Semasa mengeluarkan amaran itu, Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata seksyen dalam Kanun Tanah Negara memperuntukkan bahawa kerajaan negeri boleh merampas tanah-tanah yang melanggar syarat seperti tanah sawah yang dijadikan ladang ketum.
"Kerajaan negeri tidak teragak-agak merampas tanah itu jika didapati bersalah (menanam ketum) dan pemilik-pemilik tanah persendirian juga tidak terkecuali menerima tindakan sama jika menanam pokok ketum.
Beliau berkata polis serta Pejabat Tanah dan Galian juga menyalurkan maklumat mengenai kawasan-kawasan yang dikenal pasti terlibat dengan kegiatan menanam ketum.
"Undang-undang sedia ada memperuntuk hukuman denda dan pesalah yang melakukan kesalahan berulang kali juga dikenakan denda sama.
"Oleh itu, kerajaan negeri mengambil keputusan untuk merampas tanah-tanah yang dijadikan ladang ketum," katanya.
No comments:
Post a Comment