Tengku Abdullah bermesra dengan pemain hoki kebangsaan termasuk Chua Boon Huat (duduk tiga dari kiri) pada majlis berbuka puasa dan menyampaikan insentif di sebuah hotel di Kuala Lumpur kelmarin, sebelum pemain negara itu maut dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Damansara-Puchong dekat Stesen LRT, Kelana Jaya awal pagi semalam.
Majlis penyampaian insentif kecemerlangan kepada pemain kelmarin menjadi pertemuan terakhir mendiang Chua Boon Huat dengan rakan sepasukan sebelum pemain hoki kebangsaan itu maut dalam kemalangan jalan raya awal pagi semalam.
Seorang pelajar persendirian dari Malaysia yang sedang mengikuti kursus jangka pendek bahasa Arab di Amman, Jordan maut selepas kenderaan dinaikinya terbabas di jalan menuju ke Laut Mati, Jordan hari ini. Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, mangsa, Nik Mohd. Ariff Suparjo, 19, terlibat dalam kemalangan maut itu bersama abangnya, Nik Mohd. Alif, 20. - utusan online APj : Al-Fatihah , semoga Allahyarham ditempatkan bersama orang yg beriman