sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label ATLIT DIROGOL BERGILIR-GILIR. Show all posts
Showing posts with label ATLIT DIROGOL BERGILIR-GILIR. Show all posts

Sunday, 7 July 2013

PANAS !!! KES ROGOL ATLIT !!! KENYATAAN MENTERI BELIA DAN SUKAN @KhairyKJ


Saya memandang serius tentang tuduhan kejadiaan rogol yang berlaku di perkampungan sukan Kolej Kedua UPM semasa temasya Sukan Malaysia ini berlansung. Sebagai Menteri yang bertanggungjawab ke atas perjalanan Sukan Malaysia, sudah tentu saya merasa amat sedih dan dukacita kerana kejadian ini telah mencacatkan temasya ini yang telah berlangsung dengan baik sekali tanpa menghadapi sebarang masalah yang besar. Ini adalah kali pertama insiden ini berlaku dalam sejarah pengelolaan Sukan Malaysia bermula pada tahun 1986 yang lalu.

Jawatankuasa Pengelola memangnya mengadakan kawalan yang begitu ketat di tempat penginapan peserta. Kerjasama daripada pihak PDRM digunakan untuk menjaga aspek ini manakala Unit Keselamatan UPM juga turut digunakan. Prosedur penempatan adalah mengikut prosedur UPM sendiri dan mereka amat ketat dalam mengawal penempatan terutama dalam memisahkan blok asrama lelaki dan wanita. Pengawal dan anggota polis sentiasa membuat rondaan kawasan terutama di sebelah malam tetapi ianya tidak meliputi dalam kawasan asrama kerana ianya adalah tanggungjawab anggota kontinjen sendiri kecuali sekiranya ada laporan yang dibuat yang memerlukan pihak polis memasukinya.

Tanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan disiplin kontingen pada setiap masa terutamanya di blok-blok penginalan adalah di bawah kontinjen itu sendiri. Oleh kerana itulah, setiap pasukan mempunyai pegawai-pegawai terdiri daripada pengurus, penolong pengurus, chaperon, jurulatih dan sebagainya. Mereka bertanggung jawab penuh kepada anggota pasukan mereka termasuk hal-hal keselamatan dan disiplin.

Kes ini telah dilaporkan kepada polis dan ianya adalah di bawah siasatan polis sekarang ini. Semua ketiga-tiga yang terlibat iaitu atlet daripada pasukan bola baling lelaki Wilayah Persekutuan telahpun ditangkap dan masih berada di dalam tahanan reman. Buat masa ini kita masih menunggu keputusan siasatan.

Walau bagaimanapun, oleh kerana atlet ini merupakan atlet daripada Wilayah Persekutuan yang berada di bawah tanggungjawab Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP), saya telah mengarahkan Dato' Seri Zolkples, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), untuk minta tindakan awal diambil dan mencadangkan supaya ketiga-tiga atlet ini digantung dahulu semasa siasatan berlangsung dan tindakan lanjut akan diambil selepas siasatan dijalankan. Saranan yang sama telah saya sampaikan pada Persekutuan Bola Baling Malaysia.

Kejadian tersebut didahului dengan satu lagi insiden yang melanggar disiplin dan juga tataetika Sukan Malaysia yakni beberapa atlet dan pegawai daripada pasukan bola baling lelaki Wilayah Persekutuan telah membawa masuk minuman keras kedalam UPM yang menjadi perkampungan Sukan Malaysia. Mereka ini telah minum minuman tersebut di Gelanggang bola keranjang Kolej Kedua UPM. Saya memandang serius perkara ini dan juga telah minta MSWP dan Persekutuan Bola Baling Malaysia untuk gantung semua yang terlibat.

Disamping itu, saya telah mengarahkan MSN untuk membuat satu post-mortem dengan segera supaya kejadian-kejadian tersebut tidak berulang pada mana-mana temsya kebangsaan akan datang.

GEMPAR !!! ATLIT WANITA BOLA BALING SUKMA DIROGOL BERGILIR-GILIR ?? APA DAH JADI ? @Khairykj


Apj terkejut bila terbaca tentang atlit wanita sukma bola boling dikatakan dirogol bergilir-gilir oleh sekumpulan atlit lelaki di perkampungan sukan di Universiti Putra Malaysia rabu lepas , jika benar perkara ini berlaku pihak berkuasa dan pihak Kementerian Belia harus mengambil tindakkan keras keatas perogol-perogol ini. 

Tujuan sukan ini diadakan adalah untuk melahirkan atlit-atlit sukan negara bertaraf antarabangsa bukan melahirkan atlit 'perogol' bagi melahirkan bangsa yang tak bertamadun. Perkara ni harus dipandang berat oleh pihak berkenaan agar perkara-perkara yang tidak baik ada dalam sukan negara. 

Polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung kes seorang atlet bola baling Sukan Malaysia (Sukma) 2013 yang mendakwa dirogol sekumpulan atlet lelaki di perkampungan sukan di Universiti Putra Malaysia, Rabu lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis memandang serius perkara itu kerana ia melibatkan imej sukan negara amnya dan perbuatan jenayah dalam kalangan atlet, khasnya.

"Laporan ini amat serius. Kita akan lakukan siasatan lanjut dan terperinci mengenai kes ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan atlet remaja berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu.

Mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dan susulan itu, polis menahan tiga atlet semalam untuk membantu siasatan. - Bernama 


Apj : Lahirkan tamadun yang berguna untuk negara 

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...