Polis Johor menahan pengurus sebuah resort di Tanjung Sedili untuk siasatan kerana dikata membenarkan sekumpulan penganut bukan Islam menjalankan upacara keagamaan di surau resort berkenaan.
Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, pengurus berusia 45 tahun itu ditahan di resort tersebut pada pukul 2.00 petang tadi.