Husni ambil tindakan bijak tinggalkan Umno, puji Ku Seman
Bekas editor kanan Utusan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain menyifatkan langkah Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah meletakkan jawatan sebagai langkah yang bijak untuk menjauhkan diri dari Umno.
Ku Seman yang meletakkan jawatan selepas lebih 32 tahun berkhidmat bersama akhbar Umno itu berkata, karakter Ahmad Husni tidak sesuai dengan kepimpinan semasa Umno.
"Apa lagi Husni dipaksa pikul isu skandal 1MDB yang tidak mungkin boleh diterangkan kepada rakyat kecuali berbohong.
"Walaupun banyak yang kebulur jawatan dalam Umno tetapi yang ada integriti bagi percuma pun mereka tolak.
"Husni tidak seperti beberapa menteri yang menjadi panglima melindungi ketua mereka dengan kata-kata yang angkuh dan sedikit biadab," ujar Ku Seman dalam catatan di akaun Facebook miliknya.