Perkara itu disahkan Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang pada sidang media khas di Pangkalan TUDM Kuantan, di sini, sebentar tadi.
Beliau berkata, mayat mangsa ditemui 20 meter antara satu sama lain dengan payung terjun masing-masing. "Kita percaya mereka sempat menarik kerusi anjal ketika pesawat itu mula hilang kawalan. "Mereka adalah juruterbang berpengalaman dan ini adalah kehilangan besar kepada kami. "Juruterbang yang meninggal dunia ialah Mejar Mohd Hasri Zahari dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof," katanya.
Mejar Mohd Hasri dari Bandar Baru Jempol, Negeri Sembilan manakala Mejar Yazmi Mohamed Yusof dari Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment