penumpangnya, Kapten Syed Haidhar Syed Zulkifli, 24, dan Shaiful Zafiq Razali, 23, cedera parah dari pinggang ke bawah.

Pesawat Kelab Penerbangan Diraja Selangor itu juga dikatakan merempuh serumpun pohon buluh di tempat kejadian sebelum terhempas dan patah dua serta hampir terjunam ke dalam tebing anak sungai setinggi kira-kira 50 meter.

Ketiga-tiga mangsa yang cedera kemudiannya keluar daripada pesawat dan berjaya diselamatkan hampir 10 jam kemudian oleh pasukan keselamatan yang melakukan operasi mencari dan menyelamat.

HOT NEWS : PESAWAT TERHEMPAS DI ULU YAM !!



Tiga individu yang menaiki pesawat Cessna 172 yang terhempas berhampiran Empangan Batu, Ulu Yam setelah dilapor hilang Jumaat petang ditemui selamat kira-kira 5 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah yang mengesahkan perkara itu ketika dihubungi hari ini berkata ketiga-tiga mangsa itu ditemui dengan bantuan masyarakat Orang Asli di kawasan itu.

Beliau berkata dua orang cedera parah manakala seorang lagi cedera ringan dan kesemua mereka dihantar ke Hospital Selayang pada pukul 7.45 pagi untuk rawatan.

"Maklumat penuh mengenai mereka belum kami peroleh," katanya.

HOT NEWS : KUBUR KANAK-KANAK DIGALI KERANA AMALAN KHURAFAT ?? SUBHANALLAH !!!



Bapa kesal kubur anak digali

HIASAN

Kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungawab menggali kubur anak perempuannya yang meninggal dunia kira-kira lapan bulan lepas, seorang lelaki hari ini membuat laporan polis.

Terdapat lubang sedalam kira-kira satu meter di kubur anaknya itu yang meninggal dunia ketika berusia sembilan bulan.

"Saya percaya ini dilakukan oleh pihak tertentu yang mempercayai amalan khurafat...kerana tiada longgokan tanah yang digali itu di kawasan kubur berkenaan," kata Kamaruddin Muhammad, 44, ketika ditemui pemberita di tanah perkuburan Kampung Binjai Berambu, Padang Midin di sini sini hari ini.

Friday, 10 January 2014

PANAS !!! KALAHKAH ISLAM DI BUMI SELANGOR ??


Perjuangan selama lebih 20 tahun penduduk Tanjung Karang terhadap cadangan pihak yang mahu membina sebuah Gereja di kawasan majoriti 90% Islam  akhirnya hancur kerana ia telah mendapat kelulusan Menteri Besar Selangor.

Majlis pecah tanah membina Gereja ni telah disempurnakan oleh MB sendiri dan di hadiri oleh Teressa Kok yang diketahui begitu kuat mempertahankan Kristian. 

Kawasan ini sebenarnya mempunyai 20 orang lebih sahaja orang kristian dan 90% Islam dan Gereja ini dibina hanya 500 meter dari Masjid Arraudah . Jadi di mana rasionalnya pembinaan di kawasan ini  dengan majoriti penduduknya Islam dan pembinaannya begitu dekat dengan Masjid tempat orang Islam beribadah. 


Thursday, 9 January 2014

HOT INFO !! 10 EXCO DAPAT KEREKA BARU !! @idrisharon66




Seramai 10 Exco Kerajaan Negeri Sembilan menerima kereta rasmi baharu apabila Proton Perdana yang digunakan sebelum ini digantikan dengan Honda Accord 2.4 cc berkuatkuasa semalam.

Turut menerima kereta baharu ini adalah, setiausaha kerajaan negeri, mufti negeri, penasihat undang-undang, speaker Dun dan juga pegawai kewangan negeri.

Walau bagaimanapun, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pemberian kereta baharu ini tidak melibatkan dirinya berikutan beliau tidak pernah menggunakan kereta rasmi kerajaan negeri, sebaliknya menggunakan kenderaan sendiri.

“Sudah tiba masanya kereta lama kerajaan negeri itu ditukar baru memandangkan usia kereta Proton Perdana yang digunakan itu sudah melebihi 10 ke 12 tahun, malah ada di antaranya selalu rosak sehingga menyebabkan Exco kita terkandas di tengah-tengah lebuh raya.

“Kos penyelenggaraan kereta lama itu juga sangat tinggi. Tiga buah kereta yang diselengara sama harga dengan sebuah kereta baharu dan itu merupakan satu pembaziran.

“Saya yakin dengan penggunaan kereta baru ini, ia dapat mengurangkan kos penyelenggaraan, di samping menjimatkan wang untuk membaikinya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, dekat Wisma Negeri di sini, semalam.

INFO PANAS !! JAIS LAWAN GEREJA,MB, PAS , PKR DAN KRISTIAN SIAPA MENANG !!!


Petikan di atas Apj kongsikan kepada rakan-rakan yang di ambil daripada Bible versi Bahasa Melayu. Antara sebab Apj membantah adalah kerana masa depan anak cucu kita , salah satu petikan dari Bible ini berbunyi  ' Allah telah megutuskan anaknya ke dunia ' petikan itu sudah jelas membahayakan anak cucu orang Islam di bumi Malaysia ni !! bayangkan jika anak-anak kita membacanya !! Tuhan punya anak ?? minta simpang jauh-jauh !!! 

Inilah matlamat sebenar gerakkan kristian menyebarkan agama mereka kepada orang Islam generasi akan datang !! licik dan teratur dengan menggunakan perang saraf secara politik bukan berperang menggunakan pedang , pistol dan sebagainya. 

Apj kongsikan sedikit cerita menarik tentang rampasan bible versi Melayu dari pihak JAIS di gereja baru-baru ini 

Wednesday, 8 January 2014

PANAS MELAMPAU !! AWEK CUN PEMANDU PM BAKAL KUBURKAN PENTADBIRAN NAJIB RAZAK !! @NajibRazak



Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU), Jabatan Perdana Menteri menamatkan kontrak syarikat perhubungan awam Edelman dengan pihak itu berkuat-kuasa dalam tempoh sebulan bermula semalam berikutan kesilapan memuat naik Tweet yang menyebut Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Bekas Perdana Menteri.

Sumber memberitahu Mynewshub, surat mengenai penamatan kontrak berkenaan dikeluarkan PEMANDU berikutan terlalu banyak aduan diterima dari pelbagai pihak yang tidak dapat menerima cara kerja bodoh yang dipertontonkan oleh Edelman.

Edelman adalah syarikat yang mengaku diri mereka sebagai firma perhubungan awam (PR) terbesar di dunia.

Semalam, portal ini menyiarkan berita Twitter rasmi PEMANDU untuk Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan nama @etp_roadmap telah tersalah tweet berhubung kedudukan Najib.