KENYATAAN MEDIA

PANGLIMA TERTINGGI KEPADA KEBAWAH KAUS Y.A.M. ORANG KAYA SRI RAJA MERAH DATO’ UNDANG WILAYAH NANING KE-19
Kenyataan media ini dibuat untuk menjelaskan perkara dan kedudukan sebenar perihal berkaitan dengan Laporan Rasmi Istana Nan Panjang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM pada hari ini 15 Januari 2014.
Kebawah Kaus Yang Amat Mulia Orang Kaya Sri Raja Merah Dato’ Undang Wilayah Naning Ke-19 yang begitu prihatin terhadap kesinambungan amalan Struktur Sosial Suku Naning merasa amat gembira dengan perkembangan ini. Bersama Majlis Dato’-Dato’ Wilayah Naning, Yang Amat Mulia akan mengambil beberapa langkah strategik bagi mengembalikan kegemilangan Istana Nan Panjang pada tahun 2014 ini.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana telah, dengan secara rasminya, menerima laporan beserta bukti-bukti mengenai Sindikit Haram penjualan Anugerah Kebesaran Naning yang palsu. Saya meminta agar semua pihak membantu dan bersatu memerangi Pengkhianat Institusi Melayu Naning ini.


