
PM Najib disambut oleh MB Kedah Dato Seri Mukhriz Mahathir dan Menteri Luarbandar, Shafei Apdal. Turut sama Ahli Parlimen BN dan Adun-adun serta AJK Pemuda BN Negeri Kedah.
Kemudian PM ke Wisma Darulaman untuk mesyuarat bersama wakil-wakil kerajaan negeri.

Selesai di Wisma Darulaman, beliau ke Seri Mentaloon dimana sedang berlangsungnya Ijtimak (Himpunan) Pondok Malaysia 2014.

Selesai beliau membuat majlis penutup untuk Ijtimak Pondok Malaysia yang berlangsung dua hari di Seri Mentaloon. Beliau berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Pekan Changloon.
