sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label AMBIGA. Show all posts
Showing posts with label AMBIGA. Show all posts

Thursday, 10 April 2014

VIDEO : AKHIRNYA ANWAR PILIH AMBIGA SEBAGAI PENDAMPING !!!! TUDIAAA


Selepas  Mahkamah Tinggi beberapa hari lepas putuskan Peguam N.Surendran hilang kelayakan daripada mewakili Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengendalikan kes saman RM100 juta terhadap TV3 dan Utusan Melayu (M) Bhd berhubung isu pencerobohan Lahad Datu,  Aku dengar Anwar Ibrahim akan mabik pula Ambiga bagi mewakilinya dalam prosiding yang akan mula pada 14 April ni.

Keputusan Mahkamah itu dibuat atas alasan berkemungkinan berlaku konflik kepentingan berikutan kedudukan Surendran dan Anwar yang memegang jawatan dalam parti

Surendren memegang jawatan Naib Presiden PKR manakala Anwar sebagai Ketua Umum PKR.
Anwar tentunya akan menggunakan segala sekutunya kerana rahsia dia banyak dipegang oleh mereka . Anwar lebih gemar memilih Peguam bukan Islam bagi mengendalikan kesnya dan kebanyakkan Peguam Melayu sudah tahu temberang Anwar dan menolak untuk berbohong bagi pihak Anwar !!! TAK PECAYA ??? JOM TENGOK APA KATA BEKAS PEGUAM ANWAR

Monday, 8 July 2013

NOT NEWS !!! KES AGAMA ANAK !!! PAS TIBAI KARPAL SINGH !!!



Semalam Apj  membaca kenyataan Karpal Singh berhubung rang undang-undang pentadbiran Agma Islam , kenyataan beliau seolah dilihat mengugut rakan sekapal Dap iaitu Pas dan Pkr agar menyokong tindakkan Dap berhubung isu rang undang-undang tersebut atau Dap akan menggunakan semua ahli Parlimennya yang paling besar dari Pas dan Pkr untuk meminda perkara tersebut. 

Sikap sombong dan bongkak Karpal Singh terang lagi bersuluh dengan mereka berasa cukup kuat dengan berkata seolah tanpa Pas dan Pkr mereka boleh menggunakan semua ahli Parlimen Dap untuk menyokong meminda perkara (12) 4 Pelembagaan Persekutuan  berhubung status agama kanak-kanak bawah 18 tahun.

Semalam Penolong Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan tindakan Karpal memberi kata dua itu adalah bertentangan dengan konsep perkongsian di antara ketiga-tiga parti itu dalam pakatan pembangkang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, sebagai peguam 'senior', Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sewajarnya menghormati peruntukan perlembagaan yang telah lama dipertahankan.

"Sebagai satu pakatan tidak patut Karpal memberikan kata dua kepada rakan-rakannya. Sebagai salah satu rakan kongsi cara ini tidak betul.

"Kedua, Karpal seorang peguam kanan yang selalu mempertahankan perlembagaan. Tiba-tiba dia sendiri bangkitkan cadangan supaya peruntukan perlembagaan yang telah lama wujud dipinda, ini menunjukkan dia tidak menghormati perlembagaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai desakan Karpal supaya Ahli Parlimen Pas dan PKR menyokong cadangannya untuk meminda Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan berhubung status agama kanak-kanak di bawah usia 18 tahun.

Karpal masih tidak berpuas hati terhadap kerajaan berhubung isu tersebut biarpun pembentangan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 telah ditarik balik sambil menyifatkannya tidak memadai.

Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 adalah untuk mengelakkan 'salah tafsir' berhubung kebenaran menukar agama kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun.

Takiyuddin berkata, perkara tersebut bukan perkara baru malah undang-undang yang sama telah diluluskan pada tahun 1993.

"Seksyen 95 dalam Akta Pentabdiran Agama Wilayah Persekutuan 1993 menyatakan dengan jelas orang bukan Islam yang berusia 18 tahun ke atas tidak perlu keizinan untuk masuk Islam, kalau kurang daripada 18 tahun boleh masuk Islam dengan keizinan bapa atau ibu atau penjaga, ia sama dengan rang undang-undang yang mahu dibentangkan itu.

"Perkara ini sudah lama dan telah ditafsirkan oleh mahkamah dalam beberapa kes sebelum ini, jadi kenapa sekarang baru hendak bising, saya minta Karpal terima undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen ini," katanya yang juga seorang pengamal undang-undang.

Tambahnya, Karpal sewajarnya membincangkan perkara itu dalam pakatan pembangkang terlebih dahulu sebelum mahu membawanya ke Parlimen.

Bagi Apj, itulah niat sebenar Karpal Singh dan sekutunya dalam Dap yang sudah menampakkan taring sebenar dan muslihat untuk menjahanamkan kekuatan kita , apabila mereka kuat mereka boleh dengan sesuka hati membuat apa saja untuk memastikan kita lemah dan tewas di tangan mereka. 

Tidak kira Pas , Umno atau Pkr yang Islam dan Melayu , perlu pertahankan hak kita , hak orang Islam , amanah sudah kamu pikul wahai pemimpin-pemimpin Islam di Malaysia . Jika kamu semua tidak pertahankan siapa lagi mahu pertahankan ? adakah Khalifah Lim Guan Eng ? Lebai Lim Kit Siang ? Ostad Karpal Singh tidak mungkin kerana dah mula tunjuk taring dalam kes ini !! siapa lagi wahai pemimpin-pemimpin Islam ? 

Bangun dan bersatu pertahankan Islam walau berbeza aliran politik . Demi Agama , Bangsa , anak cucu kita , tanah air kita . 

Sunday, 26 May 2013

GAMPANG !!! LANGGAR JUGAK !!!

505

PETALING JAYA - Himpunan Suara Rakyat 505 yang berlangsung di padang timur, Amcorp Mall malam tadi menyaksikan ramai peserta khususnya ibu bapa secara terang-terangan melanggar Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 dengan membawa anak-anak mereka.

Tinjauan Sinar Harian Online sejak tengah hari semalam mendapati kebanyakan ibu bapa yang ditemui rata-ratanya membawa kanak-kanak di bawah umur 21 tahun.

Menurut akta tersebut, seseorang melakukan suatu kesalahan jika kanak-kanak menyertai perhimpunan selain suatu perhimpunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.

Dalam akta itu turut menyebut jika seseorang melakukan suatu kesalahan di bawah perenggan (2)(a),(b),(c) atau (e) boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM10,000.

Manakala seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah perenggan (2)(f) pula, ia boleh apabila atau disabitkan didenda tidak melebihi RM20,000.

Sementara itu, pihak penganjur tidak menyediakan kemudahan khas kepada golongan orang kurang upaya (OKU) kerana menyukarkan mereka untuk bergerak bebas seperti menunaikan solat.

Selain itu, peserta himpunan yang juga disertai golongan OKU ini turut berhadapan kesukaran menggunakan tandas mesra OKU di bangunan berdekatan.

Mengikut APA 2012, pihak penganjur hendaklah memastikan sesuatu perhimpunan itu tidak akan membahayakan kesihatan atau menyebabkan kerosakan kepada harta atau alam sekitar. SINAR

Thursday, 23 May 2013

PANAS TERKINI !! TIAN CHUA DAN HARIS DITAHAN !! HAMIK KAW !!!

GAMBAR LAMA 

SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Tian Chua menerusi laman mikro Twitter miliknya memberitahu beliau kini dalam tahanan polis.

Turut ditahan ialah seorang aktivis Haris Ibrahim dalam dua operasi berasingan, lapor Malaysiakini.

Kartunis Zunar turut menulis dalam dalam laman mikro Twitter miliknya mengesahkan penahanan mereka berdua.

Dipercayai penahanan ini berhubung perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya pada Sabtu ini.

"Sekarang saya dibawa dalam kenderaan polis (menuju) Balai Polis Jinjang," tulis Tian menerusi Twitter beliau setengah jam yang lalu.

Beliau ditahan sejurus sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).

Menurutnya lagi, polis menahannya berhubung siasatan mengikut Akta Hasutan.

Sementara Haris yang mengetuai NGO Asalkan Bukan Umno (ABU) dikatakan ditahan oleh lima orang anggota polis ketika sedang makan tengahari di Segambut.

Saturday, 6 April 2013

VIDEO PANAS !! SOKONG ISRAEL !! HAMPA INGAT KA ?? #IngatBalik #PRU13 #GE13

Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan akan menyokong segala usaha untuk melindungi negara Israel tetapi tidak mengesahkan untuk membuka hubungan diplomatik dengan negara itu sekiranya beliau dipilih menjadi Perdana Menteri Malaysia.

" I Support All Efforts To Protect The Security Of The State Of Israel "

“ Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel ”, katanya seperti dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ), Asia, 26 Jan.

Lapor portal itu, Anwar bagaimanapun tidak mengesahkan untuk membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel itu, satu langkah yang katanya kekal ke atas Israel sebagai menghormati aspirasi rakyat Palestin.

Malaysia sebelum ini di antara negara Islam yang secara konsisten tidak menjalin hubungan diplomatik dengan Israel tetapi dalam masa sama membuka hubungan diplomatik dengan Palestin.

Lapor portal itu lagi, walaupun Anwar menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita di Malaysia, namun Anwar berkata undang-undang liwat yang lapuk perlu dipinda.

“Bukan urusan saya untuk menyerang dan menangkap rakyat berdasarkan orientasi seks mereka”, katanya.

WSJ -


MELAYU BOLEH PILIH AGAMA - NURUL IZZAH #IngatBalik #PRU13 #GE13


hampa lupa aku nak ingat balik 

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...