.jpg)
Razali berkata golongan muda terutama mahasiswa perlu memahami bahawa sesuatu tindakan yang mahu dibuat perlu dilihat kesan baik dan buruk kepada diri sendiri dan negara.
Katanya, banyak pihak yang sering mengkritik apa sahaja tindakan kerajaan tetapi tidak pernah memberi sumbangan dari segi buah fikiran untuk menambah baik apa yang ada.
"Ada pihak yang sering mengkritik, apa sahaja yang kerajaan buat, semua tak betul bagi mereka.
"Kerajaan memang banyak laksanakan dasar yang tidak popular tetapi bertanggungjawab," katanya ketika berucap di majlis perbincangan meja bulat Program Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) dan pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), di sini, hari ini.