sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label KEMALANGAN. Show all posts
Showing posts with label KEMALANGAN. Show all posts

Wednesday, 28 May 2014

HOT NEWS : KEMALANGAN MELIBATKAN ATLIT TRIATHLON NEGARA DI LANGGAR KERETA



PEMENANG pingat emas acara triathlon Sukan SEA 2005, Kimbeley Yap terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika sedang menjalani latihan bagi persiapan menghadapi Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland Julai ini.

Beliau yang luka di dahi dan paha kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Pegawai Perhubungan Awam Majlis Sukan Negara (MSN) Fahmi Omar ketika dihubungi Bernama berkata kemalangan berlaku kira-kira 8.45 pagi tadi di Km43.1 berdekatan terowong Penchala Link ketika beliau sedang berbasikal.

Friday, 1 March 2013

UPDATE LAHAT DATU : POLIS RAMPAS SENJATA PENCEROBOH #LahadDatu


UPDATE : Polis mengesahkan bahawa telah merampas beberapa senjata antaranya seperti M-16 , pelancar roket , dan peluru dalam pencerobohan di Lahat Datu , Sabah . Hamza Taib , Pesuruhjaya Polis Sabah .


Takziah Dan Al-fatihah buat 3 pejuang negara yg syahid mngakkn negara tercinta dr serangan pihak luar .

Mereka adelah .
1.Insp.zulkifli­ mamat unit vat69 PDRM
2. sjn sabarudin dr unit vat69 PDRM
3. Azman Rampong dari Semporna.

Takziah ...

بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــ­ــــمِ
أٌلحَمْدُلِلَّه­ِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ*ا­ٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْمِ*مَ­لِكِ يَوْمِ اٌلدِّيْنِ*إِيّ­َاكَ نَعْبُوْدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ*إٌ­هْدِنَا الصِّرَطَ اٌلْمُسْتَقِيْم­ُ*صِرَطَ اٌلَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْض­ُبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّآلِّينَ*آ­مِ

Amin .. Moge roh mereka dicucuri rahmat .. Amin ya rabbil alamin...
Mari lah kita sedekahkan al-fatihah..cuma ambil masa anda 5minit saja..

Sunday, 16 December 2012

DATUK K JALANI PEMBEDAHAN AKIBAT KECEDERAAN SERIUS !!!!


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih mesra dipanggil Datuk K yang terlibat dalam kemalangan motosikal pada Khamis lalu dijadual menjalani pembedahan ekoran kecederaan serius pada bahagian belakang badan di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand esok.

Anak ketiganya, Muhammad Asyraf, 20, berkata, dia dimaklumkan mengenai perkara itu oleh bapanya dalam perbualan telefon kira-kira pukul 11 pagi semalam.

Muhammad Asyraf menyifatkan kecederaan bapanya agak serius tetapi beliau dalam keadaan stabil.

"Ayah beritahu bahawa dia akan dibedah pada hari Isnin (esok), pembedahan itu mungkin melibatkan bahagian belakang badannya.

"Ayah minta kami supaya tidak terlalu risau keadaannya, malah cadangkan agar kami adik-adik tidak perlu ke New Zealand. Bagaimanapun, saya maklumkan bahawa tiket penerbangan sudah dibeli dan kami akan ke sana pada pukul 2 petang hari ini (semalam)," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.

Datuk K yang merupakan suami penyanyi popular Siti Nurhaliza kini dirawat di hospital itu yang terletak kira-kira 190 kilometer dari bandar Queenstown. Di bandar itulah Datuk K terlibat dalam kemalangan motosikal ketika bersiar-siar bersama rakan pada Khamis lalu.

Beliau mengalami kemalangan setelah motosikal Harley Davidson yang ditunggangnya terbabas dan melanggar pagar di tepi jalan dalam kemalangan pada pukul 12 tengah hari Khamis waktu Malaysia (pukul 4 petang waktu New Zealand).

Muhammad Asyraf memberitahu, dia dan adik-beradiknya, Muhammad Adib, 22, dan Muhammad Aazief, 14, dijangka tiba di negara tersebut malam ini dan berharap dapat bertemu dengan bapa mereka sebelum pembedahan dilakukan.

Dalam pada itu, Siti Nurhaliza, 33, pula selamat tiba di hospital itu kira-kira pukul 10 pagi waktu Malaysia semalam (pukul 2 petang waktu New Zealand) setelah menempuh perjalanan udara dan darat selama 27 jam dengan ditemani kakak iparnya, Datin Zaiton.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...