sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label KARPAL SINGH MAUT KEMALANGAN. Show all posts
Showing posts with label KARPAL SINGH MAUT KEMALANGAN. Show all posts

Friday, 18 April 2014

PANAS !!! ANAK SAUDARA KARPAL SINGH JANGAN KURANG AJAR TUDUH KERAJAAN !!!


Aku tertarik dengan merahan rakan-rakan Facebook terhadap satu akaun Facebook bernama Anil JS yang katakan anak saudara kepada Karpal Singh . Rakan-rakan berkata Anil Js ini telah mendakwa kemalangan yang membawa kepada kematian Karpal Singh awal pagi semalam telah dirancang kerajaan. Biadap Sungguh Anil JS ni. 

Tuduhan melampau dan kurang ajar ini sangat tidak boleh diterima akal , ia satu sikap yang bodoh seperti orang tiada otak !! 

Dia ingat kenderaan Karpal Singh bernombor KS9898 tu boleh dikawal oleh SETELIT ke ?? Kenapa tidak tulis kenderaan tu telah dirampas oleh pengganas dan mahu berpusing balik ke arah Kuala Lumpur tetapi terlanggar sebuah lori lalu berpusing dengan sendiri yang mengakibatkan kematian 2 orang di dalam kereta itu termasuk Karpal !!! wahhhhh cerita la lagu tu baru nampak real sikit KONSPIRASI KERAJAAN !! 



Apa yang dilaporkan oleh media, kemalangan mungkin berlaku disebabkan kereta mendiang Karpal dipandu laju dan tambahan pula kenderaan itu memiliki rekod kesalahan trafik yang banyak masih belum dibayar.

Thursday, 17 April 2014

1940 - 2014 : KARPAL SINGH YANG KITA KENAL



Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, semasa hidupnya dikenali sebagai pemimpin pembangkang yang lantang dan seorang peguam digeruni.

Karpal mendapat ijazah perundangan dari Universiti Singapura dan berkhidmat sebagai peguam sebelum mula menyertai politik setelah menjadi ahli DAP pada tahun 1970.

Bekas Pengerusi DAP itu kemudiannya bertanding kerusi parlimen pada tahun 1978 serta pernah meyandang Naib Pengerusi DAP dan Timbalan Pengerusi DAP.

Karpal, 74, yang aktif berpolitik selama 36 tahun turut digelar 'harimau jelutong' kerana kesukarannya untuk ditewaskan dalam pertandingan kerusi Parlimen Jelutong sebelum pilihanraya umum pada 1999.

Dikenali sebagai seorang yang pandai berhujah, beliau pernah dilantik menjadi peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kes liwatnya itu.

VIDEO KEJADIAN KEMALANGAN MELIBATKAN PEGUAM KARPAL SINGH AWAL PAGI TADI




MENTERI BESAR KEDAH UCAP TAKZIAH KEPADA KELUARGA KARPAL SINGH @MukhrizMahathir



Menteri Besar Kedah , Dato Seri Mukhriz Mahathir pagi ini mengucapkan Takziah kepada Keluarga Karpal Singh di atas pemergian beliau awal pagi tadi akibat kemalangan jalan raya di Ipoh. 

Menerusi laman twitter Dato Seri Mukhiz beliau berkata : "My heartfelt condolences to the family of YB Karpal Singh on his untimely demise" . 

Menurut BERNAMA , Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh dan pembantu peribadinya maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dan lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kampar Superintenden Ng Kong Soon berkata Karpal Singh, 74, dan pembantu peribadinya Michael Cornelius, 40-an, maut di tempat kejadian.

Selain itu, katanya, pembantu rumah Karpal Singh, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.

"Siasatan awal polis mendapati kenderaan MPV jenis Toyota Alphard berwarna putih yang membawa lima penumpang termasuk Karpal Singh dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan apabila tiba di kawasan kejadian dan melanggar bahagian kanan lori yang sedang bergerak di sebelah kiri laluan itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata lori lima tan yang membawa muatan simen, besi dan mozek itu dipercayai bergerak perlahan di sebelah kiri laluan ke utara itu memandangkan ia membawa muatan berat dan tempat kejadian juga merupakan kawasan laluan berbukit.

Ng berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini. Operasi menyelamat kesemua mangsa dalam kemalangan itu dibantu anggota Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian, katanya

Takziah dari APJ 


SAYA DENGAR ORANG MENJERIT MINTA TOLONG DARI DALAM ALPHARD #KARPALSINGH



"Saya dengar orang jerit minta tolong, kuat sangat," kata Nur Azlina Ahmad, penumpang lori yang terbabit dalam nahas mengorbankan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, awal pagi tadi.

Nur Azlina, 23, berkata, ketika kejadian, lori dipandu suaminya, Abu Mansor Mohd, 45, berada di laluan kiri dan dipandu perlahan.

Bagaimanapun menurutnya, secara tiba-tiba, kenderaan mereka dirempuh kuat dari arah belakang.

"Serentak itu saya dengar suara lelaki menjerit, ada juga yang minta tolong," katanya.

Nur Azlina bersama suami dan anak perempuan mereka, Nurieman Diana Qhaleesha dalam perjalanan menghantar barang simen, besi dan mozek ke Bukit Mertajam.

Ketiga-tiga mereka selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...