MESYUARAT Umno di Cawangan-cawangan telah, sedang dan akan bermula. Mesyuarat kali ini dilihat begitu penting dari biasa oleh ahli Umno akar umbi yang benar-benar sayangkan parti, tempat bernaung umat Melayu dan Bumiputera itu.
Semua sedia maklum pada ketika ini Umno sedang menghadapi krisis kepimpinan yg sangat kronik yang sangat luarbiasa dalam sejarahnya.
Kita tidak lagi membicarakan soal politik wang, kronisme, cantas-mencantas (cah keting) tetapi telah melampaui lebih daripada itu. Peradaban dalam Umno dilihat sudah hancur lebur, demokrasi bersyuara juga hampir berkubur.
Sudah ada suara-suara amaran yang turun dari 'atas' supaya ahli-ahli akar umbi tidak mengkritik atau membuat USUL untuk menurunkan kepimpinan tertinggi parti. Ianya dikatakan tidak sopan dan biadab sekiranya ada ahli-ahli akar umbi menyentuh hal-hal tersebut didalam mesyuarat nanti.

Ketua-ketua cawangan juga disarankan supaya menjaga anak buah supaya tidak bangkit mengangkat suara tentang apa juga perkara yg boleh menggugat kewibawaan pucuk pimpinan tertinggi. Mungkin ada cawangan-cawangan yang bakal disenarai hitamkan nanti sekiranya cuba bermain-main dengan usul-usul yang menyentuh kepimpinan yang berkenaan.
Bayangan seakan guni dedak, gula-gula juga sudah kelihatan untuk diberikan kepada ketua-ketua sayap diperingkat cawangan.. Cawangan, akar umbi sebenarnya cuma dijadikan alat untuk pihak yg diatas naik lebih jauh kepuncak kedudukan yang mereka impikan.

Wadah ini sebenarnya cuma dijadikan sebagai pelapik kaki bagi mereka yg berkepentingan . Inilah hakikatnya sebuah wadah umat Melayu mutakhir ini.
Akar umbi hanya layak bersuara hal-hal yg mencakupi disekitar parit longkang laman mereka sahaja, seperti jambatan kayu yg hampir roboh, isu papan karom, bulu tangkis untuk pemuda, jalan tanah merah yang belum bertar, sumbangan 3 biji bola sepak raga, bumbung rumah ibu tunggal yg bocor dan lain-lain isu setempat yg dilihat sebagai agenda yg sangat penting dlm dunia umat Melayu diabad ini.
Isu-isu kuman ini sebenarnya tidak mampu untuk menutup isu bangkai gajah yang sedang membusuk disegenap ruang tanahair ini.

Akar umbi sudah beberapa kali dilumurkan dengan bau bangkai gajah-gajah tersebut. Beberapa keputusan besar yang telah dibuat oleh kepimpinan tertinggi sebelum ini sering menggunakan akar umbi sebagai suara pemutus kepada setiap keputusan gila, biadap dan tidak masuk akal yg dibuat oleh kepimpinan.
Ini termasuklah memecat orang itu dan orang ini, kononya tidak disukai oleh akar umbi akan orang yang dipecat itu. Akar umbi dibahankan sebagai alasan untuk membenarkan tindakan mereka yg berkepentingan diatas. Akar umbi dijadikan kambing hitam malah diperdajalkan semahu mungkin.
Lalu, dimanakah kedudukan akar umbi itu.? Apakah akar umbi itu cuma sekadar sekandang lembu pedaging yg didedakan supaya gemuk, jinak untuk dibawa kerumah penyembelihan bila diperlukan pada setiap musim perayaan yg datang 5 tahun sekali..?
Hakikatnya,
Bermesyuarat atau bermusyawarah itu adalah untuk menyelesaikan sesuatu masalah, mencari kata sepakat , memperbaiki segala kelemahan , mendengar pandangan dan nasihat dari orang terbanyak.

Masalah Umno tidak akan selesai selagi punca utama masalah itu tidak dirungkai. Pemimpin datang dan pergi samada berundur secara terhormat atau disepak keluar, parti tetap disayangi. Janganlah sekadar sayangkan ayam sedang tungaunya dibiarkan menghisap darah ayam. Lama-kelamaan ayam akan mati terlebih dahulu dari matinya tungau.
Bermesyuaratlah dengan bijaksana, gunakan akal fikiran yang waras, ketepikan sedikit kepentingan diri, lupakan dulu hal permohonan dua tiga keping atap zink, lembu pawah atau ayam bulu balik yang kita pohon, bebaskan minda dari perangkap dan umpanan serta sogokan yg sekelumit, berbanding apa yang pengampu dan penjilat yg berada atas sikit daripada kita dapat.
Ikutlah kata hati sendiri dalam membuat USUL yang besar dan lebih mencabar bagi menunjukkan akar umbi dicerok kampung telah mengalami proses kematangan, bebas dan bukan lagi seperti katak dibawah tempurung atau ulat dalam kepompong. Kalau betul sayangkan parti ,beranilah berkata benar....
Selamat Bersidang....wassalam..

Fb : Sidie kdk
Sg Dulang Yan Kedah
No comments:
Post a Comment