sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label KERAJAAN PAS. Show all posts
Showing posts with label KERAJAAN PAS. Show all posts

Saturday, 12 January 2013

EKSKLUSIF HIMPUNAN BALAK !! RAKYAT KEDAH BANGUN MENENTANG IBLIS DAN SYAITAN #tukarkedah






Sejak kembali berjuang di negeri kelahiran aku di Kedah , ini kali pertama aku menjejak kaki ke Pedu daerah Padang Terap , selama ini aku hanya mendengar cerita tentang kerakusan pembalakkan di Pedu .

Apabila PERKASA menganjurkan program lawatan rakyat Kedah untuk melihat bagaimana teruknya PAS Kedah menghancurkan alam ciptaan Tuhan di hutan simpan di kawasan empangan Pedu, hati aku tergerak untuk turut serta. 

Perjalanan aku agak jauh, sememangnya memenatkan, tetapi semangat untuk melihat apa yang PAS buat di Kedah aku tak kisah semua tu , sampai saja di kawasan berbukit aku tengok ada longgokkan kayu balak yang sudah ditebang, aku berhenti dan melihat sendiri , sebesar betis balakpun mereka sapu , betapa celakanya PAS Kedah. Kesialan PAS Kedah mengurus tadbir balak di Kedah aku boleh katakan tahap Yakjud dan Makjud menghancurkan bumi seperti tercatit dalam kisah akhir zaman . 

Dihadapan bukit tadi sememangnya tidak diusik kerana boleh membutakan mata rakyat tetapi disebelah bukit di mana terletaknya sebuah tasik , mengucap panjang aku tengok habis ditarah sehingga ke gigi air tasik. 

Aku teruskan perjalanan di mana tempat berhimpunnya program PERKASA , mungkin selama ini tidak pernah jem di kawasan ni , tetapi kali ini aku terpaksa berjalan lebih dua kilometer untuk sampai ke lokasi di mana raakyat Kedah berhimpun bagi melihat kehancuran bukit dan alam ciptaan Allah.

Kali ini aku bangga kerana belasan ribu rakyat Kedah datang berpanas untuk melihat kesan kesialan kerajaan PAS Kedah.

Semoga kali ini rakyat Kedah sedar dan insaf sebenarnya mereka memilih syaitan untuk memimpin Kedah . Semangat ingin terus berjuang makin membara. wallahualam

RAKYAT KEDAH BANGUN MENENTANG SYAITAN dan IBLIS PAS !!!


Thursday, 27 December 2012

GENPAQ !!! LEPAS KERAJAAN LANGIT KERAJAAN BULAN PULAK WUJUD 1! TAK FAHAM BETUL HUH !!!!


Pada zaman dahulu di sebuah negeri yang kaya dengan hasil balak terdapat sebuah kerajaan digelar sebagai Kerajaan Langit Pasti ke Syurga oleh para penduduk setempat..Kerajaan ini diketuai oleh seorang pendeta yang suka mengamalkan cara pemerintahan "Walharam bagimu, walhalal bagiku"..

Ketua kerajaan tersebut bernama Nikolai Azizy Nikolai Nikmati..Beliau sangat suka bekerjasama dengan syaitan nirojim semata mata untuk menjatuhkan kerajaan kerajaan bersempadan dengan negeri ditadbirnya akibat irihati dengan pembangunan yang dibuat oleh negeri jiran beliau..

Jadi untuk berlawan dengan negeri jirannya, beliau telah menganugerahkan tanah hutan balak berpuluh ribu ekar kepada saudagar dari negara jauh di selatan atas nama ladang untuk rakyat..

Yang menjadi kehairanan penduduk adalah ladang tersebut diberi nama Ladang Rakyat tetapi kenapa saudagar yang memiliki tanah beribu ekar itu adalah orang luar..



Akibat kekurangan modal saudagar tersebut terpaksa memberikan hutan balak tersebut kepada orang lain yakni saudara pendeta Nikolai yang juga pemimpin dari keturunan pendeta BiAdap.

Kedua dua saudagar yang memiliki tanah hutan balak tersebut adalah pendeta Ngehkolai dan pendeta Ngakolai mereka ni bersaudara dan mempunyai pertalian hubungan yang sangat rapat dengan pendeta Nikolai..

Difahamkan Tanah Hutan Balak tersebut diberikan atas jasa kedua dua pendeta Ngehkolai dan Ngakolai memberi peluang kepada anak buah pendeta Nikolai untuk menjadi pemimpin di negeri yang dimenangi oleh pendeta BiAdap..

Pemilikkan tanah hutan itu oleh rakan pendeta Nikolai menjadi pertikaian oleh rakyat majoritinya tidak bersetuju dengan pekara itu..Mereka sangsi apabila pembangunan yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat kini hanya dinikmati oleh golongan pendeta sahaja..

Ratusan juta nilai hasil balak pada waktu itu dibawa keluar oleh kumpulan pendeta ini..Rakyat terus menderita apabila nasib mereka tidak diendahkan oleh kerajaan Langit Pasti ke Syurga ini..

Bantahan demi bantahan dibuat oleh rakyat tetapi tidak ada satu pun tindakkan diambil oleh kerajaan pendeta Nikolai sebaliknya menuduh rakyat lakukan fitnah terhadap dirinya..

Akhirnya rakyat telah sebulat suara untuk menjatuhkan pendeta ini dan seluruh Kerajaan Langit Pasti ke Syurga pada pilihan raya akan datang..

BACA LAGI : DISINI

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...