.jpg)
Sikap biadap dan kurang ajar si biawak Dap iaitu Jeff Ooi terhadap pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang dengan memanggil pegawai rendah MPPP sebagai 'kucing kurap' memang melampau dan turut di tegur oleh beberapa Adun termasuk Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini membidas tindakan Jeff Ooi Chuan Aun yang melabel pegawai rendah Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagai 'kucing kurap'.
Exco Hal Ehwal Agama dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kasim (PKR-Batu Maung) berkata, ayat seumpama itu tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang ahli Parlimen yang mempunyai banyak saluran untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap MPPP.
"Sebagai anggota parlimen, beliau mempunyai pelbagai saluran untuk berhubung dengan kerajaan negeri, ketua menteri mahupun yang dipertua MPPP. Kalau orang lain yang tidak ada 'access' boleh la dia 'frustrated' (kecewa).
