sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label FARID KAMIL. Show all posts
Showing posts with label FARID KAMIL. Show all posts

Sunday, 9 June 2013

ARTIS HOT !!!! DIANA DANIELLE SELAMAT LAHIR ANAK SULUNG !!!

Alhamdulillah dan ucapan tahniah kepada pasangan HOT Farid Kamil dan Dania Danielle kerana telah mendapat cahaya mata pertama mereka baru-baru ini. Kehadiran anak lelaki sulung bakal menyerikan lagi rumahtangga pasangan ini. 

Petang tadi Farid telah memasukkan sekeping gambar dia dengan puteranya ini. 


Comelkan putera sulung pasangan ni ? Apapun doa dari APJ semoga pasangan ini terus bahagia dan ingatlah anak-anak adalah anugerah Allah yang tak ternilai .. 

Wednesday, 12 December 2012

GEMPAK !!! KES FARID DI DAKWA , JOM TENGOK APA KATA PDRM !!!



Ketua Penolong Pengarah (Urusetia) Jabatan, Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Asisten Komisioner Polis, Zulkifli Alias memaklumkan yang Farid tidak melakukan sebarang kesalahan.

Pegawai Perhubungan Media, Unit Komunikasi Kementerian Pertahanan, Leftenan Komander Rahimah Taib berkata, pakaian “istiadat” itu tidak mencerminkan anggota beruniform di negara ini kerana ia tidak selari dengan imej pasukan berkenaan.

“Pada dasarnya baju, seluar dan topi dipakai Farid itu adalah pakaian anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala lencana pada bahunya adalah lambang mejar jeneral Tentera Darat.

“Lencana penerbangan di bahu kanan pula menggambarkan seseorang itu adalah anggota Tentera Udara,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Sebuah akhbar menerusi ruangan pojok pada Ahad lalu melaporkan Farid mungkin dikenakan tindakan saman kerana menyalahgunakan pakaian istiadat pegawai pasukan keselamatan pada majlis resepsi persandingannya yang diadakan di Taman Ekuestrian Putrajaya dekat sini pada 1 Disember lalu.

Farid dan Diana bernikah pada 3 November lepas di Hotel Flamingo By The Lake, Ampang, dekat sini.

Tambah Rahimah, sekiranya Farid benar-benar berhajat untuk menyarungkan uniform tentera pada majlis itu, dia boleh membuat permohonan rasmi untuk dipertimbangkan.

Pihak beliau tiada masalah untuk tujuan tersebut kerana selama ini mana-mana penerbit yang ingin menggunakan pakaian tentera bagi watak-watak tertentu dalam filem atau drama akan mendapat nasihat cara pakaian sebenar sebagai seorang anggota tentera.

“Kami tidak menerima apa-apa permohonan daripada Farid berhubung perkara itu tetapi langkahnya mencampuradukkan pangkat dan pakaian pasukan beruniform di negara ini adalah tidak wajar,” katanya.

Sehubungan itu pihaknya akan menghantar surat teguran kepada Farid supaya dia tidak mengulangi lagi kesilapan tersebut namun tiada tindakan undang-undang dapat dikenakan disebabkan pakaian yang disarungkan itu tidak mencerminkan mana-mana pasukan keselamatan di negara ini kerana ia bersifat cacamarba.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah (Urusetia) Jabatan, Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Asisten Komisioner, Zulkifli Alias pula berkata Farid tidak melakukan sebarang kesalahan terhadap pasukan itu kerana pakaian yang digayakannya tidak melambangkan imej sebenar PDRM.

Malah katanya, istiadat lalu di bawah pedang yang diadakan itu juga tidak menggambarkan ciri-ciri anggota polis.

“Pakaian yang digunakan semasa “sword bearer” (lalu bawah pedang) itu bukan uniform rasmi polis malah tiada lencana yang dipakai anggota beruniform itu. Jadi ia bukan satu kesalahan. Cuma ia sedikit mengelirukan,” jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan Zulkifli memberitahu, Farid hanya mengemukakan surat permohonan rasmi kepada pihaknya untuk menggunakan khidmat pasukan berkuda bagi mengiringi perkahwinannya dan ia telah diluluskan tanpa sebarang masalah.

“Farid telah banyak bekerjasama dengan pihak PDRM sebelum ini dalam pelbagai acara yang mungkin tidak diketahui umum dan rasanya tidak menjadi masalah bagi pihak PDRM untuk membantu melancarkan perkahwinannya.

“Malah beliau juga adalah anggota pasukan simpanan PDRM,” katanya.

Farid yang dihubungi mStar Online lewat petang Isnin bagi menjelaskan perkara tersebut bagaimanapun tidak menjawab panggilan telefon 

Sumber : KLIK SINI

Sunday, 9 December 2012

HIBURAN : GEMPAQ !!! FARID KAMIL BAKAL DI PENJARA MAKSIMUM 2 TAHUN??? APA DIA NI???


TAK habis-habis cerita pasal pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle. Pasangan yang berkahwin pada 3 November lalu itu membuatkan ramai pembaca Diva mengangkat kening selepas Diana membocorkan rahsia di laman Instagram bahawa dia hamil dua minggu hanya selepas 16 hari berkongsi katil. Diva tak tau nak kata apa, bersangka baik sahaja. Ini pula kisah terbaharu yang Diva dapat sumber terdekat.

Dengarnya, orang tentera sedang mempertimbangkan untuk mengheret Farid ke mahkamah atas kesalahan kerana memakai pakaian tentera. Kali ini bukan sahaja Diana yang pening, Farid pun boleh jadi loya.

Kata sumber Diva, Seksyen 140 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara selama dua tahun jika memakai pakaian tentera dan Seksyen 170 memperuntukkan penjara tiga bulan bagi kesalahan menyamar sebagai anggota tentera. Diva pun pucat bila dapat tahu mereka nak heret Farid atas Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana memiliki barang-barang tentera.

Sumber Diva bagi tahu, abang askar naik angin sebab Kamil pakai pangkat Mejar Jeneral. Dua paku satu mahkota, itu belum cerita pin payung terjun yang tersisip di dada sasa Farid Kamil.

Itulah Farid Kamil, awak jangan ingat pakaian seragam itu boleh ikut selera, drama Gerak Khas dapat izin khas tau.

Diva: Tolong suami pakaikan butang seragam polis sahaja.

sumber : KOSMO ONLINE

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...