sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label ORANG MINYAK. Show all posts
Showing posts with label ORANG MINYAK. Show all posts

Sunday, 15 September 2013

GEMPAR !! LELAKI ZORRO CARI ANAK DARA ?? BAHAYA !! BAHAYA !!!



 "Sebaik sahaja tersedar daripada tidur, saya lihat ada lelaki separuh bogel memakai topeng ‘Zorro’ berada atas badan. Saya cuba menjerit namun mulut saya penuh dengan cecair seperti minyak dan ditutup,” kata mangsa, seorang pelajar berumur 17 tahun.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, pelajar terbabit mendakwa lelaki separuh bogel itu telah memasukkan cecair seperti minyak dipercayai telah dicampur bahan lain ke dalam mulutnya agar dia tidak sedarkan diri.

Bagaimanapun lelaki yang tidak memakai seluar itu tidak sempat berbuat apa-apa apabila bapa pelajar terbabit juga tersedar daripada tidur lalu memeriksa bilik anak perempuannya sebelum menyergah lelaki itu yang kemudiannya melarikan diri.

Menurut mangsa, lelaki terbabit hanya sempat mengambil telefon bimbit miliknya dan bersyukur kerana tidak diapa-apakan.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...