.jpg)
Seramai 409 Ayahanda daripada 52 NGO telah membuat ketetapan dan resolusi berhubung penggunaan gelaran Ayahanda dan memperjelas matlamat serta tanggungjawab Ayahanda sebagai pemegang amanah kepada wasiat Raja-Raja Melayu.
Pengerusi Eksekutif Yayasan Ayahanda SeMalaysia (YAS), Ayahanda Syed Husain Al Shahab berkata, resolusi tersebut mengandungi 12 perkara dan memperjelaskan secara menyeluruh mengenai takrifan Ayahanda dan pemberian gelaran yang ditetapkan melalui proses baiah dan kesahihan sanad.
“Kami mahu agensi berwajib memahami dengan jelas peranan utama Ayahanda dan gelaran ini diiktiraf serta digunakan secara rasmi oleh semua 52 NGO di bawah YAS.