sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label AHMAD SAID. Show all posts
Showing posts with label AHMAD SAID. Show all posts

Wednesday, 9 March 2016

Hadi Awang Setuju MB Terengganu Ditukar


PAS Setuju Lantik Semula Ahmad Said Sebagai MB Terengganu

PAS Terengganu setuju untuk memberi sokongan kepada ADUN Kijal, Dato' Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Saiful Bahri Mamat berkata, persetujuan itu dengan syarat bekas Menteri Besar itu perlu terlebih dahulu menyertai ahli PAS sebagai wadah perjuangan beliau yang baru.

Menurut Saiful yang juga ADUN Paka, perkara itu telah dipersetujui Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan ADUN-ADUN PAS yang lain termasuk ADUN Bandar daripada PKR.

"Kita sedia menukar Menteri Besar Terengganu mengikut saluran undang-undang yang betul kerana kita yakin Menteri Besar yang ada pada hari ini sudah hilang sokongan.

"Hari ini sepatutnya sudah tukar MB. Dato' Seri Ahmad Said sudah baca satu persatu peraturan sidang dewan dan perlembagaan Tubuh Negeri. Namun, ditolak oleh Speaker dengan alasan yang sangat tidak munasabah," katanya selepas Sidang DUN, hari ini.

Apabila ditanya media kemungkinan PAS akan mohon mengadap Sultan Terengganu, Saiful berkata, perkara itu masih dalam perbincangan.

"Kita akan bawa majoriti wakil rakyat di Terengganu mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan. Tapi ia masih dalam perbincangan. Yang penting, kita cukup majoriti untuk jatuhkan UMNO," katanya. - Harakahdaily

Tuesday, 8 March 2016

Panas !! Kerajaan Terengganu Bergolak , Usul Tidak Percaya Pada MB


Kuala Terengganu : Perbahasan sidang Dewan Undangan Negeri 13 penggal ke 4 Negeri Terengganu 2016 yang dibahaskan oleh wakil dewan undangan negeri Dun Kijal Dato’ Seri Ahmad Said.

Ahmad Said membuat usul undi tidak percaya kepada YAB Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman sebentar tadi sebelum sidang dewan ditangguhkan.

Katanya, mengikut perlembagaan tubuh kerajaan negeri Terengganu yang mana telah memperuntukkan perkara-perkara berkenaan.

“Oleh itu saya memohon cadangan undi usul tidak percaya kepada YAB Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman di dalam dewan yang mulia ini”

Sehubungan dengan itu Dato’ Yang Dipertua Dewan(YDP) Mohd Zubir Embong, menangguh sidang dewan pada jam 1.15 tenghari dan akan di sambung jam 2.30 petang ini serta membuat keputusan usul berkenaan.

Wednesday, 14 May 2014

BEKAS MB TERENGGANU AHMAD SAID KEMBALI KE PANGKUAN UMNO



Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said kembali menyertai UMNO selepas mengumumkan keluar parti kelmarin.

Perkara itu dimaklumkan Ahmad Said kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui panggilan telefon.

Perkembangan ini disahkan oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dalam sidang media di Putrajaya sebentar tadi.

Ahmad Said juga dijangka mengadakan sidang media hari ini.

KRISIS TERENGGANU : MENGAPA NAJIB RAZAK SAMPAI HILANG SABAR



DENGAR cerita, ramai yang bersorak gembira termasuk rakan-rakan wartawan di Kuala Terengganu apabila Datuk Seri Ahmad Said diturunkan dari kerusi menteri besar kelmarin.

Ini kerana Ahmad difahamkan adalah ahli politik yang agak bengkeng atau kurang mesra dengan media.

Namun semalam, tatkala beliau dilaporkan berkurung seharian di Seri Iman, banyak pula pihak yang menyuarakan rasa simpati terhadap bekas Menteri Besar Terengganu itu.

Ini berkait dengan penyebaran cerita mengenai permintaannya kepada Datuk Seri Najib Tun Razak supaya ditangguhkan dahulu penggugurannya daripada jawatan MB hingga selesai majlis perkahwinan anak perempuannya Sabtu ini.

Ramai yang menyifatkan tindakan menggugurkan Ahmad ketika beliau sedang dalam persiapan untuk melangsungkan majlis perkahwinan anak adalah sangat tidak sensitif dan seperti sengaja mahu mengaibkannya.

Ketika menjawab permintaan Ahmad, Perdana Menteri didakwa menjawab bahawa itu urusan peribadi dan tidak ada kena mengena dengan tindakan yang mahu diambil ke atasnya!

Sebenarnya, hal pengguguran Ahmad daripada jawatan MB Terengganu bukan cerita baharu. Sejurus selepas PRU13, sudah ada ura-ura Ahmad mahu digantikan berikutan prestasi BN Terengganu yang sangat lemah hingga sekadar mampu mencatat perbezaan dua kerusi berbanding dengan pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (Dun).
Susulan itu, tercetus kekecohan yang berupa bantahan dari kem Ahmad hingga menyebabkan urusan pembentukan semula kerajaan negeri tertangguh.

Dua hari selepas selesai PRU13, baharu Ahmad menyerahkan senarai Exco yang mahu dilantiknya dan pada 13 Mei 2013 iaitu lapan hari selepas selesai pilihan raya, baharu dapat dilangsungkan majlis angkat sumpah Menteri Besar.

Begitu pun, difahamkan ada perjanjian Ahmad dengan Perdana Menteri bahawa beliau hanya akan memegang jawatan itu untuk tempoh setahun yang bermakna, tempoh itu sudah cukup haulnya semalam!

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...