sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label CALON BN KELANTAN. Show all posts
Showing posts with label CALON BN KELANTAN. Show all posts

Thursday, 25 April 2013

VIDEO PANAS !!! PC BN DI KELANTAN !!! PAS MULA CEMAS !!! #TukarKelantan #PRU13 #TolakPAS #GE13


Satu sidang media telah diadakan di Pusat Media BN, Kota Bharu semalam. Sidang media diketuai Pengarah Pilihanraya BN Kelantan, Datuk Hassan bin Harun. Beliau adalah mantan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, dua kali telah tercalon iaitu pada 70an dan awal 80an, dan pernah bertanding melawan dengan Datuk Haji Nik Aziz pada tahun 1982 tetapi nasibnya tidak baik pada masa itu dan tidak menang.

Beliau berharap BN akan menang kali ini dan selaku Pengarah Pilihanraya BN Kelantan, beliau akan membuat tinjauan seluruh Kelantan.

Beliau melahirkan rasa dukacita atas kematian jurukamera RTM, Allahyarham Yaacob di Gua Musang yang diserang sakit jantung selepas berlaku pertengkaran di hadapan rumahnya berhampiran Pejabat PAS Gua Musang.

Turut hadir di sidang media berkenaan adalah calon BN DUN Bunut Payong, Ustaz Mohd Fakhrurazi Abdul Rahim yang berkelulusan dalam bidang agama dan juga calon DUN Panchor, Che Rosli. Datuk Hassan yakin bahawa kedua-dua calon tersebut memang layak untuk mewakili rakyat di kawasan tersebut.


Beliau berpendapat DUN Bunut Payong adalah istimewa kerana DUN tersebut dianggap kawasan berpontensi besar untuk dimenangi BN. Jika menang, ia akan menambah lagi kerusi untuk DUN bagi memenangi negeri Kelantan.

Beliau juga berkata wujud pergolakan ahli-ahli parti PKR di kawasan-kawasan tersebut.

"Saya difahamkan calon-calon bukan orang tempatan sedangkan pemimpin-pemimpin parti di tempat itu sudah ada calon yang rakyat minat, tiba-tiba bawa turun orang yang tidak dikenali. Bagi pendapat saya, ini merupakan satu class point untuk Barisan Nasional sekiranya calon-calon ini ditolak ke bawah sekaligus menimbulkan suasana resah dan kemungkinan kita ada peluang lebih baik untuk diterima oleh rakyat," kata beliau.

Menjawab soalan wartawan mengenai perjalanan kempen BN, beliau berkata jentera pilihanraya mulai panas.

SAMBUNG SINI 




TUKAR KELANTAN 

VIDEO PANAS PRU13 !!! CALON BN DUN PANCHOR KELANTAN !! PEMIMPIN MEDIA MAYA BARU ! DEKATI ORANG MUDA ! JOM TUKAR KELANTAN !!!! #Tukar #TolakPAS #PRU13 #GE13 @Tunfaisal



#TUKAR KELANTAN !! CALON BARISAN NASIONAL 




DUN PANCHOR CHE ROSLI HASSAN 

PENGERUSI CYBER DEVELOPMENT CORPS KELANTAN (CDC KELANTAN)

Pemimpin yang mendekati orang muda melalui media sosial dan menjadi penggerak di media sosial bagi negeri Kelantan. HIDUP CHE LI KITA !!




ORANG MUDA GENERASI BARU MENYOKONG CALON BN BAGI DUN PANCHOR 



UNDILAH BARISAN NASIONAL 

Wednesday, 24 April 2013

CALON PAS DUN PANCHOR MACAM NI KO WEiiiii !!!! #TukarKelantan #PRU13 #GE13 #TolakPAS

AKU ULANG KEMBALI !!! 


INIKAH CALON PAS DUN PANCHOR !!!!


Pas Kelantan mendakwa tiada seorang pun pemimpin Umno yang ada kini berkelayakan memimpin negeri itu, apa lagi mahu menggantikan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai menteri besar.

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pemimpin yang ingin mengganti atau mengambil alih kuasa kepimpinan sekarang haruslah seorang yang mampu untuk mentadbir negeri dan mempunyai pengetahuan agama yang luas.

"Kalau kita mahu perkasakan Islam, kena faham Islam, kalau nak jadi imam pun orang tak harap, macam mana mahu perkasakan Islam," kata beliau semasa ceramah Himpunan Kelantanku Hijau di hadapan penyokong Pas di Padang Perdana, di sini.

Turut hadir Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakub; Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud dan Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr Mohd Hatta Ramli.

Mohd Amar berkata demikian sebagai mengulas manifesto Umno Kelantan yang dilancarkan pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mahu menjadikan Islam sebagai tunjang utama dalam pentadbiran negeri sekiranya berjaya memerintah Kelantan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa lawatan ke Kelantan bulan lalu mengumumkan pembinaan masjid terbesar di Kelantan antara janji yang ingin dilaksanakan di negeri ini.

Sambil menyatakan apa yang dilakukan Umno Kelantan kini masih ‘jauh’ dari sasaran, Mohd Amar yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, tidak ada pemimpin dari parti lawan mampu setanding dengan kepimpinan yang ada dalam Pas .

"Nak perkasa Islam macam mana, pemimpin Umno di Kelantan ni maaf cakap lah, seorang pun tidak layak, bukan kata tak pandai solat, tapi ilmu tak setaraf, kalau nak, biarlah ianya setaraf dengan ilmu tok guru Nik Aziz," katanya.


Hairan sungguh puak Pas ni, mengagung-agungkan Nik Aziz seperti dugong, apa yang hebatnya Nik Aziz ni sampaikan angkuh mendakwa tidak ada seorangpun dikalangan pemimpin Umno yang boleh menandingi Nik Aziz? Kalau ilmu Nik Aziz nak kata tinggi tak nampak pula tinggi, lagipun kalau ilmunya tinggi takkanlah pada zaman dia tu habis belajar dia jadi guru Kemas, paling kurangpun jadi mufti.

Bukan kita nak hina, tapi bila nampak Nik Aziz diangkat sampai tak ingat dunia dan akhirat, maka kita juga ada hak untuk mempertikaikannya dari mana-mana aspek yang kita merasa sangsi untuk mengakui yang Nik Aziz ni benar-benar seorang yang berilmu. Namun kalau kata ilmu mantik kita akuinya ianya memang tinggi selain ilmu putar alam dan 'mulas' perut.

Bagi contoh mudah jer, ketika mana cubaan Nik Aziz menghalau gangguan makhluk halus yang dikatakan jin api di rumah seorang nenek di Penambang beberapa bulan lalu yang terbukti gagal bahkan jin-jin tersebut semakin mengganas seakan mendapat suntikan semangat daripada Nik Aziz.

Memang betul kita hanya memohon Allah jua yang menentukannya, tapi apakah Nik Aziz turut berpegang dengan akidah seperti itu, setahu kita Nik Aziz yang sering menentukan dosa pahala orang lain, sebab tu Nik Aziz tahu 'Orang Umno solat tak dapat pahala', tak gitu ?


Jika Nik Aziz dikatakan Ulamak dan punyai ilmu yang tinggi tapi terbukti gagal menghalau jin, so apa lebihnya Nik Aziz itu ? Kerana makhluk halus ni ada hubungkait juga dengan agama, setinggi-tinggi ilmu Nik Aziz takkan tiada ayat special yang boleh menghalau jin berkenaan dari terus menggangu mangsa, setakat Ulamak cukur jambul yang tidak menampakkan kesan serta merta tu tak perlulah nak 'gebang' lebih sangat.Anda Mampu Mengubahnya


TOLAK CALON PAS PANCHOR !!!!! 

Tuesday, 16 April 2013

TERKINI : SENARAI PENUH CALON BN BAGI PRU13 (KELANTAN) #BNBagus #PRU13 #GE13



1. PARLIMEN 019 TUMPAT

(Mansor Salleh – bekas ketua bahagian)

DUN Pengkalan Kubor (Noor Zahidi Bin Omar – ketua bahagian)

DUN Kelaboran (Wan Hanapi Wan Yaacob – naib ketua bahagian dan pernah menjadi calon 2008)

DUN Pasir Pekan (Nik Noriza Nik Salleh – ketua wanita bahagian dan ketua penerangan wanita negeri, muka baru)

DUN Wakaf Bharu ( Mohd Rosdi Abdul Aziz – pernah menjadi calon pada 2004 dan 2008)



2. PARLIMEN 020 PENGKALAN CHEPA

(Dali Hussin – ketua bahagian, ketua penerangan UMNO/BN Kelantan dan bekas ketua pemuga UMNO Kelantan.

DUN Kijang (Zaluzi Sulaiman – naib ketua umno bahagian, penyelaras BN Kijang dan muka baru)

DUN Cempaka (Wan Razman Wan Abdul Razak – pentadbir mukkim, timbalan penyelaras DUN Cempaka dan muka baru)

DUN Panchor (Che Rosli Hassan – Timbalan Ketua Bahagian, pernah bertanding 2004)



3. PARLIMEN 021 KOTA BHARU

(MOHAMAD Fatmi Che Salleh – ketua bahagian dan setiausaha politik PM)

DUN Tanjong Mas (Kanidy Omar – penyelaras DUN Tg. Mas dan muka baru)

DUN Kota Lama (Tan Ken Ten – setiausaha MCA Kelantan, pengerusi MCA Kota Bharu dan bertanding untuk kali kedua)

DUN Bunut Payung (Mohd Fakhrurazi Abdul Rahim – guru pendidikan Islam PPD Kota Bharu dan muka baru)



4. PARLIMEN P022 PASIR MAS

(Che Johan Che Pa – kali pertama bertanding, timbalan ketua bahagian dan muka baru)

DUN Tendong (Hanafi Mamat – ketua bahagian, bendahari UMNO negeri, pernah bertanding Parlimen)

DUN Pengkalan Pasir (Tuan Anuwa Tuan Mat – bekasa pegawai agama jajahan Pasir Mas dan merupakan muka baru)

DUN Chetok (Aimi Jusoh – muka baru)



5. P023 RANTAU PANJANG

( Ghazali Ismail – kali pertama bertanding dan muka baru, ketua penerangan UMNO bahagian)

DUN Meranti (Mohd Afandi Yusof – Ketua Pemuda bahagian, exco pemuda UMNO Malaysia, ketua penerangan pemuda UMNO negeri)

DUN Gual Periok (Shaari Mat Hussain – pernah bertanding tahun 2004 dan 2008, timbalan ketua umno bahagian)

DUN Bukit Tuku (Mohd Zain Ismail – bekas ketua umno bahagian, bendahari umno bahagian)



6. P024 KUBANG KERIAN

(Anuar Safian – ketua pemuda UMNO negeri, pernah bertanding di DUN Pasir Tumboh)

DUN Salor (Mohmad Nordin Awang – timbalan ketua umno bahagian dan bekas pengarah MSN Negeri dan muka baru)

DUN Pasir Tumboh(Mohd Shamsul Yusoff – ahli minda pondok dan muka baru)

DUN Demit (Wan Mohd Nazi Wan Hamat – penyelaras DUN dan muka baru)



7. P025 BACHOK

(Awang Adek Hussin – Ketua Bahagian, timbalan menteri kewangan)

DUN Tawang (Mohd Zain Yasim – muka baru, naib ketua bahagian)

DUN Perupok (Mohammad Zaidi Sidek – muka baru dan ketua pemuda bahagian)

DUN Jelawat (Ilias Husin – timbalan ketua bahagian dan pernah bertanding 2004 dan 2008)



8. P026 KETEREH

(ANNUAR MUSA – bekas menteri kabinet, pengerusi KADA, presiden The Red Warriors)

DUN Melor ( Mohd Othman Omar – muka baru, bekas guru besar dan ajk bahagaian)

DUN Kadok (Mohd Basri Awang – muka baru dan bekas pegawai MPKB)

DUN Kok Lanas (Md Alwi Che Ahmad – ketua pembangkan DUN Kelantan, bekas MP 2004, bekas setiausaha politik PM)



9. P027 TANAH MERAH

(IKMAL HISHAM ABDUL AZIZ – muka baru, ketua bahagian dan usahawan)

DUN Bukit Panau (Baharudin Yusof – timbalan ketua bahagian dan kali kedua bertanding)

DUN Gual Ipoh (Bakri @Mohd Bakri Mustapha – muka baru, bekas guru, naib ketua bahagian)

DUN Kemahang (Dayang Saniah Awang Hamid – muka baru, bekas guru, ketua wanita bahagian)



10. P028 PASIR PUTEH

(TUAN MUSTAFA TUAN MAT – ketua penerangan UMNO bahagian, pernah bertanding 2008 )

DUN Selising (Zulkfli Ali – muka baru)

DUN Limbongan (Mohd Rujhan Salleh – muka baru, timbalan ketua bahagian, bekas ketua pemuda UMNO negeri)

DUN Semerak (Zawawi Othman – muka baru, ketua bahagian,bekas guru)

DUN Gaal (Redzuan Stapha – muka baru dan penyelaras DUN)



11. P029 MACHANG

(AHMAD JAZLAN YAAKUB – ketua bahagian, bekas presiden KAFA dan Pengerusi MSN Negeri)

DUN Pulai Chondong (Halim @ Ab Halim Ismail – kakitangan kerajaan dan pernah bertanding 2004)

DUN Temangan (Azemi Mat Zin – muka baru, bekas guru)

DUN Kemuning (Eriandi Ismail – muka baru, ketua pemuda bahagian)



12. P030 JELI

( MUSTAPA MOHAMED – menteri cabinet, MP Jeli)

DUN Bukit Bunga ( Mohd Adhan Kecik – seorang peguam)

DUN Air Lanas ( Mustapa Mohamed)

DUN Kuala Balah (Abdul Aziz Derashid – seorang peguam)



13. P031 KUALA KRAI

(TUAN AZIZ TUAN MAT – ketua pemuda bahagian, pegawai kanan Kesedar)

DUN Mengkebang (Azizzudin Husin – ahli umno)

DUN Guchil (Nik Sapeia Nik Yusof – naib pengerusi BN Kelantan)

DUN Manek Urai (Che Jalal Muda – muka baru, naib ketua bahagian)

DUN Dabong (Ramzi Abd Rahman – ketua bahagian, pengerusi Kesedar)



14. P032 GUA MUSANG

(TENGKU RAZALEIGH TENGKU MOHD HAMZAH – ketua bahagian)

DUN Nengiri(Mat Yusof Abdul Ghani – penyandang)

DUN Paloh (Nozula Mat Diah)

DUN Galas Ab Aziz Yusof)

CALON BN PRU KELANTAN #PRU13 #GE13


Sekarang tengah berlangsung majlis penguguman calon bagi Negeri Kelantan. Senarai penuh akan di keluarkan selepas ini.

HIDUP BN KELANTAN

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...