
Apj melihat hasil pemantauan berterusan yang dibuat oleh KPDNKK dalam OPS HARGA 2014 telah dapat dilihat keberkesanan dengan kes-kes dan notis yang dikeluarkan KPDNKK menurun dengan mendadak masuk hari ke 3 operasi dijalankan oleh Team KPDNKK.
Ops Harga 2014 melibatkan 1,800 pegawai penguatkuasa dan 1,100 pegawai pemantau harga dan memberi tumpuan kepada tiga perkara iaitu penandaan harga, pengeluaran notis Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan serta memeriksa alat timbang dan sukat.
Semalam sahaja KPDNKK telah memeriksa sebanyak 9,124 premis perniagaan di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 96 kes telah diambil tindakan manakala dua notis dikeluarkan, melibatkan nilai rampasan RM48,402.41.
"Dua notis yang dikeluarkan itu ialah di Pahang dan Wilayah Persekutuan Labuan. Daripada 96 kes itu, 65 kes adalah di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatuan 2011, 29 kes Akta Timbang dan Sukat 1972 dan dua kes Akta Perlindungan Pengguna 1999,"



