.jpg)
Kali ni Apj nak bercerita tentang kawasan yang berjiran dengan Apj selama 13 tahun Apj merantau di Kuala Lumpur nih !! Parlimen Batu memang tak asing lagi dalam diri Apj yang hari-hari lalu sana untuk pergi kerja !!
Cerita bab pemilihan Umno yang makin dekat dengan kita, memang makin panas !! Panas dengan masing-masing resah gelisah dan tak senang duduk , ada yang mahu pertahankan jawatan dan ada yang mahu mencabar !!
Bagi Parlimen Batu pulak , Apj rasa sudah tiba masanya perlu ada kesegaran baru dalam barisan pentadbiran Umno disana. Desas desus makin kencang kedengaran bahawa Ketua Umno Bahagian Batu yang kini disandang Datuk Yahya atau Tok Abas akan dicabar !! siapa pencabarnya Apj tak nak komenlah.
